Powered By Blogger

Friday 26 September 2008

Kad Hari Raya dari Azza

Terima kasih Azza.





Kepada semua pembaca, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin jika tulisan saya selama ini mengganggu emosi keamanan semua. Jika ada tersalah bahasa dan tersilap tulis sila lah maafkan saya ya!

Semoga semua bergembira di hari raya yang mulia ini.

Hati-Hati di Jalan Raya kerana PDRM sungguh rajin membuat OPS SIKAP.

Thursday 25 September 2008

Sila lah tengok langsir itu

Langsir ku!

Langsir di bilik tidur utama(memang satu aja)
Accident tadi ,on the way balik chalet! Aku nampak mayat dah terkulai berdarah2, tapi bila aku dah dekat dgn mayat..butang apa yang aku tekan pun aku tak tau..tak dpt ambik gambar tu..Apa dah!!!


Lunch for Rotary Club Weekly meeting! Tengok dorang makan enjoy aja . Aku yang standby kat meeting hall tu main jeling2 aja



Minuman aku yang buat perut aku senak gila!


On the way to the hotel..kereta berderet ..JPJ roadblock. Boring tunggu!




























Tuesday 23 September 2008

Langsir Siap!


Dia masukkan 'cangkuk langsir' ke kain. Aku? *tukang tengok atau lebih dikenali dgn mandur*

Dia: 'Orang panjat2, dia main telefon pulak!'

Dia : 'Mana lubang ni,skru jari sendiri lak!'
Hahah..Dah pakai google pun tak nampak.Jari nak diskru..

Alhamdulillah, dah siap pasang langsir. Tapi..lupa lak nak ambil gambar!

Lepas gi check tekanan darah di hospital,kami pi hardware panel aku utk beli besi sepanjang 10 kaki..ahahah..aku dengan konfidennya menjawab 10 kaki. Accesories utk besi 10 kaki semua ok..Beli screwdriver lagi! Pasal tekanan darah dia,normal pulak ..semalam turun..hari tu naik..aku tak faham penyakit dia ni penyakit apa...

Dia dera aku pegang besi yang panjang dari kedai hardware ke rumah. Naik lenguh tangan aku! Sampai umah,rupanya 9 kaki aja! Kena lak tunggu dak maintenance aku hantar gergaji besi. Teruk lak aku kena perli pasal 10 kaki tu! Sampai dia warning lagi 'Lain kali pot pet pot pet,tak abis2..ukuran pun lupa'
Aku malas nak jawab sangat sebab aku hormatkan dia berpuasa. Tak nak cari gaduh!
Aku dapat 2 berita kematian dari mak. Sorang yalah kawan sekolah(21/9/2008) dan seorang ialah..
orang yang menolong aku ketika aku susah banget time tu, Datin Mak Jah(16/9/2008)!
Tarikh dia menolong aku ketika itu : 21hb Feb 1999.
Aku ingat lagi: Aku susah yang teramat susah ..Memang teruk gila..Aku sedih dia kata
'Ros,Datin pun bukan orang senang tapi nah ambil ni (sambil hulurkan duit RM100). Kalau Ros jadi orang kaya, Ros pulang balik lah..Kalau tak Datin halalkan!..Memang baik sedara aku sorang ni! Dia adalah isteri kepada bekas DO Batu Pahat tahun 70 an. Nenek kepada Zizie Ezette! Masa kat Batu Pahat, rajinlah jugak aku singgah2 datang rumah..sambil makan2 kat rumah dia! Dia rajin melayan aku dan mak! Tadi pun aku terus call anak Datin tu yang aku panggil Pakcik O. Terperanjat dia dengar suara aku. Even he's 59 years old, but still macam orang muda. Dia pun menantu kepada kerabat raja Johor..sapa ? Rahsia!!!! Shhhhh!
At least aku happy dapat cakap ngan anak Datin ni yang kami janji akan jumpa kalau aku balik BP nanti.
Tapi kakak2 Ky ajak aku berkampung di rumah mereka. Di belakang rumah mak Ky, untuk sambut aku di KK. Hmm..aku tak plan lagi ngan Ky sebab mesti dia tak nak perkara buruk jadi! Yalah takut aku tak leh control diri aku, jadi kecoh lak kat sana!
tapi kakak dia n anak2 sedara Ky is so sweet dengan jemputan tu.
Tak tau lagi nak ikut ke tak? Tapi this is the oppurtunity!

