Powered By Blogger

Saturday 28 April 2012

Family Hour on weekend

Anak2 tiriku datang hari ni melawat abahnya selepas 2 minggu lebih. Latest dorang dtg masa Ky masuk hospital.
 Tak byk aktiviti kecuali duk rehat aja n lps maghrib bawa ke Pesta Laut Pangkor n Lumut.
Nothing special except crowded. Flooded with people.

Silap tarikh

Dah beberapa hari ni sebelum ni,asyik pesan kat Ky..28/4..Itu tarikh yg aku ingat n Ky kata Klinik Kesihatan Hari Sabtu mana ada..aku siap btau ..gi hospital ajalah sbb cuma nak ambil blood pressure reading aja. So without checking on the date from the letter given by the staff nurse on the discharged day,I just assume 28/4 is the date. So confidence of me..made things worst sometimes.
  And today,28/4 when Ky asked me the consent letter about the appointment. Proudly informed him (over the phone) where I kept the letter. Ky told 'tak ada pun surat tarikh 28/4..26/4 adalah' Dohhh!!! Baru sedar silap tarikh..so dia kata pergi klinik hari Isnin ajalah..lagi mau extend time! That's why I love my husband,tak ada pun dia komplen pasal perangai isteri ni yang over confidence ni sampai silap tarikh...
Hm..telephone masing2 canggih tapi tak mau letak dlm calendar apps!!!

Usaha Mendapatkan Zuriat

Telah beberapa kali mencuba pengambilan ubat2an hormon(tu yg badan aku naik mcm kena pam helium)..atas nasihat dan kawalan doktor yg aku percaya sgt2. So semen test by Ky sudah selesai.;Dan aku dapat kesan kelegaan dari dia walau pun dia tak beritau..Yalah previous marriage dah ada 5 orang anak..
So dalam hati aku ,aku lah yg bermasaalah ni..Aku dapat rasakan itu dan seperti biasa perasaan bersalah menghukum diri dan perasaan serta fikiran aku. Aku juga merasa bersalah kena menyumbangkan perasaan aku itu dan dpt dirasakan oleh Ky hingga sebabkan dia banyak berfikir dan mengundang kepada kenaikan darah tingginya..Ya Allah..apa yang dah aku buat ni..Aku harus bertanggungjawab kepada perkara ini.Tpi aku rasa mcm sudah menyiksa Ky..Ampunkan aku,suamiku..Aku bersalah kan..

  Semalam aku buat HSG ..Apa dia HSC xray? Lagi link mengenai procedure HSG...Bacaan itu telah mengajar aku untuk tabah..tapi takut juga..sebab aku nak call kawan yg jadi doktor ,tersalah call no Makcik Sedara aku pulak sebab nama dia sama..sorang doktor sorang bukan doktor..
 Dah lah eksyen pergi sorang2..dia punya seram sejuk Allah sahaja yang tau..

Tunggu doktor Xray ..sampai kul 3 baru dia masuk dgn gaya lenggang kangkung(sempat lagi aku nyebut dlm hati sedangkan aku tau jap lagi aku kena kangkang lak)..
  Hmm..nak citer satu persatu malu..cut the crap..lepas dia buat procedure tu.bila masukkan dye utk check mana tiub fallopio yg sumbat..so dah tau dari dlm bilik xray lagi..seblah kiri ..ooohhh..padanlah sakit gila masa dorang press picagari yg ada liquid tu..3 kali depa buat..3 kali sakit..
  Kena bayo RM210 for the xray.Katanya paling murah sekali dibandingkan specialist hospital yang lain..So aku kena balik rujuk gynae aku yg cukup sabar dgn kerenah aku yg konon byk sgt membaca dlm internet mengenai method to get pregnant ni..So bila dia tengok filem xray(bukan citer Aziz M Osman tu lak),dia kata awak boleh mengandung sebelah kanan sangat ok..dan ovari juga cantik tiada apa2 masaalah..(yalah tak ada pulak aku tengok ovari aku mcm bersarang2)..so doktor gave me some hopes..tapi 10/5 ni kena buat lagi hormon n blood test lagi kat PathLab..aduiiii..
 So sekarang tunggu aja lagi..
  Balik dari hospital terus pi melepak di Domino Pizza ..tapau aja..sebelah Domino Pizza adalah Kedai Ayam Mass..tapau Honey Roasted Chicken utk Ky..Pizza tu aku baham dlm perjalanan balik ke Manjung dari Gopeng..hahahha..sambil memandu sambil makan(jgn meniru aksi stunt ini!)
So malam tak adalah aku nak makan apa2..cuma jamah2 ayam roasted tu ngan Ky yg nampaknya suka kalau sos tu manis2 sikit..tak palah sikit aja merasa.. Semoga kesihatan Ky semakin pulih..Insya Allah.

