Powered By Blogger

Monday 30 June 2008

Outstation Sales Trip-JJCM

Thursday
Gerak ke hotel kul 4 pagi. Prepared some flyer & brochures for my sales kit! I don't how I am going to make it happen with those last minutes preparation. By 5 am, everything is ready and time to get some nap for one hour before off to KL.At 6 am,GM called and asked me to get ready. I have one big bag(bekalan untuk 5 hari),1 briefcase(very cheap one from JAIP) and 2 handbags.hehehe!
7.30 am-At last baru bergerak dari Ctawan,terus ke Bidor and shoot to highway to heaven!
9.50 am-Reached Jln Duta, walaupun sesat 2-3 kali. At JPWP, managed to see the Head Sector man, whom I am impressed so much of him. Pasai apa? I never had any personal talk or contact with him. When I called him on the way to this office ,dia terus jawab 'Ya Ros, dah sampai mana?' Hahh..luruh jantung aku! Seorang yang begitu besar jawatannya(lg 2 thn bakal jadi Ketua Pengarah) set nombor aku dalam telefonnya. No wonderlah, dia jadi ketua pengarah. Kalau tak, takkan dia nak set no pulak! Aku ni sendiri no kawan2 pun aku tak set, MULAI hari ini aku akan set nombor2 tel individu yang diterima. Azam baru di HARI ULANGTAHUN AKU SEMALAM (25 jAMADILAKHIR)!mengikut kalendar Islam la!
Afternoon till late afternoon- Went to Shah Alam's industrial area and distributed our flyers & brochures for the hotel and chalet!
Evening- Check in at one of GM's friend's hotel at Jln Raja Laut. Cleaned up myself, then GM called for dinner. Went to the mamak's restaurant next to the hotel! Kurma & Curry was so good,along with 1 pcs of capati & 1 roti canai. Sedap wooohh!
Then pi merayap ke PS Boutique! GM tak beli apa2. Aku ni yang giler membeli tapi tak banyaklah..Cukuplah sebeg plastik. Aku rasa GM aku ni dah lama tak bersantai sebegitu sempoi! Kami jalan2 sambil makan2. Tapi susah nak jalan seiring sebab dia jalan laju,selalu aku kat belakang aja.one step from me is equal to his 2 steps walaupun dia tak tinggi macam Ky. Sebelum balik bilik, kita minum lagi di sebuah kedai mamak yang nampaknya macam sedap tapi tak sedap mata memandang! Yang aku tau, masyarakat melihat kami berdua macam pelik. Memang tak dinafikan my chinese look alike akan membutakan mata orang sekeliling tapi kami berbahasa Malayglish! Tentulah orang tau aku ni Melayu. Tapi aku suka pula orang tengok dan biarkan mereka dengan pendapat mereka. Sedangkan aku tidak seperti yang disangkakan!
* Kejadian di bilik***Ky called and kita bergayut sampai 5 pagi sambil ditemani perlawanan Euro 2008 antara Spain & Russia. Spain masuk gol aku yang terjerit!Tetapi itu bukan segalanya untuk aku. aku tak fokus pun itu game! Aku menjerit sebab 'Sejarah Hitam' pada Disember lepas. Kami rahsiakan dan akhirnya terbongkar. Dan itu menambahkan lagi kasih sayang kami! Dia bgtau sebab musabab tak nak beritau! Aku banyak ingat kan dia 'Itu dugaan Allah beri kat kita sebab kita lalai kan?Ada hikmahnya perkara yang berlaku itu' aku tau dia tak tipu dan mereka2 cerita! Aku berjaya tau perkara yang sebenar! Dah habis sedu sedan dan raungan lalak,aku tetap tak nak letak telefon,sampailah semua credit tel2 aku langsai. Sambung sms sampai pukul 6 pulak. Dia tak kerja keesokan harinya tapi aku??

Jumaat
Pagi- Kena kejut ngan bos through tel pulak! We shoot up to DBKL,MARA,Lembaga Tabung Haji. Best betul, orang yang nak jumpa tak ada, terus dapat jumpa Pengarah atau Penolong Pengarah!Kaki kanan.
Tengahari- Gi Concorde Shah Alam ada appointment ngan orang UM. Nak buat hotel as education centre.Oklah! While waiting for them to turn up, aku jumpa ngan ex fiancee. Dulu aku janji tak nak call dia lagi tapi.....dah terlanjur aku kat Shah Alam apalah salahnya. Tak salah, aku mengaku aku ingat dia sebagai kawan dan seorang abang sahaja. Tak lebih dari itu.Ok lah,dia pun boleh terima aku ngan Ky, dan dia asyik mengatakan betapa Ky bertuah sangat2, tak seperti dia yang hanya mampu melihat@menjeling@menengok tanpa merasa! Kurang asam!Aku pesan kat dia 'You patut syukur ada orang jaga saya,dari u lihat saya ke sana ke mari..huha huh hah, Kita dah dewasa,bukan macam zaman kita sekolah2 dulu tau, nanti I ngan Ky dtg sini jumpa u ehhh.You belanja kita makan2 & minum2! Bekas tunang aku tu mencebik aja,hahah! Dia beruntung sebab jarang sekali ada orang yang boleh baik ngan bekas tunang!Kadang2 boleh divert kemarahan kat dia. Aku ni mengada2 betul!
Kul 5,aku dan GM gerak balik ke Ipoh dalam pukul 6.45 pm dah sampai kat Medan Kidd Ipoh,Ambil document di bus stesyen. Ky risau gak ngan kecepatan GM membawa kereta! Aku ok aja, lagi laju lagi suka!
late evening- Dari Ipoh terus ke Georgetown,pertama kali I arrived in Penang!
Teruk sekali nak cari tempat. Sampai aku call seorang kawan,Pastor Tan tanyakan pasal jalan di sini. Dapat kat Chulia Street,check in pun dekat2 pukul 12. aku tingkat 4,GM tingkat 5. Aku kalau dah masuk bilik,dah bersihkan diri dan siap segalanya, Malas sekali nak keluar. GM ajak gi massage,aku malas lah nak keluar. Sudah rindu sama Ky!kan kan kan?
Sabtu
Pagi- Gi jalan2 kat pasar pagi,mkn roti canai yang paling tak sedap sekali-no 1 paling tak sedap, GM aku breakfast di Chinese stall. Dia sudah rindu sama masakan Chinese. Aku pulak asyik2 gi restoran mamak aja, Sampai GM tanya 'Why u never want to eat Malay food?Asyik pi kedai mamak aja!' aku jawab 'I Melayu, nak makan lain2 sikit' Padahal dia tau aku suka Nasmir Restoran di Ipoh gak! Hari Sabtu ,ofis2 kerajaan di Penang tak kerja.
So just went FIZ Industrial Area and Prai. Hmm A lot of factories and we managed to finished all brochures. Selesai aja, terus shoot we went to Malaysia-Thai border.Last night also I have the gut to tell Ky about my trip to Thailand.Just went to Danok.
Masa check in kat Immigration Counter(Malaysian), Tuhan aja yang tau betapa kecut perutnya aku! Macam rasa orang bersalah masa tu! Bila aku tengok officer tu sign & chop Passport aku, Barulah aku lega gila. Hilang sakit perut nak qada' hajat besar & kecil. Hahaha! Terus call mak dan Ky ,bgtau yang aku dh sampai.

