Powered By Blogger

Saturday, 28 April 2012

Usaha Mendapatkan Zuriat

Telah beberapa kali mencuba pengambilan ubat2an hormon(tu yg badan aku naik mcm kena pam helium)..atas nasihat dan kawalan doktor yg aku percaya sgt2. So semen test by Ky sudah selesai.;Dan aku dapat kesan kelegaan dari dia walau pun dia tak beritau..Yalah previous marriage dah ada 5 orang anak..
So dalam hati aku ,aku lah yg bermasaalah ni..Aku dapat rasakan itu dan seperti biasa perasaan bersalah menghukum diri dan perasaan serta fikiran aku. Aku juga merasa bersalah kena menyumbangkan perasaan aku itu dan dpt dirasakan oleh Ky hingga sebabkan dia banyak berfikir dan mengundang kepada kenaikan darah tingginya..Ya Allah..apa yang dah aku buat ni..Aku harus bertanggungjawab kepada perkara ini.Tpi aku rasa mcm sudah menyiksa Ky..Ampunkan aku,suamiku..Aku bersalah kan..

  Semalam aku buat HSG ..Apa dia HSC xray? Lagi link mengenai procedure HSG...Bacaan itu telah mengajar aku untuk tabah..tapi takut juga..sebab aku nak call kawan yg jadi doktor ,tersalah call no Makcik Sedara aku pulak sebab nama dia sama..sorang doktor sorang bukan doktor..
 Dah lah eksyen pergi sorang2..dia punya seram sejuk Allah sahaja yang tau..

Tunggu doktor Xray ..sampai kul 3 baru dia masuk dgn gaya lenggang kangkung(sempat lagi aku nyebut dlm hati sedangkan aku tau jap lagi aku kena kangkang lak)..
  Hmm..nak citer satu persatu malu..cut the crap..lepas dia buat procedure tu.bila masukkan dye utk check mana tiub fallopio yg sumbat..so dah tau dari dlm bilik xray lagi..seblah kiri ..ooohhh..padanlah sakit gila masa dorang press picagari yg ada liquid tu..3 kali depa buat..3 kali sakit..
  Kena bayo RM210 for the xray.Katanya paling murah sekali dibandingkan specialist hospital yang lain..So aku kena balik rujuk gynae aku yg cukup sabar dgn kerenah aku yg konon byk sgt membaca dlm internet mengenai method to get pregnant ni..So bila dia tengok filem xray(bukan citer Aziz M Osman tu lak),dia kata awak boleh mengandung sebelah kanan sangat ok..dan ovari juga cantik tiada apa2 masaalah..(yalah tak ada pulak aku tengok ovari aku mcm bersarang2)..so doktor gave me some hopes..tapi 10/5 ni kena buat lagi hormon n blood test lagi kat PathLab..aduiiii..
 So sekarang tunggu aja lagi..
  Balik dari hospital terus pi melepak di Domino Pizza ..tapau aja..sebelah Domino Pizza adalah Kedai Ayam Mass..tapau Honey Roasted Chicken utk Ky..Pizza tu aku baham dlm perjalanan balik ke Manjung dari Gopeng..hahahha..sambil memandu sambil makan(jgn meniru aksi stunt ini!)
So malam tak adalah aku nak makan apa2..cuma jamah2 ayam roasted tu ngan Ky yg nampaknya suka kalau sos tu manis2 sikit..tak palah sikit aja merasa.. Semoga kesihatan Ky semakin pulih..Insya Allah.

2 comments:

mamapp said...

mama doakan agar awak n hubby cepat2 dpt baby yer.. mama pn so far tak de rezki lagi. syafi dh pn 4 tahun ++

roserose*MrsYusof* said...

Thanks mama.