Sunday, 31 July 2011

Ramadhan sudah

Hari ni planning nak balik Manong tak jadi. Sebab lewat. Brunch di Restoran Pok Ya yg terkenal ngan nasi dagang. Tapi servis is very bad! Makanan dia dah siap ..cuma nasi putih patut bagi orang self service,tak perlulah dia punya pelayan cedukkan..Aku sudah naik angin menunggu nak dpt nasi sikit punya lama...lepas tu muka tak mesra pelanggan..
Kalau aku punya kedai tu,aku pasti bagi amik nasi sendiri tu aja..Bior mereka nak amik byk atau sikit..They are chargeable anyway. Lagi bagus kalau dpt free flow punya nasi.
Ishh udah2lah...karang kalau aku berbisness lain lak jadinya.

Lps tu blik rumah sbb hubby ku ni mesti merehatkan diri dulu sebelum keluar ke Tesco.Itu pun dia terbawa ke Econsave tp aku tetap dgn pendirianku. Lebih suka Tesco dr Econsave.
So shopping sakan lah kami berdua.lebih excited beli loyang,brush utk sapu telur kat atas biskut..nak buat kuih rayalah..tak ada lah kuih susah2,yg senang2 aja..yg penah ku buat bisness thn 1998 dulu2. hehehhe..beli punya beli...butter lupa beli so projek kuih tak leh mula sekarang..harap2 keinginan utk buat kuih ni akan terlaksana.Cornflake ,oat,suji,tat nenas sudah dlm kepala.Semprit pun.See,semua kuih lama2kan.Nanti aku try buat kuih moden2 ni..hahaha..tengok resepilah kita..
Lagi pun aku ingin hargai apa yg telah diberi kepadaku. Ky belikan oven hanya kerana aku suka memasak gamaknya!!! dan ada satu lagi keinginan ku utk dptkan stove elektric.senanglah tu..kalau dpt satu tungku atau dua tungku ke..lagilah bagus..Manja2 sekali sekali apa salahnya..betul tak?
Dgn sapa lagi dapat aku bermanja kalau tak dgn suami..takkan nak manja ngan suami orang lain lak..
atau manja ngan emak ayah ke...harus ada yg jeles nanti. So aku lebih selesa begini.

Semalam ayah called me just to wish my belated birthday on 26th July. And definitely lama tak sebut 'I love you Ayah'...sejak dia buang telefon dia few months back. Harapanku pada ayah,jgn ada kontroversi lagi. And both of us risau about the conflict..hmm family is always family ..ada aja..tp air dicincang takkan putus.

Ky buat special dish today. Dia masak utk makanan dinner. Dinner awal pada pukul 5 petang.

Ini adalah chicken Chop resepi suamiku!

Lepas makan aku tanya dia 'mana ayamnya?'
Dah cincang..padanlah aku dengar bunyi chopping board dan pisau besar berlaga2 dgn laju.

Mcm chef la pulak suamiku ni.
Aku cuma tolong siapkan kuali dan panaskan minyak.

Lupa nak suh dia guna virgin olive oil tadi.












Ini pulak herbs baked potato aku yg masin ..sbb tak betul2 marinate kot..lapar punya pasal dan teruja ngan Ky yg masak utk early dinner . Thanks hubby,sedap dan terasa sungguh..Nnti my turn lak ikut the same recipe.

Thursday, 28 July 2011

Adakah kita bersaudara?

Suka dan selalu check di sini.Salasilah Keturunan Dato Bentara Luar.

Masih ada sinar agaknya

Usaha aku diteruskan walau pun aku nampak slow tapi diam2 aku terus berusaha.,

Ini tak boleh itu tak boleh jugak..aku try lain lak.

Tadi dpt call Dr, n dia nasihatkan aku turunkan berat badan dan banyakkan makan taugeh,

Kalau makan taugeh jugak telah membanyakkan angin dlm badan,tiada apa yg boleh dikata lah.
Itu katanya doktor itu.

Dan dgn free consultant tu buat aku hati berbunga2..

Terlalu inginkannya...sangat2!

Tuesday, 26 July 2011

My Day

I am usually celebrating my birthday from the second on 12.am to 12 am before date changing to 27th July.

it was a huge confusing about my husband. From the way he acts,I thought he was hiding something. I was taking leave from yesterday till today. I do not want to get surprised for something that I do not want to expect! Yes indeed, I am so selfish for not getting his wish as usual. He used to wish me on the second the clock ticked to 12.00 a.m.
But last night,he doesn't act as usual. Oh My..I was thinking 'For God sake,I am sure he forgot about my birthday' I was so damn SAD and suck!

