Thursday
Gerak ke hotel kul 4 pagi. Prepared some flyer & brochures for my sales kit! I don't how I am going to make it happen with those last minutes preparation. By 5 am, everything is ready and time to get some nap for one hour before off to KL.At 6 am,GM called and asked me to get ready. I have one big bag(bekalan untuk 5 hari),1 briefcase(very cheap one from JAIP) and 2 handbags.hehehe!
7.30 am-At last baru bergerak dari Ctawan,terus ke Bidor and shoot to highway to heaven!
9.50 am-Reached Jln Duta, walaupun sesat 2-3 kali. At JPWP, managed to see the Head Sector man, whom I am impressed so much of him. Pasai apa? I never had any personal talk or contact with him. When I called him on the way to this office ,dia terus jawab 'Ya Ros, dah sampai mana?' Hahh..luruh jantung aku! Seorang yang begitu besar jawatannya(lg 2 thn bakal jadi Ketua Pengarah) set nombor aku dalam telefonnya. No wonderlah, dia jadi ketua pengarah. Kalau tak, takkan dia nak set no pulak! Aku ni sendiri no kawan2 pun aku tak set, MULAI hari ini aku akan set nombor2 tel individu yang diterima. Azam baru di HARI ULANGTAHUN AKU SEMALAM (25 jAMADILAKHIR)!mengikut kalendar Islam la!
Afternoon till late afternoon- Went to Shah Alam's industrial area and distributed our flyers & brochures for the hotel and chalet!
Evening- Check in at one of GM's friend's hotel at Jln Raja Laut. Cleaned up myself, then GM called for dinner. Went to the mamak's restaurant next to the hotel! Kurma & Curry was so good,along with 1 pcs of capati & 1 roti canai. Sedap wooohh!
Then pi merayap ke PS Boutique! GM tak beli apa2. Aku ni yang giler membeli tapi tak banyaklah..Cukuplah sebeg plastik. Aku rasa GM aku ni dah lama tak bersantai sebegitu sempoi! Kami jalan2 sambil makan2. Tapi susah nak jalan seiring sebab dia jalan laju,selalu aku kat belakang aja.one step from me is equal to his 2 steps walaupun dia tak tinggi macam Ky. Sebelum balik bilik, kita minum lagi di sebuah kedai mamak yang nampaknya macam sedap tapi tak sedap mata memandang! Yang aku tau, masyarakat melihat kami berdua macam pelik. Memang tak dinafikan my chinese look alike akan membutakan mata orang sekeliling tapi kami berbahasa Malayglish! Tentulah orang tau aku ni Melayu. Tapi aku suka pula orang tengok dan biarkan mereka dengan pendapat mereka. Sedangkan aku tidak seperti yang disangkakan!
* Kejadian di bilik***Ky called and kita bergayut sampai 5 pagi sambil ditemani perlawanan Euro 2008 antara Spain & Russia. Spain masuk gol aku yang terjerit!Tetapi itu bukan segalanya untuk aku. aku tak fokus pun itu game! Aku menjerit sebab 'Sejarah Hitam' pada Disember lepas. Kami rahsiakan dan akhirnya terbongkar. Dan itu menambahkan lagi kasih sayang kami! Dia bgtau sebab musabab tak nak beritau! Aku banyak ingat kan dia 'Itu dugaan Allah beri kat kita sebab kita lalai kan?Ada hikmahnya perkara yang berlaku itu' aku tau dia tak tipu dan mereka2 cerita! Aku berjaya tau perkara yang sebenar! Dah habis sedu sedan dan raungan lalak,aku tetap tak nak letak telefon,sampailah semua credit tel2 aku langsai. Sambung sms sampai pukul 6 pulak. Dia tak kerja keesokan harinya tapi aku??
Jumaat
Pagi- Kena kejut ngan bos through tel pulak! We shoot up to DBKL,MARA,Lembaga Tabung Haji. Best betul, orang yang nak jumpa tak ada, terus dapat jumpa Pengarah atau Penolong Pengarah!Kaki kanan.