Tadi sebelum gi hospital, aku tak tau dan tak perasan gusi aku berdarah aja.Aku ingat apa benda dalam mulut aku. rupanya darah beku yang buat aku panik sesaat. Tak berhenti2 darah dari gusi aku. Nasib aku tak puasa,kalau tak batal aja puasa sebab dah terasa2 darah dalam mulut ni. Mak kata aku panas sangat, Ky pun kata macam tu. Masa kat hospital,diajaknya untuk check tapi aku tak nak sebab aku tak suka protokol yang kena tunggu lama2 tu. Aku kumur ngan Listerine baru darah berhenti. Ky kata aku jadi Mrs Dracula atau pun Raja Bersiung! Takkan Raja Bersiung ambil darah sendiri lak..Suka suka dia aja! Mrs Vampire!hahahh!

Berbuka Puasa di Cheng Ho.1409


Teh Tarik Puteri Hang Li Po utk Ky, Karet O tanpa gula untuk aku *tak minum manis sebab aku dah manis*


Meja aku no 6. Ikan Siakap tak sampai lagi!
Waiter yang comel menuangan Chinese Tea. Free flow tapi kena panggil waiter bila air dah habis.
Buttered Prawn,Prawn Curry, Chicken Lemon. Tuu nampak no 6 tu. Aku tak suruh dia letak aku kat no 6 pun..tp dia letak juga!
Prawn Curry!


Sebenarnya ada sayur bayam,Sup Tomyam dan Siakap Asam Paste tak sampai lagi. Tapi bila dah sampai..tak sempat nak shot..dah tinggal bekas aja. Lapar punya pasal.
Seronok tengok dorang makan ,tambah2 nasi. Aku ? Tambah gakk...*malu*

Tuesday 16 September 2008

The best Gathering for me & Ky

Aku dah plan awal untuk masak di chalet. so lepas keluar rumah terus gi supermarket beli lah apa yang patut. Hmm..shopping sorang2 buat aku gila kadang2. Actually baru dua kali gi supermarket ES ni sorang. Apa yang teragak-agak nak ambil,aku capai dan terus masuk troli. Yang penting under budget! Capai udang, capai ikan mayong,capai limpa..sayur2 tak usah nak cakap. Peria aja 3 batang padahal aku tau ramai kat situ yang tak makan peria. Nasiblah,sebab pahit korang tak makan ya..Nanti aku buat sampai tak pahit!

Dah beli punya beli.,aku nak tolak troli pun melayang2. Bayangkan lah, barang dalam troli tu lebih berat dari aku kot! Cheh nak tunjuk eksyen lah aku dah kurang kg. Maklumlah bulan puasa!
Dalam pukul lebih,ex staff Pangkor dan temannya call aku beritau dorang keluar pulau dan aku terus jemput untuk berbuka bersama2. Wah happy sebab dah lama tak jumpa last jumpa msa birthday Ky ,time aku ikut dia balik pulau sebelum aku mula kerja di sini. Aku tunggu punya tunggu,aku kena fetch dorang di Sitiawan..hmm dekat dgn hotel tu.tak palah,minyak pun masih banyak lagi. Hantar dorang lagi ke money changer di Lumut. then baru balik ke chalet. Amek kau! Dah pukul 6.30. Aku ada masa kurang dari 45 minit nak siapkan makanan berbuka.
Ohh ya..masa aku capai limpa tu ..aku ingatkan memang limpa, bila aku rebus rupanya hati lembu. Laaa! Aku paksa si Irwan tolong aku di dapur. Aku ingat nak suh Bida buat sambal terisi dia yang best tu..tapi aku malu nak minta..mesti dia nak golden time ngan temannya itu. So aku tak kacau lah. Aku ngan Irwan kat dapur..Sup Ayam siap!Hati lembu berempah siah. Sayur siap. Goreng Tempe & Tauhu. Sambal Kicap siap. Sambal Tumis Udang siap. Sedang si Irwan skodeng Ky yang sibuk nak skodeng aku kat dapur dengan jejaka hensem, Aku yang terperanjat. Ky kata
;Eh apa tak siap2 lagi ni,dah 7.15 pm ni. lagi 4 minit' Aku apa lagi! Macam Charlie Chaplin la!
Time berbuka kita buka meja bulat besar,sampaikan nak ambil lauk kena berdiri..terutama aku yang comel lote ni lah. Driver Ky macam biasa berselera sungguh! Aku tengok dia makan sup ngan cili kicap. Hmm macam orang2 Johor aja ni.
Ky barulah berselera macam biasa. Sejak dari kali pertama buka puasa sama, dari nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Aku siapkan bubur baru makan. Waktu sahur tak nak makan nasi,makan roti atau kueh tiau. Semalam...barulah aku suka tengok dia makan..semua masakan aku ada dalam pinggan dia..minta nasi lagi! Tambah tu..Makna kesihatan dan ok sikit lah. Katanya sebab kurang merokok jadi macam tu. Kalau macam tu susahlah nak berhenti merokok!
Kami semalam ibarat perkumpulan orang yang pernah hidup di pulau..cerita zaman2 keggemilangan. Yalah,Bida orang kanan aku masa di pulau dulu. Sekarang dah berbeza dan dia kata hotel di situ berubah bila aku dan the gang blah dari hotel tu. Ky pun dengarkan aja! Bebereapa hari ni,dia banyak mendengar sambil makan aja. Aku kurang makan sebab aku yang masak kot. Tapi kalau di hotel aku pot pet pot pet dengan AOM aku aja atau DO,walau KY ada kat sebelah. Kalau bercakap ngan dia aja pasti aku nak peng cari gaduh! So baik aku happy kan diri aku! Kalau dengan dia mesti aku nak cari hal! Nilah aku,bila dia tak berbuka sama aku,aku gaduh..Dia kat sebelah aku pun aku cari gaduh gak! Tak syukurlah aku macam ni!
Hari ni buat mee kari aja. Ada ayam! Ada sambal tumis,ada jemput2,ada cili kicap dan kuih2 yang dibeli. Itu aja dah cukup! Air aku macam biasalah ,..nescafe! Tak mau minum air batu! Jaga badanlah ..
D/O tegur aku .'Ros,ko sekarang ni tak gila bergambar ke? Lauk2 ko masak napa ko tak amik gambar lagi?' Aku jawab 'Ko tak nampak ke aku sorang aja yang kelam kabut siapkan makanan untuk korang makan..Korang buat apa?????' Aku dah bengang! DO aku jawab 'Kita orang buat bodoh ajalah' Hahahah!