Before that...
Berita baik untuk aku dan semua
Masa aku belum sampai tol keluar Bukit Kayu Hitam, Ky called me and asked about if I got any room at the chalet. Well, I just wonder dia nak pi bagi bilik kat sapa! Rupa-rupanya....Mak dan kakak2 dia baru aja tau apa yang terjadi antara aku dan anaknya Ky yang dah besar panjang tu!
Ky bgtau 'Yg,saya dah beritau semua pasal u kat dorang.Nak cakap ngan kakak? Berani ke?'
aku jawab 'Ini Ros ler, bukan namanya ros kalau penakut. Bak mai,give the phone to her!'
Ya Allah, betapa syukurnya aku di saat itu. Dapat bercakap ngan kakak Ky and 'Marilah datang umah dan kenal ngan adik beradik Ky. Napa tak datang? Ohh..Ky tak nak bawa ya!Tak apa, jangan risau bab itu, nanti kita uruskan semua. Datang nanti ya!' Kakak Ky sempat tanya 'Ni kat mana ni,kami datang awak lak yang tak ada!' Terkedu aku nak menjawabnya,nak bgtau ke Siam,terperanjatlah depa semua! Nasib Ky cover, dia ada kerja kat Alor Star tu.Love you dude!

Tak ke lega hati aku lepas cakap ngan kakak dia! Allah aja yang tau betapa hati aku macam mana! Ky kata 'Ohh..Mentang dah kenal kak,macam2 dia ngadu kat akak ya!' Heheheh!At least aku dapat rasa aku disambut dengan baik oleh keluarga. Dan semua sekali yang ada kat situ kirim salam kat aku. Dorang datang chalet dan menginap di situ sambil2 nak tengok aku, tapi aku pulak yang tak ada! Ruginya aku! Nasib baik ada satu chalet untuk ramai2 duduk! Whatever,aku dah beritahu mak!Mesti mak tak risau sangat sebab dia tau Ky jaga aku kat sini.

Ok sambung cerita lepas aku check in kat hotel di Danok tu!
Mak pulak terperanjat bila aku beritau aku ada kat Thailand.
Mak : Eiii kak long, macam mana boleh lepas?
Aku: Zikir banyak2..Selawat banyak2.
Mak: Kau biar betul..kat Thailand buat apa...
Aku: Berehat dan enjoy
Mak: Jangan suka sangat,Ky tau tak kau pergi sana ngan bos ?
Aku: Tau,jgn risau!
Mak: Hah...dah kat sana belikanlah mak handbag!
Aku: Laaaa..mak aku ni!

Call Ky bagitau dah sampai.
Aku: Yg, sy lalu tempat kerja lama u ni(sambil mengah2 jalan kaki nak masuk border)
Ky: Smpi Danok ke terus Hadyai?
Aku: GM tak bw grant,so kita jln kaki aja masuk. Just stay kat Danok aja!
Ky: Sy contact member nak, bw u jln2 kat sana..tunjuk2 apa yang patut
Aku : Tak palah yg! Tengok pun ramai yang pakai tudung,mesti boleh cakap Melayu. Dun expect me nak cakap krung krai kap pun pun !Saya bantai omputeh ngan Melayu aja nanti.
Ky: Hehehehe! Jangan bagi ribut taufan sana ya! Jgn lupa gi massage kat sana!
Aku: kehkeh keh..Massage...hmm..cari lelaki massage saya ajalah ekkk? boleh..
Ky: Bolehhhhhh...boleh blah!