Tengahari- Gi Concorde Shah Alam ada appointment ngan orang UM. Nak buat hotel as education centre.Oklah! While waiting for them to turn up, aku jumpa ngan ex fiancee. Dulu aku janji tak nak call dia lagi tapi.....dah terlanjur aku kat Shah Alam apalah salahnya. Tak salah, aku mengaku aku ingat dia sebagai kawan dan seorang abang sahaja. Tak lebih dari itu.Ok lah,dia pun boleh terima aku ngan Ky, dan dia asyik mengatakan betapa Ky bertuah sangat2, tak seperti dia yang hanya mampu melihat@menjeling@menengok tanpa merasa! Kurang asam!Aku pesan kat dia 'You patut syukur ada orang jaga saya,dari u lihat saya ke sana ke mari..huha huh hah, Kita dah dewasa,bukan macam zaman kita sekolah2 dulu tau, nanti I ngan Ky dtg sini jumpa u ehhh.You belanja kita makan2 & minum2! Bekas tunang aku tu mencebik aja,hahah! Dia beruntung sebab jarang sekali ada orang yang boleh baik ngan bekas tunang!Kadang2 boleh divert kemarahan kat dia. Aku ni mengada2 betul!
Kul 5,aku dan GM gerak balik ke Ipoh dalam pukul 6.45 pm dah sampai kat Medan Kidd Ipoh,Ambil document di bus stesyen. Ky risau gak ngan kecepatan GM membawa kereta! Aku ok aja, lagi laju lagi suka!
late evening- Dari Ipoh terus ke Georgetown,pertama kali I arrived in Penang!
Teruk sekali nak cari tempat. Sampai aku call seorang kawan,Pastor Tan tanyakan pasal jalan di sini. Dapat kat Chulia Street,check in pun dekat2 pukul 12. aku tingkat 4,GM tingkat 5. Aku kalau dah masuk bilik,dah bersihkan diri dan siap segalanya, Malas sekali nak keluar. GM ajak gi massage,aku malas lah nak keluar. Sudah rindu sama Ky!kan kan kan?
Sabtu
Pagi- Gi jalan2 kat pasar pagi,mkn roti canai yang paling tak sedap sekali-no 1 paling tak sedap, GM aku breakfast di Chinese stall. Dia sudah rindu sama masakan Chinese. Aku pulak asyik2 gi restoran mamak aja, Sampai GM tanya 'Why u never want to eat Malay food?Asyik pi kedai mamak aja!' aku jawab 'I Melayu, nak makan lain2 sikit' Padahal dia tau aku suka Nasmir Restoran di Ipoh gak! Hari Sabtu ,ofis2 kerajaan di Penang tak kerja.
So just went FIZ Industrial Area and Prai. Hmm A lot of factories and we managed to finished all brochures. Selesai aja, terus shoot we went to Malaysia-Thai border.Last night also I have the gut to tell Ky about my trip to Thailand.Just went to Danok.
Masa check in kat Immigration Counter(Malaysian), Tuhan aja yang tau betapa kecut perutnya aku! Macam rasa orang bersalah masa tu! Bila aku tengok officer tu sign & chop Passport aku, Barulah aku lega gila. Hilang sakit perut nak qada' hajat besar & kecil. Hahaha! Terus call mak dan Ky ,bgtau yang aku dh sampai.
Before that...
Berita baik untuk aku dan semua
Masa aku belum sampai tol keluar Bukit Kayu Hitam, Ky called me and asked about if I got any room at the chalet. Well, I just wonder dia nak pi bagi bilik kat sapa! Rupa-rupanya....Mak dan kakak2 dia baru aja tau apa yang terjadi antara aku dan anaknya Ky yang dah besar panjang tu!
Ky bgtau 'Yg,saya dah beritau semua pasal u kat dorang.Nak cakap ngan kakak? Berani ke?'
aku jawab 'Ini Ros ler, bukan namanya ros kalau penakut. Bak mai,give the phone to her!'
Ya Allah, betapa syukurnya aku di saat itu. Dapat bercakap ngan kakak Ky and 'Marilah datang umah dan kenal ngan adik beradik Ky. Napa tak datang? Ohh..Ky tak nak bawa ya!Tak apa, jangan risau bab itu, nanti kita uruskan semua. Datang nanti ya!' Kakak Ky sempat tanya 'Ni kat mana ni,kami datang awak lak yang tak ada!' Terkedu aku nak menjawabnya,nak bgtau ke Siam,terperanjatlah depa semua! Nasib Ky cover, dia ada kerja kat Alor Star tu.Love you dude!