Monday 15 September 2008

Spesel punya masakan hari ni..



Perkara yang aku takuti dan pernah aku bayangkan telah pun terjadi dan menimpa ayahku! Aku ingat lagi waktu umur sekitar 13 tahun. Aku meneman pakcik Z utk menanam semula pokok orkid yang telah dibawa balik oleh wan dari kebun kelapa sawit seluas 7 ekar tu. Pokok orkid tu tak boleh dibawa balik kerna ianya telah membuatkan rumah wan dan atuk agak kacau. Hmm..perkara mistik terjadi dan mengikut kata orang yang pandai...kena pulangkan semula pokok orkid tu. Bila aku sampai di kawasan kebun tu, masa tu aku pernah terfikir 'Napa tanah ni orang lain kerjakan tapi nama ayah? Napa ayah tak masuk campur? Jangan gaduh masa akan datang sudahlah..Tak bapak2 yang gaduh, anak cucu pulak yg gaduh' Itulah yang terlintas di fikiran aku waktu umur aku baru baligh masa tu. Entah napa aku fikir macam tu aku pun tak tau. Lepas pakcik Z tanam balik, baru lah kami balik ke rumah wan. Dan selepas beberapa hari tiada lagi gangguan mistik menimpa wan dan datuk.
Selepas beberapa tahun, tiada kedengaran tentang tanah yang 7 ekar ciput tu. sehinggalah tiba2 kesusahan menimpa ayah dan mak dan memaksa aku 'override'. Override dengan cara mencari geran tanah itu dan menyemak apa status tanah tersebut. Masa tu aku masih bekerja bank lagi! Networking yang ramai di kalangan orang2 bank menyebabkan aku dapat cara bijak untuk keluarkan geran tu. Geran tu sudah digadaikan sebanyak 2 kali dan ada lampiran ayahku bersetuju memberi hak kepada tuk dan pakcik z utk menggadaikannya. Dan ada tunggakan sebanyak 8k lebih dan dari pinjaman yang berjaya dibuat,ayah telah selesaikan hampir 13k untuk pinjaman yang bukan dibuat oleh ayah tapi dibuat oleh atuk dan pakcik z. Aku berjaya ambil balik geran tu. Atuk dan pakcik Z tak pernah tanya pada aku tentang itu. Walaupun sebelum Atuk meninggal aku agak rapat dengan dia..selalu duk lepak tepi katil dia di hospital. Memang aku rapat tapi bab2 tanah ini bukan hal yang aku boleh bincang dengan dia...lagi pun level aku cuma cucu aja. Atuk meninggal dunia pada tahun 2000 dalam bulan September tanpa pesanan atau cerita langsung pasal tanah itu. Dan tanah itu adalah hakmilik ayahku selagi tiada pertukaran nama.
Sejak aku pulang ke persada BP sejak thn 2000, tiada cerita lain kecuali cubaan menukar hak milik kepada nama pakcik ku yang pernah rekomen aku kerja bank sebab dia pun orang bank jugak. Sekarang dia dah pencen. Cubaan untuk menukar hak milik tanah itu tidak berjaya! Katanya sebab tanah rizab Melayu...maksudnya kerajaan boleh ambil tanah itu. Aku pun tak pasti. Tapi tanah itu adalah cita-citaku juga sejak dari aku masuk bank lagi. Aku ingat aku nak beli terus tanah itu dan letak nama aku terus. Aku ingat aku nak bayar Atuk dan ayah sebelum aku ambil terus hakmilik tanah itu. tapi cita-cita ku tak dapat diteruskan atas sebab kesilapan terbesar yang aku lakukan dalam hidup aku! Bayangkan lah, tanah itu dibeli dengan harga 3k sahaja dan setelah 35 tahun(sama baya aku) harga tanah itu sudah meningkat RM350k- RM400k.