Dua tiga hotel aku ngan GM pi semuanya penuh..At last dpt jugak, RM40per nite. Murahkan..and sama standard kat hotel Malaysia yang harga RM80-RM120! Tapi penuh gila kawasan itu. Orang ramai..Orang Malaysia pun ramai gak! Seronok la dorang.Aku pun seronok! Tapi layan kepala sorang2 lah! Aku dapat lagi tingkat 4, GM lak tingkat 6!Mesti dia nak tingkat yang lebih tinggi dari aku. Boss la katakan! Belum sempat aku tukar baju, dia call 'Ros,mau keluar minum dulu,lepas tu kita pi massage'
Aku'Malas nak kuar lah,kaki sakit. Panggil dorang datang bilik ajala. U nak pergi ke?atau we just call them thru counter.' Rupanya dia sendiri nak keluar dan book orang tu utk aku! Baik betul boss aku ni! Itupun sebelum kita orang masuk,beberapa orang RM dan GM hotel di Pangkor nak ikut kita orang ,tapi terpaksa batal sebab tak sempat!Kwn2 aku di Pangkor tu semua terperanjat bila boss aku bgtau aku ikut! Hahah..Biarlah dorang fikir apa2 pun. Den tak kisah!
Lepas mandi gayut lagi ngan Ky, pintu diketuk aku nampak pompuan. Aku bgtau kat Ky,lepas massage aku call balik. Ky 'opp...oppps...pompuan ke lelaki' Aku 'Pondan. Bye Yg,I call u back ya!' aku agak mesti dia risau sikit tapi kalau dia faham perangai dan kehendak aku, dia tak kan fikir yang lain!
Selesai massage,aku tidur lah!KUL 9.30 pm,GM call and terus pi makan kat Restoran Ismail yang caj kami RM44.00 saja. Tapi sedap lagi makan kat tempat yang selalu aku makan tu! Tak palah GM byrkan! GM tanya 'Nak pi shopping ke enjoy? U ok ke?Jangan nanti malu pulak!'
Aku "takpalah shopping lain kali,enjoy aja!Kata u nak rest..I ikut ajalah.jom!'
Terus lah kami pi..and depan pintu besar aku tel Ky bgtau 'Sy nak buat operasi kat dalam ni. Lepas operasi sy call ya!'. Aku bayangkan apa yang dia rasa disaat itu. Tapi aku tau dia tak marah sebab dia faham perangai aku! Bayangkan kalau lelaki2 lain fikir bila isteri atau kekasih keluar dengan boss sendiri, pi pulak enjoy kat Siam! What do you think? Hahahah! Ky trust me so much and I won't betray him, coz I love him!
aku tengok show yang best..korang mesti kata tak best..oklah sampai tahap itu aku boleh citer apa yang jadi masa kat dalam operasi!
Lepas habis operasi aku report kat Ky 'Syg,best arrr!Nampak *&%**&.! **&%^***! Syg saya nampak gajah besar sangat' Ky 'U ok ke tak ni?' Aku'Mataku sangat pening tengok awek2 yang sexy!' Hahahah!
Balik bilik ,aku lelap,GM call lagi. 'Ros, I tak boleh tidur. Memekak disko2 kat sinilah. Kita pi cari pulut mangga jap!' Aku keluar lagi sementara tunggu masa untuk Ky call!


Mencekik pulut mangga ngan lai chikang panas! Kita makan2 sambil citer psl hotel dia!Psl duit!Psl kaya! Aku layankan aja cita2 besar boss aku ni.

Ahad
aku bangun awal..seawal 6.30 pagi dalam keadaan segar bugar sekali. Siap telefon mak dan Ajun!! Siap2 dan kemas dan terus check out 10 pagi. We shoot up to Alor Star,Jitra and terus balik ke Ctawan.
Di Alor Star,dptlah 4-5 government agencies and jawapan yang diterima adalah sama! Boss motivated me that kita kena positif di atas apa yang kerajaan buat. aittt..how could a Singaporean fikir so good about Malaysian government! Pelik lah aku.tpi aku berdoa agar semua ni buat sementara waktu aja!
Di Jitra jumpa kwn aku ,En Man dari Puncak Iltizam. so kita buat bisness plan dan try to sign up my chalet management as part of their teambuilding station! Boss aku? Dia ok aja, aku yang buat deal, dia hanya jawab 'No problem,we can arrange that!'
Sempat aku tanya Ustaz yg selalu kuar kat TV tu dan baru2 ni ada terbaca pasal kes Ustaz dalam Metro tu. Aku cakap dgn Ustaz & sempat tanya kes tu...Dia beritau ,tu semua fitnah! So aku beri moral support supaya dia teruskan dengan kerjaya dia and kita akan jumpa semula di tempat aku ni!
en Man hantar dan tunjukkan jalan ke IPDA,Polimas,ILP. Thanks my friend!Then kita pi industrial area dan jumpa nama sama yang kita dah jumpa di shah Alam hari tu. Selesai segala flyers ,kita terus gerak. Singgah di Perhentian Bukit Merah, terjumpa pulak ngan si Nina yang dari awal aku sampai ,dok perhatikan aku aja yang kepanasan duduk kat bangku panas. Kami sempat berbual selama 20 min. Aku kenalkan GM aku ngan Nina yang asalnya ingatkan dot dot dot! Tapi Nina sangat berapi2 bila cerita Malaysian government pada my Sporean GM. Hahaha! Geleng kepala GM aku sambil ketawa!
Ky dah pesan kat aku kalau boleh cepat sampai sebab mak dan keluarga dia tak balik lagi dan cuba tunggu mana tau dapat jumpa menantu baru orang Malaysia ni! Tapi tak dapat sampai cepatlah. Aku suruh Ky tunggu di rumah abang dia aja. Nanti sampai Ctawan, aku ambil dia balik.
Sampi CTawan pukul 9 malam,so aku tak sempat jumpa mak dan kakak2 dia! Dorang pun tak boleh tunggu lagi. Hmm..lain kali. At least, I felt the appreciation from Ky's family.
Jumpa Ky aja,aku meraung menangis! Napa aku menangis? Biarlah Tuhan dan aku saja yang tahu! Aku telefon mak juga beritau aku dah selamat sampai!
Kepenatan aku tapi sempat download filem Wanted,Hulk!