Sunday 22 April 2012

Aiyoyoyo!!Apa ada kat sini ni..Sawang aja..

 Hari ini hari jadi emak.Alhamdulillah.Aku gembira kerana dpt ucapkan dia seawal2nya..Dan pada tarikh birhtday emak pada suatu masa dulu,aku pernah terpisah jauh dari emak..sungguh jauh tanpa dapt bertemu atau bercakap..Thn 1999 itu..1+9+9+9=28=2+8=10=1. 1 Sungguh power tahun itu..1 means aku berseorangan ketika itu..Satu pengalaman yg indah! Alhamdulillah segalanya berakhir.

   Dan pada hari ini juga apa yg telah berlaku sejak 10hb lepas juga telah berakhir. Bila Ky kena admit hospital due to high blood pressure,buat aku terhenti berfikir dari segalanya..Yang aku maukan dia sihat seperti biasa.
namun utk pulih seperti biasa,harus dikawal segalanya.Dan aku jadi lebih strict utk menentukan apa yg dia perlu makan dan minum. Sehinggakan aku risau dia bosan dgn segala new procedure tu. Dan buat aku terhenti utk senyum .Dan tanpa sedari itu telah menyakitkan hati Ky..Maafkan isterimu ini. Dan aku sendiri jadi pelik dengan tingkah lakunya yg rupanya jadi atas sebab aku tidak tersenyum .tp logikkah?? Aku pun tak tau.
  Yang aku tau sejak hari itu,aku risaukan dia sampaikan di tempat kerja aku jadi macam tak keruan..nasib baik tak bz sangat kerja kat hotel tu walaupun aku kelam kabut sebab my assistant dah pi Singapore utk Travel Fair dari 20-24...Cuti aku dari 11 smpi 17hb pun aku rasa tak cukup.Dan sedihnya anak yg ada belajar therapi tak dpt attend abahnya sbb kena jaga adik2nya sbb emaknya baru kahwin..hmm..pengorbanan yg anak kena buat utk jaga adik2nya  dari jaga abahnya. Aku sedih tp aku kena hadapi dgn tenang semua tu. Sebab semua yang berlaku bukan utk mengganggu mood pengantin baru tu..tp telah Allah takdirkan keadaan itu kena pada masa dia mau menikah semula. Sungguh kelakar tapi suratan takdir yang Allah telah tetapkan itu sungguh indah.Kalau ikutkan hati suruh aja dia balik kg..tp takut dia pulak tak reti duk diam lagipun cuti tak lama pun..
So dia mula kerja after 18hb. Kalau nak tukar dept adalah suatu yg mustahil pun.

Dan menguji kesabaran aku yang kadang2 tak dpt sabar!!
Dan aku tau,aku jadi mcm psycho yg patut dikaunseling kan oleh psychiatrist. Bukan Ky yg kena kaunseling tpi aku ni..
 Kadang2 aku tak tau apa yang difikirkan oleh Ky..He seems so different,adakah kerana aku sekat kemahuan dia..terutama bab makanan tu..Bukan aku zalim sebb aku pun boleh flexible bila bab lontong or nasi briyani..
  Dan keinginan kami utk dptkan baby juga rupanya merunsingkan dirinya..Aku harap apa yg terjadi perkara buruk itu telah berakhir..Sebab kita tak nampak benda yg tak nampak..Manusia pedengki ada dimana2 tp kalau menggunakan sihir utk menghalang zuriat itu adalah sangat berdosa. Aku pun tak tau manusia pedengki itu napa?Apa yg ko tak puas hati?Kalaulah aku tau sapa orangnya?>??tp biarkan dia..lebih baik tak tau dari tau..
Insya Allah..sihir itu takkan selamanya....Semoga aku dan suami sihat dan apa yang diinginkan menjadi kenyataan. Semoga Allah ampunkan manusia pedengki itu!!
 Dan minggu ni,aku akan ke klinik utk scan sebelum next stage.N esok pastikan Ky pi pathlab..jgn lupa ekk..tp aku tau dia mesti lupa..Dahlah hari ni dia 24hours..semoga dia kuat semangat!Kuatkan semangat ya!

Tuesday 10 April 2012

Aaron Aziz & Lisa Surihani Duet



Nice..even ramai orang kata dia kan..

Pagi2 kat Hot FM..lps tu MHI..lepas tu WHI..eh ya ke?