Dan sekarang cubaan jual tanah itu dilakukan ayah. Cubaan ayah itu telah merenggangkan hubungan aku dan ayah sejak bulan April dulu. Aku jauh hati tapi aku tak tau sebab apa..Aku tau aku tak ada hak atas tanah tu.. Sebenarnya sejak dari April dulu aku risau, keadaan itu akan mencetuskan pertelingkahan antara ayah dan adik2 yang seramai 8 orang. Sekarang adik2 nya semua menuntut tanah yang hanya namanya termaktub nama ayah ,tapi hasil kebun kelapa sawit sejak bertahun2 dulu tidak pernah dirasai olehnya kecuali wan dan adik2 ayah yang single,janda dan duda. So sepatutnya, mereka yang merasai dan menikmati hasilnya tak perlu risaulah sebab ayah tak pernah minta tapi..
2 hari lepas, ayah terima surat peguam yang minta dia menukar nama tanah itu dan jika dia tidak berbuat demikian dalam 7 hari, dia akan diheret ke mahkamah oleh adiknya(bank pensioner tu). Aku rasa ini sudah melampau! Aku rasa macam nak suruh ayah tukar aja kepada nama aku dan biarkan dorang melopong. Atau pun lebih baik lagi di bulan puasa yang mulia ini, beri aja tanah tu kepada dorang! Bagi dorang makan lah segala hasil yang langsung ayah tak pernah ambil walaupun nama yang tertulis digeran tanah tu adalah nama ayah! Biarlah Tuhan balas perbuatan mereka tu! Tapi mungkin mak tak setuju sebab kata mak duit dari arwah moyang ada masa nak beli tanah tu, arwah moyang jual tanah dan kongsi duit utk beri kepada ayah dan ayah pulak beri kepada arwah ayahnya. Dan tiada bukti atau saksi pada penyerahan wang tersebut kecuali cakap2 mulut dari emak dan ayah. Yalah benda2 ni dah terlibat ngan orang yang tiada dalam dunia,maka manusia hidup pulak memanipulasi hal ini.
Ishhh..apa sebablah aku ingat sangat hal ni aku pun tak tau! Yalah aku risaukan mak dan ayah! Tak pernah aku lupakan mereka dalam setiap doa ku! Walaupun kadang2 aku terlupa doakan untuk diri aku dan dia tu. Aku terlalu risau.
Kita lupa lah bab ni...Insya Allah, akan ada penyelesaiannya!

Hari ni, aku plan nak buat sup ayam(mula2 nak buat stew ayam) tapi lupa pulak nak beli kacang pis dan macaroni. Buat sup ayam, sambal udang,lampung berempah .Goreng tempe dan tauhu dgn sambal kicap. Sebenarnya aku masak favourite Ky dan aku sendiri. so termasuklah utk staff dan pemandu Ky. Batuk2 dia dah kurang dan aku dah perasan dia dah boleh makan lebih sikit dari biasalah.
Semalam kita makan di hotel aja, dia pun laju aja makan sebab ada ayam masak lemak cili padi yang bukan aku masaklah..Hmm..nantilah baru aku tunjuk skil masak lauk tu.Tunggulah ya !