Sempat lagi join UJIPAH by Tipah.

Wednesday 25 June 2008

Jom and check out This!

This -Silalah melawat ke link tersebut, Jangan lupa!(Ada gaya macam iklan tak?)

Today, I have got nothing to share I guess! It's all routine to my life. Getting up early or late that's normal!

Opsss..I want to share this:


What do you see?
What can you see?
What do yo think?
What do you think that I am going to do after this?

How much is the worth!!


Dalam erti kata lain, BERAPAKAH KERUGIAN YANG HARUS KU TANGGUNG HARI INI?
Ada kah ini yang harus ku tanggung sorang2? Aku tak kira,aku kena minta Ky juga! I don't blo
ody care! Apa ke menda aku ni, hari ni!
____________________________________________________________________

Aku keluar dgn my D/O and left my house keeping staff Pu3 at the front desk! Pi caghi pakar eksoz,...konon nak welding aja(as my cousin's instruction- welding aja kak long!). Ok, Welding cuma 20-30 hinggit aja! Well, aku pi lah itu pakar! Mati2 dia tak nak welding, dia kata kat aku 'Ini batang besi hohhh sulah manyak leput tau! Wa takut hohhh kalau wa welding manyak kali kena kasi welding. Lu hoh kena tukat itu batang(dlm hati aku: aku kena tukar batang baru la ni..wak lu!)Wa kasi lu mulah aja. lapan puluh aja '
Aku setuju aja bila aku fikir ..it's worth to change to a new one! Am I a good cousin,Alin!!! Sempat lah aku meneguk setin Nescafe sebab dah pukul 2 lebih and I don't take any meal except 3 biji buah prune sebagai breakfast. Kaki aku dah menggigil dan menggeletar! Teruklah macam ni,sakit apa aku ni!
Sempat pergi ke kedai aksesori sebelah tu, betulkan apa kemenda tah..utk aku letak FM modulator yang aku ingat rosak..rupanya aku pulas benda alah tu..terus tercabut wayar. Budak yang betulkan benda tu pesan "Kak,jangan bagi anak akak pulas2 benda tu supaya setting dia tak lari!" Dalam hati :Anak akakkkkk!!!Mak budak ni yang buat kerja! D/O aku ketawa terkekeh2 sambil beritau 'Anak dia tak nakal, mak budak ini yang gatai tangannya'Hahah!
Kat hotel satu lagi, mentapau makanan dan things that needed at my chalet! But I was stuck in GM's office with GM,Asst OPs Mgr and myself the Ops Mgr. We're having meeting to do outstation and again I was chosen to be the one to go to KL and Northern State. And after that we're going to Thailand(sorry Ky,I pi sendiri lah hohhh) to get some good rest! Well, I don't care as I know how to behave myself! And you..you..you ..can trust me! Whatever, I need Thai's aromatherapy massage! Will come back on Sunday or Monday! But ...I am not sure whether my international passport still valid to 'oversea'! Whatever need to try since I don't sign any agreement or letter with the Insolvency Department to declare myself as bankruptcy! Not sure, will inform later. Try my luck and wish my luck!
Bought another blouse so I could add to collection of feminine blouse to my plastic 'wardrobe'.Ky waited for me at somewhere near the junction to get some food together since he knows that I don't and won't take any meal if I got an argument with him!my D/O took Ms Pinky back to the resort. Ky drove his car and went to a place that I like the spaghetti bolognaise or seafood! Just took fried rice and for him,1 set of black pepper chicken chop! I couldn't say even some nice word to him as I was so angry with him! I don't know and I just made silence! hoh pun tak ,hekkk pun tak! Puaslah dia cakap sorang,jeling sorang,sengih sorang! Aku tak kisah!
Sambung balik perang dingin di chalet and bersidang dalam kereta macam dalam 'Dewan Parlimen'.
Dia balik. Kenapalah aku tak bersyukur ada dia! Tapi aku tension mak cakap dia macam2! Aku sedih sebab aku tak nak dia dianggap orang yang mempermainkan aku!
Tapi aku tak boleh cakap ngan dia! Tapi aku selalu desak dia! Aku geram!
Paling kejam tadi aku bagitau 'Boleh tak kalau u buat supaya saya ni benci and menyampah,kan senang..U buat..u buat!..Dia jawab'U nak tipu hati sendiri napa?'
Hishhh kalau lah boleh aku tak suka dia kan bagus..Tak pening kepala !Tak sesakkan nafas aku sentiasa! Tak boleh ke aku lupa dia! Kan senang kalau aku...tapi dia tu...Hishhhh!! Argggghhhhhhhhhh! Aku jerit ni .jerit dalam hati aja!

Sekarang dah malam and lepas kul 12 ni aku ke hotel Ctawan,tidur sana. And bergerak ke KL,pagi2 esok! Hmm..Kelas Ahad ni kena batalkan laaahh..kalau aku dan melenjan ke Thailand! Macam mana nak kabarkan kat Ky. Mesti dia terperanjat!Hahahah!

Next week plan;
Ahad/Isnin-Balik dari 'outstation'
Khamis- Pi Alor Star,htr anak Ky..yeahh aku ikut tapi yang lain2 tak dapat ikut sebab sekolah
Khamis- Sh dr Kpr nak dtg pun terpaksa batal
Sabtu- Emy dr Kpr dtg ngan family,wat BBQ and blk Ahad

Lepas tu? Tak ada plan apa2 lagi! Cukuplah untuk setakat ini!

Tuesday 24 June 2008

Wanita besi lah konon!