Tak ke lega hati aku lepas cakap ngan kakak dia! Allah aja yang tau betapa hati aku macam mana! Ky kata 'Ohh..Mentang dah kenal kak,macam2 dia ngadu kat akak ya!' Heheheh!At least aku dapat rasa aku disambut dengan baik oleh keluarga. Dan semua sekali yang ada kat situ kirim salam kat aku. Dorang datang chalet dan menginap di situ sambil2 nak tengok aku, tapi aku pulak yang tak ada! Ruginya aku! Nasib baik ada satu chalet untuk ramai2 duduk! Whatever,aku dah beritahu mak!Mesti mak tak risau sangat sebab dia tau Ky jaga aku kat sini.
Ok sambung cerita lepas aku check in kat hotel di Danok tu!
Mak pulak terperanjat bila aku beritau aku ada kat Thailand.
Mak : Eiii kak long, macam mana boleh lepas?
Aku: Zikir banyak2..Selawat banyak2.
Mak: Kau biar betul..kat Thailand buat apa...
Aku: Berehat dan enjoy
Mak: Jangan suka sangat,Ky tau tak kau pergi sana ngan bos ?
Aku: Tau,jgn risau!
Mak: Hah...dah kat sana belikanlah mak handbag!
Aku: Laaaa..mak aku ni!
Call Ky bagitau dah sampai.
Aku: Yg, sy lalu tempat kerja lama u ni(sambil mengah2 jalan kaki nak masuk border)
Ky: Smpi Danok ke terus Hadyai?
Aku: GM tak bw grant,so kita jln kaki aja masuk. Just stay kat Danok aja!
Ky: Sy contact member nak, bw u jln2 kat sana..tunjuk2 apa yang patut
Aku : Tak palah yg! Tengok pun ramai yang pakai tudung,mesti boleh cakap Melayu. Dun expect me nak cakap krung krai kap pun pun !Saya bantai omputeh ngan Melayu aja nanti.
Ky: Hehehehe! Jangan bagi ribut taufan sana ya! Jgn lupa gi massage kat sana!
Aku: kehkeh keh..Massage...hmm..cari lelaki massage saya ajalah ekkk? boleh..
Ky: Bolehhhhhh...boleh blah!
Dua tiga hotel aku ngan GM pi semuanya penuh..At last dpt jugak, RM40per nite. Murahkan..and sama standard kat hotel Malaysia yang harga RM80-RM120! Tapi penuh gila kawasan itu. Orang ramai..Orang Malaysia pun ramai gak! Seronok la dorang.Aku pun seronok! Tapi layan kepala sorang2 lah! Aku dapat lagi tingkat 4, GM lak tingkat 6!Mesti dia nak tingkat yang lebih tinggi dari aku. Boss la katakan! Belum sempat aku tukar baju, dia call 'Ros,mau keluar minum dulu,lepas tu kita pi massage'
Aku'Malas nak kuar lah,kaki sakit. Panggil dorang datang bilik ajala. U nak pergi ke?atau we just call them thru counter.' Rupanya dia sendiri nak keluar dan book orang tu utk aku! Baik betul boss aku ni! Itupun sebelum kita orang masuk,beberapa orang RM dan GM hotel di Pangkor nak ikut kita orang ,tapi terpaksa batal sebab tak sempat!Kwn2 aku di Pangkor tu semua terperanjat bila boss aku bgtau aku ikut! Hahah..Biarlah dorang fikir apa2 pun. Den tak kisah!
Lepas mandi gayut lagi ngan Ky, pintu diketuk aku nampak pompuan. Aku bgtau kat Ky,lepas massage aku call balik. Ky 'opp...oppps...pompuan ke lelaki' Aku 'Pondan. Bye Yg,I call u back ya!' aku agak mesti dia risau sikit tapi kalau dia faham perangai dan kehendak aku, dia tak kan fikir yang lain!
Selesai massage,aku tidur lah!KUL 9.30 pm,GM call and terus pi makan kat Restoran Ismail yang caj kami RM44.00 saja. Tapi sedap lagi makan kat tempat yang selalu aku makan tu! Tak palah GM byrkan! GM tanya 'Nak pi shopping ke enjoy? U ok ke?Jangan nanti malu pulak!'
Aku "takpalah shopping lain kali,enjoy aja!Kata u nak rest..I ikut ajalah.jom!'
Terus lah kami pi..and depan pintu besar aku tel Ky bgtau 'Sy nak buat operasi kat dalam ni. Lepas operasi sy call ya!'. Aku bayangkan apa yang dia rasa disaat itu. Tapi aku tau dia tak marah sebab dia faham perangai aku! Bayangkan kalau lelaki2 lain fikir bila isteri atau kekasih keluar dengan boss sendiri, pi pulak enjoy kat Siam! What do you think? Hahahah! Ky trust me so much and I won't betray him, coz I love him!
aku tengok show yang best..korang mesti kata tak best..oklah sampai tahap itu aku boleh citer apa yang jadi masa kat dalam operasi!