Amer beri:


Terima kasih diucapkan kepada Amer. Untuk semua juga.

Saturday 13 September 2008

Berjaya!

Kerana ...

1) Majlis Berbuka anjuran hotel berjaya mengumpul hampir 250 orang tetamu yang datang makan free. Tapi orang-orang beruniform dari IPD, Bomba tak hadir. Ky pun tak mau hadir. Tak palah.

2) Rentetan dari bil telefon itu, aku menjejak bil berjumlah RM2140.18 dan masih ada lagi baki yang tiada siapa mengakuinya bahawa dia yang membuat panggilan itu.
  • A-RM703.62
  • B-RM175.14
  • C-RM117.00
  • D-RM1,138.58
  • E-RM5.94
  • UNKNOWN - RM285.84
Pada unknown tu aku bercadang untuk membuatkan setiap 4 orang teratas itu membayar RM285.84 bahagi 4 sama dengan RM71.00. Biarlah ini jadi pengajaran kepada mereka semua.
Dan setiap amaun yang dibayar akan ditambah penalti lagi di atas kedegilan mereka.
Aku tak kira sebab aku dah penat. Dalam bulan puasa ni macam-macam hal berlaku.

Hmm..hari ni mungkin aku dijemput Ky dengan patrol car untuk bersahur sama. Oklah tu,tak ada lah aku pandang dinding,dinding pandang aku di rumah. Kalau Baby Pooh hidup,boleh gak teman aku minum atau makan. Ini Baby Pooh tak ada nyawa(jangan dia minta nyawa lak nanti), hanya layak aku peluk masa tidur aja. Ky pun jeles ngan Baby Pooh bila aku tunjukkan kat dia. Hahahh..Padan muka! Itu pun kadang-kadang Baby Pooh tu aku tendang ke bawah,sedar-sedar dia dah ada kat atas lantai aja. Nasib dia tak ada nyawa!

Thursday 11 September 2008

Instict aku benar!

Dalam bulan puasa ni orang kata setan kena ikat, tp kenapa aku boleh mudah terasa dan kadang-kadang marah? Mungkin setan dalam badan aku terlepas kot!

Tapi dalam terasa dan marah pun ,aku masih nak siapkan makanan untuk staff aku juga. Yalah sebab Ky berbuka sama kot! Tapi kalau turn dia tak makan ngan aku,malas jugak aku nak masak. So aku masak niatnya hanya untuk Ky ajalah. Eh tak jugak! Selalu aku ikut instict aja. Aku selalu kata dia datang atau tak aku tetap masak untuk semua yang bertugas di chalet. Baikkan aku ni sebenarnya!Masuk bakul angkat sendiri lah ni! Dalam briefing aku selalu bising2 dorang buat ni salah.itu salah.macam2 lah aku tak puas hati ngan dorang sampai dorang takut sama aku. Aku lagi suka dorang takut! So tak ada dorang pijak kepala aku!Ini trainee tinggal 3 orang, yang 2 lagi di hotel. Permanent staff lagi 2 orang tu kira oklah. Kira orang kiri kanan aku yang aku izin buat keputusan. Dan juga jadi mata dan telinga waktu aku tak ada di chalet.
Staff yang tetap(D/o) selalu kata 'Pelik la kau ni,marah2 kau, tetap kau nak masak untuk dorang,tapi dorang tak hargainya'. Ya aku pun pelik dgn diri sendiri. Aku tetap nak masak! Aku rasa aku ni dah macam emak kepada dorang . Dan aku selalu ingat masa kecil2 ,mak marah2 aku atau pukul2 aku pun. Tetap mak masak untuk aku dan adik beradik yang lain! Sedap lagi! Walaupun kadang2 kita orang makan dalam keadaan tersedu2 lepas kena pukul ngan rotan!
Mungkin aku terikut kegarangan mak kot! Kalau aku cakap ngan mak, mesti mak ketawakan aku! Sebab sekarang ni dia dah tak sepower nak rotan2 lagi,anak2 pun semua dah besar! Kalau dia marah,dia bawa ayah dan adik2 ,ajun n Hamka makan di luar lagi! Dalam marah2 pun boleh gi belanja depa kat luar. Heheheh!
Cerita pasal instict ni, selalu ada yang betul ada yang tak seiring jugak kadang kadang lah! Hari ini instict aku terjawab kenapa aku rasa lain macam ngan staff trainee yang lima orang ni. Salah seorang mengaku telah menggunakan telefon untuk membuat panggilan luar. Hah??? ambik aku!
Padan muka aku! Panggilan2 yang telah digunakan untuk membuat panggilan ke luar negeri iaitu Medan,Indonesia. Frust aku dorang tak dengar cakap aku! Tak lama lagi elaun dorang akan dibayar,aku akan bagi arahan kepada HR untuk ketepikan RM100.00 setiap seorang. Aku tak kira! Nak kata zalim ke apa,katalah. Aku dah terlalu berlembut sangat! Terlalu...Aku bet dalam bulan 8, bil akan melambung hampir RM1,000.00. Yalah aku tak sentiasa ada di ofis,begitu juga DO selalu ada siang aja!
Padanlah kalau aku ada ofis,dorang tak duduk dalam ofis. Sampai aku pelik,takut benar ke dorang kat aku sampai tak nak duduk dalam ofis. Kalau ada call dan guest baru dorang masuk!