Ady ku(this is specially dedicated to him laa--who is this guy..vely vely special hohhh!),
Dulu mungkin sekarang tidak lagi. Tak tahulah ke mana sudah perginya tenaga tu semua. Tak tahu nak cari di mana! Yang nyata,bila tidur susah bangun! Nak tidur pun kadang2 susah! Ataupun tabiat zaman dulu2 membuatkan tenaga tak everlasting! Cuma yang ada Everlasting love..

hahahah! Jangan marah Ady ku cayang!

Pagi ini agak awal aku mula. Setelah dikejutkan dengan Ky nya 3 miss call(tak jawab sebab aku mandi) dan alarm dari 2 telefon,..Mau ke tak mau aku kena bangun . Kena buka ofis. DO(Duty Officer) aku tak ada! Aku bagi off pada trainee housekeeping aku. Semalam pun sampai malam dia bersihkan bilik. Kesian juga aku pada dia!
GM called me to inform that the whole chalets will be occupied this late afternoon. The guest? From the TBR, the excessed guest la tu! Good for us then! More business with smart style. Meaning? Smart style means only accommodation with no meal arrangement. That's a new term for me but not for all hoteliers. Since I don't have to be a runner!
My Pinky needs to get washed but I definitely want Ky to wash her! I won't embarrassed myself in front of my staff to wash the car...or else send her to any station for car washing! I don't know how would my Pinky looks like after washing. Maybe more shining, I guessed!
I managed to closed 1 deal for the motorbike club to do their camping here. Last night, I got a call for confirmation for the camping site with 160 person but..Saturday is just round the corner, how could I get 40 tents within these few days! That kid is suck, I told him already to pay me 50% and the deal is on, if not sorry..nothing I can help! I won't take any risk to get those 40 tents from Pangkor Island, but what happen if those 160 kids not turning up. Those costing will kill me!
The increasing oil price really killing some of my business. Yes,...it's so true!
'I am giving you a good rate la darling, still you want me to reduce for you..Aiyaaa!'

'Aiyaaa...laling! The customer can't afford to pay me extra for the petrol laa rose..Manyak susah woo sikalang ni! I don't know how we could last with this increased costing'

See! It affected the economy of each sector, not only government sectors!

While, I heard that those bankers around Malaysia would get their increment for the collective agreement since January 2006. Wah..good for you then!
I remembered when I am getting my first increment from the agreement on 1994, got myself a gold necklace(Ady, ianya tidak berkarat tau..masih bersinar lagi) cost about RM800 something..and now it's totally increase la of course! And now when I was so eager to buy some gold 'things', I was totally shocked with the price! Gila banget! I should buy more at that time but ..I couldn't afford. And now...still can't afford too because high living cost!(Minyak naik, semua naik!)
I hate to say this. I think I prefer my time when I was getting RM300-500 per months..Hmm..that was 16 years ago.

Walaweiii!!!

Monday 23 June 2008

Penat gila!

I am extremely too tired with a few days back activities. So much things to cope today and yet I managed to do all that even I started my day ...quite late! and Too late..but still ok for me then!

Ok. time to go off since tomorrow I need to start early...early..early..ohhh.!

Sunday 22 June 2008

Happy weekend

Iya aku yang happy! Staff bgtau sesama sendiri
'Wah Madam, senyumnya sampai ke telinga!'

Yalah tu.

Malam semlm aku tak pi tengok dia main bola. Tapi hari ni,aku bengang sikit. Dahlah penat gila sebab
1) FM Modulator tak sampai seminggu tak leh guna dah
2) Apacer MP3 merangkap USB Drive dah tak leh guna dah.
3) Sound Adapter USB tak berfungsi selepas 2 minggu gunakan. Sudah dihantar untuk diservis.

Dlam bulan ini aja,3 barang yang aku install dah tak leh guna. Ky panggil aku Ms Perosak! Kurang asam!

Esok merupakan hari ulang tahun 'BEBAS'. dAH 8 TAHUN PUN.Apa pun aku gembira dengan kehidupan sekarang,setelah menempuh pelbagai jerit perit. Teruk bila kuingat pengalaman yang lalu, aku tak mau jadi seperti itu lagi.
Walaupun aku distatuskan sebagai 'bankrap', I won't give a damn! Susah memang susah tapi yang penting aku masih boleh teruskan hidup. Lagi ada keluarga dan ada dia!










Pertarungan antara team dia & TLDM, tp kalah!

Ky masuk bila dah tenat teamnya! Aku yang menang!

MENANG SORAK!! booooo!bOOO!!!

Saturday 21 June 2008

Busy day!

Pukul 11 amik Ky kat jetty,gi makan kat Secret Recipe. Dia komen bila aku order my favourite meal. 'Mano2 ekau poie mesti,spaghetti..tak do lain ke ekau nak makan?'
'Den punyo sukolah apo den nak makan!' Ketawa waiter kat kami yang dah mula nak masuk air!
Dinner ngan team dia kat hotel. GM kata 'Wah sayang abang ya' Hishh sapo yang tak sayang kat abang! Seronok gak makan ramai2 dengan budak2 dia. Dorang ajak pi tengok game yang mula pukul 9 tapi aku tak boleh tinggal chalet sebab budak aku tinggal sorang kat kaunter,lepas tu dia kelam kabut sikit...
Budak2 dia akan main game malam ni,aku tak taulah macam mana depa boleh main dengan perut yang kenyang itu.
Walaupun bukan waktu gaji,occupancy aku dah melebihi 60%. Yeah!
Ky janji minggu depan bawa anak2 ngan aku gi jalan2, lepas dapat gaji dia la pulak!Best arr,aku rindukan anak2 dia!