Finally, I couldn't wait no more! I have been thinking for almIGer ost a night even I sleep while thinking.N sleeping beside him.Hahahah
Got him awake and ask him 'What's the date today?' He was like ....hahhahah..well get him woke up and suddenly asked about today's date. He just said sorry..and from his face I do not whether its another plot or he really forget about my birthday.I am in puzzle. And of course I need to show my feeling towards him ..about his act..Weirdly I am really sad!Still in my heart 50-50.
So sad that he forgot about my day!!That's the truth inside me~~~
Since not working, I am taking my time to reply all wonderful wishes in my facebook.That is so sweet! Everyone.since last night till now at 7.20 pm.
He appeared at the door exactly at 12 pm with nice smile and says 'Selamat Hari Jadi. Saya tak lupa sebenarnya'.hahhaha and passing me a nice bag and nice gift which once I used them. Issey Miyake!
What a day for me!!!!

Sunday, 24 July 2011

OTF



Cheq memang suka lagu ni..ntah bila dpt menari2 mcm ni sampai kurus!!!

Hahahah...ingat nak kurus tapi tak nak usaha..

Dah balik ke sarang

After a week buat sales call kat Penang Island. Baliklah ke rumah. Yang best Ky pun abis kursus.

Hmm..hilang rindu dendam. Berjalan2 aja kerjanya.sempat ke Pangkor,ke Kampar jugak.

Hari ni aja ikut dia gi amik statement kat 2 balai polis.Padahal asalnya nak gi lunch.akhirnya terus buat kerja dulu,tunggu punya tunggu sampai 2 jam setengah baru dpt lunch pd 4.30 pm.

Sian kan..and I am still waiting and waiting to get what I want. Dah start ambil Letrozole pulak.ntah btul ke tak ejaan tu.

Minggu ni minggu ramai orang melantak abis2an.So far aku tak teringin nak makan apa2 pun.Cuma terbayangkan nasi kandar aja..Aduiiii sejak balik dari Penang..asyik teringat itu aja...

Alhamdulillah,makanan sangat ok tu.

Next trip,tak tau apa nak bagi..takut management tak approve aja.

Semoga berjaya dalam planning aku.

Tuesday, 19 July 2011

Kalau ada dilahirkan...

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Sunday, 17 July 2011

Seminggu lagi..

Seminggu lagi??

Ya Seminggu lagi,kena siapkan sales call di belah utara..gi Pulau Pinang lak..lepas tu balik tanah besar lagi.

Dalam seminggu ni dpt jumpa suami yang disayangi semula.

Seminggu lagi aku akan cukup umur.


Semuanya dalam range seminggu aja,..


moD DUA hari ni ditemankan suami ,.best worrr..tak tension langsung..
hehehe..sounds so gediks ya.

All the best to all...tak sampai 3 minggu kita akan menerima kedatangan bulan Ramadhan.

Alhamdulillah!

Tuesday, 5 July 2011

Sales Call di Taman Perindustrian Bukit Minyak

Bertemankan GPS dari Google,berjaya jumpa kawasan tu.

Dari Summit BM,sebenarnya tak lah jauh.tapi jammed teruk..nasib baik aku tak memandu...Staffku jadi driver la nampaknya sbb dia biasa ngan tempat ni.

Dpt tengok Rex,Raya,Yuta.

Cuba teka apa kah itu?

sungguh lama tidak mencoret di sini

Minggu lepas,pada 24 Jun 2011,4.50 pagi,Pak Unggal,adik kepada mak, telah menghembuskan nafas terakhir kerana cancer darah.Bertempat di HUKM,wad ICU tingkat 2.
Kali terakhir melihat Pak Unggal pada 23.6.2011. Genap 11 thn pembebasanku.Alhamdulillah,tp aku ralat kerana ianya trjadi .Tapi itu semua kuasa Allah swt.

