Friday, 20 June 2008

Buruk perangai aku !

Teruk betul lah aku hari ni. Malam semalam aku tidur cepat jugak lebih kurang 2 pagi..itu pun terbangun sebab kat luar pagar kedengaran bunyi bising.
Aku keluar bilik dan nampak ada sebuah van termasuk ke dalam longkang@parit(tanpa aliran air). Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang mencuba untuk menaikkan van biru tersebut. Bila ternampak kelibat aku yang terus telefon Ky, budak2 tu datang kepada aku.
'La..perempuan rupanya. aku ingatkan lelaki tadi tutup badan dgn kain pelekat!'
Salah seorang budak lelaki tu 'Miss,mau tanya hahh..ini pantai tak dak security pantai ke?'
Aku excused to Ky 'Jap ya..Budak2 tu ingat saya Cina lah ni,mula2 ingat sy lelaki,lepas tu ingat Cina pulak'

Aku: Ya dik! Di sini tiada security pantai, kecuali security saya tu hah!
Adik(sukalah dia aku panggil dia adik) : Sorry kak!Saya ingat orang Cina tadi!
Aku: Tak pa Dik, dah biasa dah.
pot pet pot pet...Blah dah budak tu!

Dalam tel pulak : Amoy ,lu tatak mau titun kah? Hali sulah malam! Wa hohhh esok kirja pagi!sambung esok ajalah. Lu layan sama itu guest,tanya sama dia apa mau,pagi2 buta kacau wa punya pelempuan!'
Kalau bab menyakat serah kat dia.

Paginya,aku dikejutkan oleh pegawai bertugas,baru aku teringat aku ada janji untuk pergi sales call! Ishhh..teruknya aku ..malu gila aku. Selalu tak pernah dikejutkan. Alarm 'Bubbly' tarak boleh pakai lagi lah.
Pi kilang2 and Navy base kat Lumut ngan Asst Mgr hotel,ok gak..Dia drive aja,aku jadi co pilot,guna kereta dia.
Lepas siap segala kerja, terus ambil Ky and the gang untuk dorang bertampar bola. Balik resort terus lunch dgn staff semua. Aku dah menggigil lapar. Ky 'ta pau' bubur jagung,bubur pulut hitam,kuih lompat tikam. Semua aku bedal sebab lapar sangat.
Kalau aku buat kerja,makan tu dikira nanti2. Tapi sekarang tak boleh lambat makan! Gigil satu badan sampai ke lutut. Itu tanda ketahuan? Sulah mau tua!
Sms paling indah dan pertama kali aku terima dr dia:
'KAU CANTIK BAGAI KELOPAK MAWAR,BERSINAR MCM BINTANG, COMEL BAGAI ANAK RIMAU,KAU SEGALA YG KU SUKA'
'KAU JADI BUNGA AKU JADI TANGKAINYA,KAU JADI BULAN AKU JADI BINTANGNYA,KAU JADI KURA AKU CABUT LARI...'
Aku jawab : Kurang Asam Ky !
Tak romantik langsung! Tapi den suko!
Aku sempat tengok dia main tadi,lama tak tengok tapi team kalah tadi. Esok ada lagi! Aku tak kira,aku nak tengok dia main jugak, tp tadi bgtau 'Ahhh malaslah nak tengok u lompat,terkinja2..nanti mengadu sakit tu sakit ni' Tapi dalam hati Allah saja yang tau betapa aku nak tengok game tu.
Dorang semua balik last boat. Budak2 tu mesti dah bau sesuatu between aku ngan in charge dorang.Walaupun aku dan dia cakap kasar gila depan dorang semua!Take cover ! Tapi memang aku berkasar pun ngan dia!
Dah perangai macam tu. Nak jadi hipokrit ke? Cakap lembut2,lemah gemalai tapi habuk apa pun takda...Yang penting hati mesti baik kan?

5 comments:

tentangseseorang said...

seb baik dengan den akak tak garang. kalau tak haruslah ku cabut lariiiiii

rosevsky said...

Hello adikku!

Kau pelembutkan hatiku,..
Kaulah buat ku tak cabut lari..hihihihi...

amboi....

DatOk ZeQ said...

ros sick ky - Are you?
Sekeras keras kerak nasi... bubuh air sikit lembut lah dia , kan gitu? Macam bunga ros gak, kikis duri nya , harum lah dia, tanpa was was ?? KY ko sihat?

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

rosevsky said...

Ros sick ky- I AM!

Datok,

Tak faham lah,,bab kikis durinya!

Ky sihat walafiat!

DatOk ZeQ said...

ros sick ky
Bunga ros ,kalau tak berduri, senang lah dicium bunganya, tak lah takut terluka dek duri yang tajam. Trip ko kat KL camne? Tak contact aku pun ! Take care ye !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, selangor