Hahahaha! Dah sampai bill TM hari ni. Bukan RM1000.00 tapi RM2839.30. Gila! Macam mana aku tak marah!!!

Tuesday 9 September 2008

Amek KO!

Aku ni memang lah...dah tau mahal gi buat jugak..Amek ko..padan muka ngan aku! Tangan gatal.
Aku check bilnya. mak oiii baru 8 hari dah hampir mencecah RM200. Sumpah aku tak buat lagi!
Padan muka aku.

Aku bagi warning untuk pecah kongsi dapur antara aku dan budak pelatih. Sampaikan aku berkata 'Kalau tempat lain, takkan saya berkongsi meja makan dengan awak semua tau' sambung jap lagi..ahh malaslah aku sambung bebel siang tadi.





Ni tadi aku standby nak masak, dalam kiraan aku kalau Ky datang makan ,aku masak untuk orang sakitnya masakan kalau tak aku nak masak pedas2. akhirnya dia inform kul 6.15 pm untuk makan sama di TB aja. Aku dah jemu nak makan kat hotel,lagi dengan keadaan Ky yang tak sihat. Nanti dia batuk, aku gosok2 dada dia, ramai yang jealous!



Ayam masak merah ni aku tak bagi dia sentuh sebab berminyak. Aku lawankan lauk ayam ni ngan Nasi tumis. Kira ok la,aku tak letak minyak banyak pun.setengah sudu aja. Nasi tak sempat nak ambil sebab aku ambil selepas berbuka puasa.



Singgang Ikan untuk Ky!

Aku ucap terima kasih pada driver yang bawa dia. Sian pulak aku tengok dia batuk terkokol2. Dia beli ubat batuk, terkial2 buka botol tu, aku minta botol tu bukakan seal dia.Teruk sekali. Lepas sejam baru balik. Dah dapat rokok, tak ada pulak batuk2. susah betul kalau orang kuat merokok!

Sunday 7 September 2008

Makanan utk berbuka Semalam!


Mee goreng dengan rencah fish cake dan telur,cili dan sayur kobis pun aku boleh goreng. siap satu menu!


Atas belas ikhsan Chef di hotel,aku minta tapau paru yang dia dah potong dan rebus sekali. Dapat aku bawa balik ke chalet, aku goreng semula sampai garing-garing dan buat Sambal Paru campur rempah kari..Aku boh aja apa yang ada! Jadi jugak!


Kawan aku check compressor unit luar tu. Nasib baik ok. Dia tolong bersihkan filter di unit dalam. Tapi aku tak on pun aircond malam tadi. Aku dah terfikir kalau on 1 jam 30 sen, kalau 8 jam-10 jam= RM3.00 darab lak ngan 30 hari= 90 hinggit.,.taknaklah tinggi sangat bil tu. Kalau boleh nak kurang RM20.00 aja. boleh lah free setahun! Iya ke boleh dapat? Ntah betul ntahkan tidak


Langsir yang tinggal utk di gantung aja ni..


Tambahan -Goreng sayur baby kailan lagi! dan juga Tauhu telur seperti gambar di atas.


Ikan kering bulu ayam pembuka selera di bulan pose yang mulia ini! So semalam lauk2 ni dimakan dengan nasi putih ajalah. Sebenarnya segala persiapan makanan di atas dibuat semasa black out. Call 15454 dia kata dalam masa 3-4 jam baru siap. Mula black out pukul 5.35 pm. Aku dah resah risau jugak duk dlm lampu suluh yang sudah dicaj dan tak tau bila boleh padam. Alhamdulillah.