Tadi aku tanya dia 'Bila nak bawa jumpa mak?'
'Mak saya cerewet,kuat bising?'
'Habis tu,anak rimau ni tak cerewet ke,kuat bising jugak kan??'.
'Sabarlah!' Aku jadi pelakun yang baik beberapa hari ni,untuk kawal diri supaya tak membebel dan berleter lebih2. Bila darah aku nak naik tahap aja, istifar banyak2!Bagus juga aku punya zikir munajat mp3 yang buat aku sabarrrrr!

Friday 20 June 2008

Buruk perangai aku !

Teruk betul lah aku hari ni. Malam semalam aku tidur cepat jugak lebih kurang 2 pagi..itu pun terbangun sebab kat luar pagar kedengaran bunyi bising.
Aku keluar bilik dan nampak ada sebuah van termasuk ke dalam longkang@parit(tanpa aliran air). Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang mencuba untuk menaikkan van biru tersebut. Bila ternampak kelibat aku yang terus telefon Ky, budak2 tu datang kepada aku.
'La..perempuan rupanya. aku ingatkan lelaki tadi tutup badan dgn kain pelekat!'
Salah seorang budak lelaki tu 'Miss,mau tanya hahh..ini pantai tak dak security pantai ke?'
Aku excused to Ky 'Jap ya..Budak2 tu ingat saya Cina lah ni,mula2 ingat sy lelaki,lepas tu ingat Cina pulak'

Aku: Ya dik! Di sini tiada security pantai, kecuali security saya tu hah!
Adik(sukalah dia aku panggil dia adik) : Sorry kak!Saya ingat orang Cina tadi!
Aku: Tak pa Dik, dah biasa dah.
pot pet pot pet...Blah dah budak tu!

Dalam tel pulak : Amoy ,lu tatak mau titun kah? Hali sulah malam! Wa hohhh esok kirja pagi!sambung esok ajalah. Lu layan sama itu guest,tanya sama dia apa mau,pagi2 buta kacau wa punya pelempuan!'
Kalau bab menyakat serah kat dia.

Paginya,aku dikejutkan oleh pegawai bertugas,baru aku teringat aku ada janji untuk pergi sales call! Ishhh..teruknya aku ..malu gila aku. Selalu tak pernah dikejutkan. Alarm 'Bubbly' tarak boleh pakai lagi lah.
Pi kilang2 and Navy base kat Lumut ngan Asst Mgr hotel,ok gak..Dia drive aja,aku jadi co pilot,guna kereta dia.
Lepas siap segala kerja, terus ambil Ky and the gang untuk dorang bertampar bola. Balik resort terus lunch dgn staff semua. Aku dah menggigil lapar. Ky 'ta pau' bubur jagung,bubur pulut hitam,kuih lompat tikam. Semua aku bedal sebab lapar sangat.
Kalau aku buat kerja,makan tu dikira nanti2. Tapi sekarang tak boleh lambat makan! Gigil satu badan sampai ke lutut. Itu tanda ketahuan? Sulah mau tua!
Sms paling indah dan pertama kali aku terima dr dia:
'KAU CANTIK BAGAI KELOPAK MAWAR,BERSINAR MCM BINTANG, COMEL BAGAI ANAK RIMAU,KAU SEGALA YG KU SUKA'
'KAU JADI BUNGA AKU JADI TANGKAINYA,KAU JADI BULAN AKU JADI BINTANGNYA,KAU JADI KURA AKU CABUT LARI...'
Aku jawab : Kurang Asam Ky !
Tak romantik langsung! Tapi den suko!
Aku sempat tengok dia main tadi,lama tak tengok tapi team kalah tadi. Esok ada lagi! Aku tak kira,aku nak tengok dia main jugak, tp tadi bgtau 'Ahhh malaslah nak tengok u lompat,terkinja2..nanti mengadu sakit tu sakit ni' Tapi dalam hati Allah saja yang tau betapa aku nak tengok game tu.
Dorang semua balik last boat. Budak2 tu mesti dah bau sesuatu between aku ngan in charge dorang.Walaupun aku dan dia cakap kasar gila depan dorang semua!Take cover ! Tapi memang aku berkasar pun ngan dia!
Dah perangai macam tu. Nak jadi hipokrit ke? Cakap lembut2,lemah gemalai tapi habuk apa pun takda...Yang penting hati mesti baik kan?

Thursday 19 June 2008

I need you boo,



Geram betul kalau rancangan tak jadi! Sabar ajalah. Sabar! Sabar!Sabar!


Read With You lyrics

Perbandingan Leo dan Taurus


Leo and Taurus
You are one of the four fixed signs of the zodiac, along with Taurus, Scorpio and Aquarius. When you meet up with another strong individual such as a Taurus, you will each have to learn to give and take within the boundaries of the relationship.

You have a big and tender heart, giving generously to your partner as long as you are receiving plenty of love, affection and attention in return. Your Taurus lover seeks simple pleasures and can be very sensual. The Bull is ruled by the planet Venus, which places a tremendous emphasis on the value of love. The two of you come together with a strong sense of love already established within. The work is to become receptive and open to the needs of the other. In this way, both of your unique ways of sharing affection can be readily accepted by each other.

You need a lot of attention. Taurus needs a lot of touch. You both have the capacity for unwavering loyalty in love, but you also each can be quite stubborn in your own individual ways.
Without relief from harmonious placements of the Moon, Venus or Mars, your relationship can turn into a battleground where there will be no winner. To find out about the compatibility of your Moon, Venus and Mars, click here.

Ultimately, if you can get past your own self interests and learn to give freely to your Taurus mate, this can be a dynamic match with lots of material abundance and goodwill.