Lepas habis operasi aku report kat Ky 'Syg,best arrr!Nampak *&%**&.! **&%^***! Syg saya nampak gajah besar sangat' Ky 'U ok ke tak ni?' Aku'Mataku sangat pening tengok awek2 yang sexy!' Hahahah!
Balik bilik ,aku lelap,GM call lagi. 'Ros, I tak boleh tidur. Memekak disko2 kat sinilah. Kita pi cari pulut mangga jap!' Aku keluar lagi sementara tunggu masa untuk Ky call!
Mencekik pulut mangga ngan lai chikang panas! Kita makan2 sambil citer psl hotel dia!Psl duit!Psl kaya! Aku layankan aja cita2 besar boss aku ni.
Ahad
aku bangun awal..seawal 6.30 pagi dalam keadaan segar bugar sekali. Siap telefon mak dan Ajun!! Siap2 dan kemas dan terus check out 10 pagi. We shoot up to Alor Star,Jitra and terus balik ke Ctawan.
Di Alor Star,dptlah 4-5 government agencies and jawapan yang diterima adalah sama! Boss motivated me that kita kena positif di atas apa yang kerajaan buat. aittt..how could a Singaporean fikir so good about Malaysian government! Pelik lah aku.tpi aku berdoa agar semua ni buat sementara waktu aja!
Di Jitra jumpa kwn aku ,En Man dari Puncak Iltizam. so kita buat bisness plan dan try to sign up my chalet management as part of their teambuilding station! Boss aku? Dia ok aja, aku yang buat deal, dia hanya jawab 'No problem,we can arrange that!'
Sempat aku tanya Ustaz yg selalu kuar kat TV tu dan baru2 ni ada terbaca pasal kes Ustaz dalam Metro tu. Aku cakap dgn Ustaz & sempat tanya kes tu...Dia beritau ,tu semua fitnah! So aku beri moral support supaya dia teruskan dengan kerjaya dia and kita akan jumpa semula di tempat aku ni!
en Man hantar dan tunjukkan jalan ke IPDA,Polimas,ILP. Thanks my friend!Then kita pi industrial area dan jumpa nama sama yang kita dah jumpa di shah Alam hari tu. Selesai segala flyers ,kita terus gerak. Singgah di Perhentian Bukit Merah, terjumpa pulak ngan si Nina yang dari awal aku sampai ,dok perhatikan aku aja yang kepanasan duduk kat bangku panas. Kami sempat berbual selama 20 min. Aku kenalkan GM aku ngan Nina yang asalnya ingatkan dot dot dot! Tapi Nina sangat berapi2 bila cerita Malaysian government pada my Sporean GM. Hahaha! Geleng kepala GM aku sambil ketawa!
Ky dah pesan kat aku kalau boleh cepat sampai sebab mak dan keluarga dia tak balik lagi dan cuba tunggu mana tau dapat jumpa menantu baru orang Malaysia ni! Tapi tak dapat sampai cepatlah. Aku suruh Ky tunggu di rumah abang dia aja. Nanti sampai Ctawan, aku ambil dia balik.
Sampi CTawan pukul 9 malam,so aku tak sempat jumpa mak dan kakak2 dia! Dorang pun tak boleh tunggu lagi. Hmm..lain kali. At least, I felt the appreciation from Ky's family.
Jumpa Ky aja,aku meraung menangis! Napa aku menangis? Biarlah Tuhan dan aku saja yang tahu! Aku telefon mak juga beritau aku dah selamat sampai!
Kepenatan aku tapi sempat download filem Wanted,Hulk!
Sempat lagi join UJIPAH by Tipah.
4 comments:
sobenir mano?
aiya mau sobenir ya..
Tunggu..this coming Friday pergi lagi..ambil gambar and publish dlm ini blog ok???
wah dh dpt restu kakak ky ek! congrate..le la mkn nasi minyak ni
Ma Cousin,
apa kata kita wat sama2 and jgn mkn nasi minyak...makan nasi putih!ikan kering,sayur bening,telur dadar and sambal belacan...Ok tak?
Bukan kakak aja,mak Ky pun ok..Dorang tunggu kak long tak sampai2, dorang chow balik kampung la...
Post a Comment