Kami semua berbuka dalam lampu samar2 aja. Aku balik sebelum TNB on letrik. Takkan nak tunggu. Sejak puasa ni aku lebih banyak keluar dari chalet. Lebih banyak masa di hotel dan juga di rumah lah.
Dalam bulan puasa ni napa mesti ada yang nak kaitkan hantu2 ni. Aku tak suka lah. Aku pesan kat depa ,jangan ingat sangat!

Dlm facebook.
Bangun sahur dengan begitu semangat. Panaskan nasi dan lauk berbuka yang telah ditapau sebelum pulang ke hotel.
Dah lama tak minum kopi, terasa lak nak minum. Ada nescafe,kopi TA,kopi KF dan juga Kopi Gojira. Hmmm..Goji Goji..teringat kat orang tu.
Selesai segalanya yang yang perlu dibuat. Tak boleh tidur la pulak. Main game pulak.Tak ngantuk jugak. Laa..betul la agaknya kopi ini boleh terangkan mata. Terus kemas2 baju2 yang dalam kotak. Transfer ke dalam gobok. Dah penat baru rehat.
Wah betul lah kata dia, Kopi Goji ni bagus. Sayang, belikan lagi 2 kotak. Boleh? Masuk akaun dulu ya!

Tengahari Ky btau tak kerja, sebab MC. Aikk baru semalam aku kata 'Kalau tak sihat ,buat apa nak kerja. Pi lah hospital ambil MC' La..dia buat betul2. Lurus betul la dia ni. Suara dia agak teruk..hmm..tak apa yang boleh aku buat. Hanya bantu dengan doa aja! Aku lak pukul 3 baru masuk kerja. Memang malas betul nak kerja!


Cuba pi sini: http://www.h2hglobal.com
Username : visitor
password: 123

Tengok2 mana yang berkenan.

Friday 5 September 2008

Internal Hearing Court!

Semalam aku berbuka ngan Ky di hotel cafe. Dia dan pemandunya. Datang ngan uniform lagi. Aku rasa segan lak nampak macam begitu formal.Tapi tak palah,at least dia ada terbuka hati nak makan sama dengan aku.
Sejak aku buat gila tunggu dia malam tu depan balai. Baru dia tau..tapi aku tengok kerja dia agak senang..pusing sana sini tapi..tak berhenti kesnya! Tak masa di pulau dulu.
Malam semalam, orang yang menyusahkan hidup aku sampai sekarang(adil ke aku panggil dia macam tu). Sedikit dari nota di facebook!

Orang JB tu datang lagi menyusahkan hati dan perasaan tapi aku tak boleh tolak mentah2. Kena berhati2 mana tau kalau2 dia kenakan aku pulak. Tapi napa dia nangis teresak2. sedih ke? Ntah lah..Gangguan betul! Yalah sampai aku pening kepala sebab menangis gila2. Aku pun tak tau nak kata apa. Dia kata selesaikan masaalah aku dulu,then fikir untuk masa depan! eh apa ni?
Aku tak pernah terfikir untuk kembali pada dia. Tak mungkin. Terlalu menyakitkan hati bila ddingatkannya. Tak mungkin aku boleh cuba kali ketiga dengannya. Manalah aku nak campakkan Ky di saat kami merangkak2 untuk mencapai bahagia.

Aku bangga dengan tawaran dia yang tak masuk kepala aku tu? Sikit pun tak cuma aku ralat.

Gangguan seksual yang berlaku telah sampai ke penhujungnya!
Tamatkan sahaja itu lebih senangkan!
Kami berjaya memutarbelitkan statement dan menyelamatkan diri sendiri.
Wah! Lagak seperti polis dan peguam! Yang penting semua selamat dan tidak akan menyusahkan sygku di balai bila dapat kes hebat ini.
2 orang itu telah kami tamatkan kerjaya mereka di hotel tu. Habis aja sessi, AOm sempat usik aku 'U memang ada gaya..gaya polis soal orang.' Aku jawab 'gaya polis memang ada,lebih besar pangkat sikit dari Ky ya,.nak jadi polis tak leh sebab pendek..jadi penjahatlah boleh'
Tapi aku tak boleh jadi penyiasat sebab aku boleh jadi emosi sambil mata bergenang dengan air mata. Nasib baik tak menitik air mata tu. Nanti batal puasa lak.
Petang ni aku berbuka sama Ky lagi. Tapi tak mana lokasi lagi. Jangan dia suh aku pi cari kedai kat kampung2 tempat dia ronda dah lah. harus aku sesat di Sitiawan nanti.