Rancangan yang dirancang selalu tak menjadi. Dahlah dia balik dari kursus secara mengejut. Rancangan aku amik off day pun terbantut juga. Tak apalah lain kali ajalah.
At least kita dapat dinner and lunch sama2. Petang ni kena jadi volleyball coach. Alahai! Tu yang sebab rancangan nak ke bershopping tak menjadi! Ikut hati aku dah plan nak beli sesuatu untuk dia dan aku.
Aku dah dapat lagu terbaru yang jadi caller ring tone kami dua...
Staff Indonesia aku pun suka ngan lagu2 terbaru yang aku tak kenal langsung penyanyinya! Heheh..
Dua hari lepas, seorang pegawai dari KDN datang untuk recce tempat aku yang akan dijadikan tempat untuk gathering staf2 KDN. He looks so familiar tapi aku tak kenal..Dalam hati aku 'Macam kenal tapi aku tak tau sapa'
Boss dia bagitau 'Puan tak kenal ke dia tu? '
Aku : Hmm..penyanyi nasyid,rock atau pop?Pelakun ke ?Maaf lah saya tak kenal lah sebab dah lama saya tak concerntrate tengok tv.(jawapan yang sangat ikhlas untuk tidak menyakitkan hati dia jika betul dia artis atau apa pun)
Boss dia: Main bola utk My Team..
Aku : ohhh..saya tak kenallah..Yang paling akhir2 pemain bola saya kenal pun..Khalid..
Pegawai sorang lagi : Khalid Jamlus?
Aku : Takk..Khalid Shahdan..Rizal sukiman,anuar Abu Bakar..Anak2 Pak Wahid yang 3 orang tu..hehehhe(sambil ketawa)
Footballer: Khalid Shahdan tu coach saya..Sapian & Mazlan anak Pak Wahid tu saya kenal..Macam mana ada 3 orang?
Aku: Tu lah kawan baik saya ..Sazali tapi tak berapa jadi main bola...sebab dia tak dengar nasihat saya...hehehhe.
Boss: Macam mana dia nak dengar nasihat kalau awek dia cari orang lain..
Aku dalam hati: Eh elelekkk..orang tua ni..
Aku : heheheh..dia tak pandai jaga saya! Dia famous sebab main bola..saya tak famous sebab saya tak main bola.

Itulah serba sedikit citer kelakar aku.
Pagi2 tadi, footballer tu call 2-3 ..siap nyanyi2 lagi dengan caller ringtone baru aku..Kayalah kau Maxis dapat customer macam aku! Closed deal untuk Hari Keluarga mereka!
Masa lunch tadi dia call lagi..biar betul..benda yang sama disampaikan! Berani pulak ajak keluar.
Aku jawab depan Ky : Jangan...nanti kasih kena bahagi2kan dua. Susah kang! Ketawa budak tu.Macam2 hal@

Jawapan aku buat Ky berkerut dahi aja sambil dia tersengih! Apa yang dia fikir aku tak tau. Lepas hantar Ky balik kat jeti,aku balik resort,hujan selebat2nya. Yalah ,dah berapa hari panas gila!
Harga barang naik menyebabkan semua naik. Aku pun kena naikkan saham kot. So far, saham tinggi lagi kot...Apa yang kot???? Aku pun tak tau.
Melalut2 dah..Rest day tak jadi, aku terus punch masuk kul 1.30 pm. Kira bekerja lah hari ni. Nak tengok Ky main bola tampar, tak mungkin aku nak tengok..Cukup lah dulu. sekali di Astaka, sekali team dia lawan Geng Jurnal!
Aku buat flyers aja lah! Mengadap pc ajalah!

Tuesday 17 June 2008

Nite with MBHA EXCO State Chapter


After the dinner with MBHA EXCO Negeri Perak. Yeah ! People still recognized me after some months not around this place. Dato does asked me how was the hotel doing but...Suddenly my GM interrupted and told Dato that I'm now with his Crystal Group. How sweet of those people!
The Tourism Perak Director remembered me when I was joining his delegation for Perak state at the Karnival Gegar 2007 last December.
I had nice dinner which I could not finish. We had 4 members on the table which should be 8 members.




My GM with ADUN Pangkor, Dato Dr Zambri.





Very cute alien in the whole galaxy!
At the back of my office!

Monday 16 June 2008

Rumah baru..

Aku cuba menggantikan yang lama. Teruja dengan kata Tok R
Biarlah hanya kenangan.

Hari ini Streamyx sudah dipasang dan ini menambahkan masa aku yang lebih untuk berehat-rehat di depan pc. Aku ingat kat sini tak dapat servis 'canggih' ini, tetapi aku silap. Eh bukan aku..GM yang beritau, tapi sudah beberapa kali aku asyik telefon operator '100' untuk mengadu kerosakan. Sampai hafal agaknya operator tu dengan nama aku.Perasanlah amat sangat !
Monyet selalu melakukan aktiviti 'flying fox' di wayar2 di dari tiang elektrik hingga lah ke kabel di tepi ofis aku menyebabkan kerosakan telefon di tempat aku bekerja ini. Selalu sangat. Ada yang mencadangkan aku menangkap monyet tu dan catkan muka monyet tu. Tapi berkesan ke?
Aku sendiri takut tengok monyet2 tu. Bila lalu di bawah pokok,aku paling risau kalau monyet ni menyiramkan sisa toksik. Di kereta Mr Pink aku tu, perkara biasalah siraman dari species itu atas kereta. Uncle V selalu beritau 'Madam! Itu monyet sudah naik kereta, bagi kencing atas kereta . Madam mau saya, angkat air dan siram kereta,mau kah? '
Aku 'Apa pasal Uncle tarak mau halau itu monyet? Kenapa kasi dia naik atas kereta saya? Aiyoo..yooo! Tak pa..biar saya sendiri siram kereta saya'
Aku berfikir dalam hati 'Ini najis jenis apa ya? Mughalazah bukan,mutawassitah kot! muaffafah lagi bukan. Oh Ustaz2 ku,aku sudah lupa..tapi aku confirm najis mutawassitah.Ohh ingat lagi la ni' Sejak minyak naik dari hari pertama..itulah hari pertama aku berkereta sendiri untuk kali pertama dalam hidup aku sejak aku dilahirkan hampir 35 tahun yang lalu!
Ky: 'Guna Pinky ya,kita pi makan!'
Aku: 'Beri sebabnya?"
Ky : 'Aircond kuat sikit, kalau dengar orang bebel taklah panas sangat'
Aku: 'Minyak? Nanti claim!'

