Powered By Blogger

Monday 7 July 2008

Weekend ku kali ini

Lepas balik cuti hari Rejab 1, Jumaat lepas. Kerja macam biasa malam tu. Ky tak ada,so I have to be a good gurrrrrlll lah! Plan untuk minggu depan? aku tanya GM,GM ada kerja lah nak dibuat.
Buat spring cleaning ajalah. Tapi bukan aku yang buat, staff akulah! Nak kuar buat sales pun tak dengan GM mungkin ngan Asst Ops Mgr aku tu! Ntahlah,sejak ada surat pekeliling yang menghadkan jabatan2 buat kursus di hotel,kebanyakan hotel, bukan hotel dan chalet aku yang terasa,banyak lagi hotel2 yang membara,geram dan sangat panas hinggakan boleh meletup!
Semalam meeting kat hotel(maaf Datuk!:Kami bukan golongan kaya yang minum dan makan di hotel tapi sebab boleh order hanya dengan pen dan kertas,then sign aja-apalah salahnya kan). Yang join,GM satu hotel yang besar di pulau(Hotel terbaik yang menyediakan segalanya untuk gov courses-hotel lain tak boleh lawan),my GM,aku dan secretary GM hotel di pulau tu. Kami pot pet pot pet dekat 2 jam lebih. Dari citer hangat sampai cerita paling hangat! Aku dan GM ke Thailand aritu,mereka sepatutnya join kami,tapi kerana kelalaian GM pulau tu,dia tertinggal passport! Aku perhangatkan lagi cerita2 gila kami ; 'Kalau u all join,pasti terbalik border tu kita kerjakan!Itulah,lain kali bawa sentiasa international passport tu' Si secretary panas hati aja ngan aku. Sempat lagi ajak aku dan GM gi Langkawi 'Jomlah pi Langkawi pulak, kita return balik haghi tu tak jadi mai!' Langkawi? aku tak pernah pi lagi! Teringin gak nak pi! Eh terikut dah!
GM jeling aja kat aku, dia dah tau perangai aku sekarang ni! GM kata 'I no hal,Ros kena dapat approval dulu' Hahahah! Apa pun wahai GM ku, I Respek sama You! Serius! Aku dah membayangkan betapa hiruk pikuk and kelam kabut keadaan jadi nanti. Tapi tak taulah aku ada hati nak pergi ke tak! Itu hari aja,tiap2 malam bila masuk bilik bergayut telefon dengan ky,Tak cukup sejam dua,tiga empat jam aku boleh bercakap!(Bercakap maksud dalam my term and condition: bual,nangis,gaduh,bebel,pujuk memujuk,ketawa,sakat2,gelak) Terima kasih MAXIS. Tak sanggup aku lama2 jauh2! Ikut hati malas nak pergi mana pun tapi dia kuatkan semangat aku 'Jangan! Buat kerja dulu!nanti balik juga!' Ni dia tak dengar khabar berita! Dah sampai kat IPD karang,aku nak kena ambil pulak. Ni tunggu kat ofis, tengok jam saja. Ni mesti tengah tidur lagi kot! 2 telefon dimatikan,yalah time kerja macam tu tak boleh nak cakap2 agaknya! Sabar ajalah nok! Esok bicara pulak! Time kerja,kerja aja..tak ingat apa pun!
Kalau orang yang kenal aku sejak aku blog 2002 dulu,pasti tengok aku terlalu banyak berubah! Itulah aku ingat Tok R akan datang Lumut,tapi tak jadi lah pulak! Nak kata kecewa tak adalah, tapi aku dan Ky dah rancang untuk dinner sama2 ngan Tok R malam ni! Tok R! Ky nak risik2 aku sebenarnya. Mungkin Ky nak tau aku pada waktu dulu macam mana! Dia seronok dengan orang Geng Jurnal,teringat masa main volleyball kat pulau dulu! Geng Jurnal dapat 0 ke apa pointnya,yang aku ingat kalah! tak apalah Tok R, lain kali ya!
Tapi, yang ditunggu tak dapat,yang tak ditunggu akan sampai.Yayayay! Hari yang indah!Weekend ni harap2 akan kita jumpa ya! Kawan2 lah menceriakan aku selalu!Selain Ky.
Datuk Z, mailah Lumut untuk menceriakan hidupku!
Weekend yang lepas

Gelagat aku dan Emy& Pu3!


Merenung nasib ke apa ntah. Nak tengok banyak lagi gelagat aku ngan budak2 yang boleh aku jadi mak dorang. Clik kat sini.

3 comments:

Anonymous said...

akak....org punyer rekues dah book kan?

SiR KinG TiGeR said...

ros

Nantilah aku datang, aku pun nak jumpa ko bebenor ni. Banyak pot pet ko, ponteng keje ke? hehe
TB ? GM Mail & Azhar ada lagi ke situ?

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

P.S Comel pulak aku tengok gambar ko tu!

roserose*MrsYusof* said...

datok,

Waktu kejaku sangat flexible kan..kdg2 tak tido langsung pun ada..
Kalau jln2 pun lepas kul 12 mlam br boleh kuar.

GM TB-Raja Muzaffar..tp dia dah berenti pun last month. GM Mail?Azhar?tak kenal..org lama tu agaknya!

gambar yang mana pulak comel?