Apa pun aku sempat berjumpa dgn arwah yg koma,sempat aku minta maaf lagi kerana aku beritau mungkin ini kali terakhir aku berjumpa dgn dia sebb kalau apa2 jadi aku tak akan balik ke BP(tempat yg dia minta utk disemadikan).
Dari KL aku dan KY balik ke Kmpar dan Manjung. Settle segala urusan kerja di Kmpar terus aku balik ke Mjg utk siapkan barang2 menuju ke Subang.utk menghadiri majlis tunang n kahwin sepupu.
Tp sebelum tu kena dptkan permintaan mak yg maukan 50 biji durian,Ingatkan dpt bawa durian tu ke Subang..tp Allah Maha Kuasa..
Malam tu aku dan Ky tidur di dlm Serena kami di kebun durian,setiap jam kami akan bersama menyuluh bawah pokok2 durian bagi mengutip durian yg luruh menimpa bumi bila sampai waktu.
Pengalaman pertama bagi diriku. Ky betul2 mengajar dan mau aku merasakan saat2 itu bersama dia.
Yalah kami br dpt merasa pengalaman mengutip durian bersama...dulu dgn lain org ekkk...
Begitu indah dlm keadaan mamai,suluh durian.dlm keadaan gelap aku tak leh cope dgn lokasi buah2 yg jatuh..tp Ky ..cekap betui..dah biasa mcm tulah. Sempat lagi aku amik gambar buah2 yg telah dikumpul di satu tempat. Sempat upload ke fb lagi..
Lebih kurang pukul 7 pagi,telefon ku berbunyi. mak memberitau mengenai pemergian Pak Unggal. Ramai memberitau mak,mereka cuba tel dan sms namun semua tidak berjawab.
Aku sendiri hairan.Telefon on,sempat fb tapi satu mesej n missed call pun tiada.
Mak paksa aku balik ke BP.Adoi..sedangkan persiapan utk ke Subang siap dah.Ky buat keputusan utk ke balik BP tanpa aku tanya.Dia tau instinct ku,sbb aku tak mau susahkan suami ku tp peliknya dia bersedia,...Cuti yg kami mohon utk ke rumah Mok Su ,jadi cuti bagi menghadiri pengkebumian Pak Unggal. tp aku berkira2 tak sempat utk kami sampai ke BP selepas Zohor. I knew I would definitely miss the funeral. Yalah Perak ngan Johor bukan dekat. Macam2 kat fikiran time tu.
Tapi suamiku sungguh cool..Dia sempat call sekolah anak2 utk fetch them, and got permission from the principles.Alhamdulillah.
Sampai BP kul 4 lebih petang.Aku lihat suasana tenang dan tidak nampak sedih.Oklah tu ramai yg dah redha dgn pemergiannya. Tp aku tak suka melihat tu.Ianya seperti tidak menghormati...siap leh tengok final Maharaja Lawak lagi.aku tengok Tok mcm tak suka,tp aku tolong suarakan pun sayup2 aja suara aku yg garang dalam keriuhan dan keasyikan mereka semua tengok ML.Sian Atok.
Power hilang dah...Nak buat macam mana,..aku tak tau..
Esok bergerak ke Subang ,rumah Mok Su lak.tengok dia aja aku peluk dan terharu. Dia lagi sedih,tiada adik beradik dia yg dtg membantu dia kerana semua sudah berkumpul di BP bagi pengkebumian Pak Unggal. Insya Allah ada hikmah di sebalik itu.
Aku lak rasa lega kerana telah memohon maaf kepada seorang makcik yg lama tak connect ngan aku..hahhah..aku btau makcikku 'minta maaf kerana kak long salah ngan Mak m,tak mau kita bermusuh smpi akhir nyawa,tgk ajalah apa yg jadi' Alhamdulillah.aku lega.hasrat aku itu telah disebut ngan suamiku. Yg penting aku leh panjang lebar bual ngan makcikku yg telah ku ignore for few years.
Kita manusia harus memaafkan satu sama lain,WALAU PUN org yg kita minta maaf tu mempunyai byk perkara yg rasa nak bermusuh smpi mati. Tpi selepas Pak Unggal pergi, aku merasakan aku sbg yg muda harus memohon ampun kepadanya. Tak kisahlah apa yg penah dia katakan atas kesilapanku dulu..
Dah memang aku yg salah,...memang marah tp itu semua sudah akhir!

Hari ni,aku di Bukit Mertajam utk buat sales call smpi 9hb Julai. Adakah tarikh itu akan jadi sejarah..Harap tiada perkara buruk berlaku. degil sangat ketua delegasi Bersih..rasa aku mcm nak lempang2 aja dia tu.. Ky lak di Maktab KKB utk kursus dari 4 Julai hingga 22 Julai 2011.
harap2 dpt jumpa sekejap next weekend,,I miss you hubby!