Claim apa ke menda...aku entitle untuk elaun kenderaan yang seciput tu!

Hari ni 2 orang staff cuti mingguan. So tak ada check in banyak sangat. Budak2 U tadi dah check out. Aku pulak ..nak pilih hari rabu atau Khamis. Tunggu Ky balik, so banyaklah masa rayau dengan dia..Tapi kalau kat Kampar mesti best, boleh jumpa kwn2,gi happening kat Ipoh ke...Ky? Dia layan aja perangai aku yang makin tua,makin mengada-ada! Tak pernah pulak dia komen!

Oh ya semalam,seorang rakan dari Pkr melawat aku dan memberitahu aktiviti tidak sihat mengenai anak sedaranya yang pernah rapat gila kat aku..hmm sayang aku dan aku sayang dia. Tpi aku lagi sayang Ky ekk!
Aku beritau Ky dan tau apa jawabnya 'Ya Allah,lupa nak bgtau yg, Dia tu dah kurus betul,tak macam dulu masa u jaga dia! Terlibat dah benda2 yg tak elok'
Aku tak komen apa2 lah bila Ky sentuh bab 'u jaga dia', masa tu pun sebenarnya Ky panas hati tengok aku dan dia tu.Tapi Ky lagi bertuah lerrrr.. Cuma aku jawab balik 'U nak sy jg dia balik ke?Sy kan ada sijil utk jaga@pulih org yg beraktiviti tak sihat?' Ketawa aja Ky bila jawab balik.Memang Ky selalu kalah badi pada mulut aku yang cepat menjawab..walau nak cover silap sendiri. Aku rasa aku take advantage pada Ky sebab dia tak pernah marah,komen,bosan dengar leteran aku.(hishh..mana aku tau dia tak bosan) Kirakan Ky open lah bab aku berkawan2 ni.
Semalam aku terima MMS dari Spyz. Tapi tak dapat dilihat kerana setting MMS aku tak betul kira2nya!
Opps..Ky call la pulak.Potong stim pulak aku yang beria-ia nak update blog baru aku ni.
Dia nak keluar dari pusat latihan,nak jumpa kawan yang dah 24thn tak jumpa. Oklah..Aku pesan
'Yg kalau nak pi nyanyi, gi kat tempat yang best2 tau..jgn pi yang berdengung punya speaker'
'Eh sy tak pi nyanyi lah,nak pi borak2 aja..mlm ni tak ada kelas lerr.boleh pi minum lama2 ngan member,Ok kan? aku jawab very short 'Ok,dah balik nanti call!'
Aku kena belajar hormat dengan aktiviti dia dan kawan2,sebab aku selalu kurang hormat waktu dia bekerja. Ada aja aku cari pasal nak melengah2kan waktu bercakap. Untunglah kau Maxis!
Aku mengaku aku memang teruk perangai ngan dia, dan aku tak takut. Lagi kalau nak tidur,silap dia sebut aja aku naik angin lah satu badan,tak kiralah pukul berapa atau pun dah berapa lama aku bercakap ngan dia. Ky?Tak pernah marah. Paling bersopan sekali dan aku pulak yang kalah 'Yg,bolehkah kita bersambung keesokkan harinya. Nak kita berdebat sampai esok pun tak habis ok. Sy cakap ni, u jawab ni.Ok?' Nak ke tak nak ok ajalah..
Ky pulak kalau aku nak pi happening ngan kawan2 pun, tak pernah dia kacau(telefon utk report duty ke apa)..Tak pernah. aku balik 3-4 pagi pun dia tak komen apa2. Tak taulah nanti kalau dah serumah,dia pulak yang balik 3-4 pagi. Aku pelik tapi itulah dia .Bila aku tanya,dia jawab 'Saya kenal u,saya percayakn yg,sy tau yg takkan buat yang melanggar perasaan you ' Hah..Ambik kau!Dia percaya sangat kat aku..Dia tak takut ke aku curang? Pernah aku tanya,masih lagi jawapannya dia tau aku takkan lakukannya.
Moral of the story;
Jangan salahgunakan kepercayaan yang orang yang disayang telah berikan. Jangan mencari padah seperti aku.

Aku tak curang tapi aku suka buat2 curang supaya dia cemburu..Tapi dia tak cemburu pun!!!Bodoh lah aku ni!

Esok punya kerja:
&*^*^*^&*
Malam kul 8.30 mlm- Dinner Persatuan Budget Hotel Lumut di teluk Batik Resort. Alamak!Aku akan didedahkan kepada orang ramai malam esok! Ni yang aku seriau ni!
Yang pentingnya :Pendedahan itu akan menyebabkan rating aku tinggi semula di daerah Lumut/Manjung.
Yang mesti diingati: Jangan pakai baju yang terdedah sana sini!

BBQ Nite for Numi!

Aku yang buat segala persediaan,aku juga yang kena menghidupkan api dan bara tu! Aku juga yang memanggang makanan tu!

Mereka?









Rugi Ky tak ada! I can't imagine kalau dia ada! Pasti riuh rendah tempat ni!