Wednesday 3 September 2008

Aku terkurung, terpenjara...


Aku dikurung di dalam, Pink dikurung di luar! Kasihan!
Any idea what and how to put the curtain? Color?


Cubaan untuk memasak gulai tempoyak berjaya! Cuma ikan aja yang tak besh!
Staff aku yang orang Perak tu..kata boleh dapat 3 setengah bintang aja. DO kata 3 bintang!
Trainee Indon lagi hampeh...tak pandai makan. Tu yang aku kata , korang ni hanya layak makan telur ngan ikan bilis aja.
Aku kadang2 pelik dengan dorang berlima(sekarang aja tinggal 3 orang),aku beli ikan dan ayam untuk dorang masak dan makan tapi biasanya telur habis dulu dan ikan dan ayam dimasak diambang2 telur habis dan ikan & ayam jadi tak segar lagi! Aku geram kadang2. Hari ni aku bertekad, tak mau beli ikan atau ayam untuk dorang kecuali lah aku beli dan terus masak untuk aku dan Malaysian staff aja! Kalau ikut hati baik aku gi hotel aja dan makan di cafe hotel lagi best! Tapi aku ni selalu fikirkan orang lain tanpa fikir diri sendiri. Kadang2 lah..tapi selalu sebenarnya. Sama gak nama yang selalu meniti dibibir aku.


Gulai tempoyak ikan!

I wrote these at my facebook,
Me who always merapu in my own blog and people's blog and people's comment column and now di hari ini yang sungguh mulia, keeogan seseorang itu telah terlerai di atas kedegilan aku yang sungguh degil macam kuku besi ini.

Angkara keegoan itu adalah disebabkan ketidak kuat pertahanan telinga orang itu menahan tembakan peluru yang bertubi2 yang aku lancarkan! Itu tanda tidak baik nampaknya, dia sudah bosan. Dan aku kena ubah perangai aku yang buruk itu kah?

Tuesday 2 September 2008


Kuih muih seperti pesta di Sitiawan. Best banget..murah lagi..tapi lebih murah di Teluk Muroh.


Decoration yang tak siap lagi..Fruit carving tak siap lagi!

Idea sapa lah meletak segala rempah ratus di buffet ni. Whatever it really looks nice! Tak tau mimpi apa si hero ni tiba2 nak dekat dengan aku,pimpin aku ke buffet line,ajak aku pi duduk makan2 ngan dengan dia. Tapi dia tak makan..dia suka tengok aku makan agaknya! Kecik2 dah pandai ya!



Pandai gak si hero ni berposing! Kakak pun sama


Hah, bertiga beradik berposing!

Hari pertama aku berbuka di hotel dgn AOM hotel aja. Sahur pun sama2,itu pun dia risau kalau Ky nampak. Aku beritahu, 'jangan risau,Ky tak kisah!' Aku sendiri tak tau condition dia di saat ini. Dah banyak kali aku telefon,langsung tak berjawab! Guna no2 lain pun tak berjawab! Telefon tempat lama,dorang kata dah pindah! Aku pun tak tau nak kata apa! Kakak ipar dia ada berhubung dgan aku dan aku dapat information terbaru. Mungkin dia ada operasi rahsia! Mungkin lah ini cabaran sekali lagi buat aku! Dah masuk kali yang ke dua. Dan aku tak tau bila masuk kali ke berapa lah aku akan bertahan...Tapi aku ni semangat yang hardcore ,semangat kembara yang tak mau kalah..Aku takkan mengalah!
Kawan aku dah masuk kerja di hotel. So senang sikit kerjanya dan dia pun aku ajarkan supaya bersikap tegas dengan budak2 pelatih sekolah Medan tu. 'Jangan tengok dorang cun aja,ko cair pulak...jangan..kerja betul betul'
Aku awal2 warning kat dia. Hahahha!
GM dan AOM dan semua orang agak lega sebab kerja sudah kurang sedikit. Termasuk aku ni OM yang selalu jadi 'take cover' di hotel. Apa pun aku suka..sebab masa aku yang diambil akan mengurangkan tekanan perasaan dan fikiran aku yang sangat sangat sangat terganggu sejak bulan lepas. Ni lah betul orang kata meroyan...Entah...