Powered By Blogger

Thursday 25 December 2008

Mentari sinar terang

Dia balik bawa anak2. Untuk perlindungan dari mulut aku yang tak berinsurans lagi. Aku dah tak kira lagi ada anak ke tak..aku tetap bising.
X wife dia call aku sebelum dia balik lagi,ucap tima kasih kat aku sebab bantu dia bayar owner keta yang angah terlanggar tu. Tapi yang penting nasib baik tak ada kemalangan atau luka2,....Semua risau kalau jadi lagi perkara yang sama pada September 2006 dulu. Kena check entry dulu kalau nak tau apa yang telah jadi.
X wife dia pun thanking me for took care of her 3 sons very well. Of course both of us marah to Ky. Setiap kali dia pergi Thailand, pasti yang buruk berlaku. Masa mereka dalam ikatan perkahwinan pun macam tu. Angah sendiri mengaku. Angah sendiri minta maaf kat aku sebab susahkan aku. Aku tak kisah tapi aku sendiri marah ngan Ky. Angah pun marah kat Ky, tapi dia tak pernah luah kat abahnya! Hari itulah baru aku tau apa yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka dari mulut x wife dan juga angah!
Padah betul penangan cinta si Siam bitch tu. And his x wife tu minta aku perbetulkan keadaan. Sama seperti yang mak Ky minta aku buat jugak. Aduhai..aku tak tau nak buat apa...Bomoh2 tu tak masuk kepala otak aku. Aku tengok muka Ky pun aku dah geram kadang2. Sakit hati,tapi x wife dia suruh aku sabar! Banyakkan doa!
Ky mengaku semua apa yang berlaku. Benar tapi sungguh pahit aku nak telan...tapi aku kena telan gak! Kalau aku nak terus hidup sama ngan dia.! Aku kena telan...Ubat atau racun ni???Aku pun tak tau? Dia dah buat keputusan untuk gembirakan semua pihak tapi aku masih tak percaya...Isteri mana yang tak suka..tak yah duduk ngan laki,tak yah masak utk laki..tak buat tanggungjawab yang sepatutnya...tapi kerah laki masukkan duit dalam bank...Gila kan?Tapi itulah berlaku selama kehidupan mereka. Ikut suka ati tat bitch tu aja..Dan tanggungjawab berat tu semua diamanahkan oleh keluarga Ky termasuk mak,adik2,bekas isteri dan anak dia. Untuk aku laksanakan! Aku pening lah...
Memang sekarang kami tunggu kelulusan...dah lulus aku akan jadi isteri kepada Ky. Apa yang aku impikan selama ini. Juga impian dia.Tapi buat masa sekarang aku kena berperang sentiasa dengan dia. Tapi aku lancarkan serangan pada dia..Dia??? tak balas apa pun...Sakit hati kan?

Sunday 21 December 2008

keta punya pasal

sejak tukar dr pinky ke si merah aku selalu dilanda masaalah teruk. Aku x komplen tp aku nk luahkan perasaan. Mula keta x senang di start engine,ky tukar relay. Kemudian kereta ni dilanggar oleh Chef aku,sedangkan si Merah aku tu pegun aja kat tepi hotel. Satu lagi musibah.
2-3 hari ni bonet keta terkunci dan bila hantar kedai..kena tukar semua lock pintu. Harga RM5xx. Kunci yang satu hanya boleh unlock satu pintu. Lain manual. Dah tu keta aku ni jadi runner utk beli sayur,ikan dan manusia..ehh bukan beli manusia..bawa manusia2.
Kadang2 aku lebih suka bawa keta Ky tapi aku pun tak nak dera perasaan Ky bila dia bawa si Merah tu. Yalah,,,macam2 lagu dalam keta tu. Tapi pick up si Merah lebih baik dari Wira Ky tu. Aku bengang sebab banyak sangat duit kena dihabiskan utk ni. Minyak tak usah cakaplah.
Tapi...aku yang nak sangat...terpaksalah aku menahan. Aku yang perlukan sangat,sebab tu aku kena bertahan ..tapi bertahan sampai bila..aku tak tau. I almost give myself.
Mungkin dah luck aku macam tu. Apa2 sahaja yang aku maukan mesti ada cabaran dan dugaan. Aku tak nak cakap2 apa pun tapi terjadi sekali lagi.

Hari ini....aku bawa si Merah dan bila sampai di bukit,banyak budak2 Viva club kereta berduyun2 di jalanan. Si Merah termati, dan bila aku cuba tarik handbrake...tak makan langsung..Sayup2 aku toleh belakang,kereta belakang terlalu dekat..dan aku tak da jalan lain..Surrender! Brek kaki aja yang bertahan utk mengelakkan kereta ke belakang dan menghentam kereta di belakang yang bodoh mengikut aku terlalu dekat ...Aku angkat tangan! Seorang budak lelaki dari kelab Viva Malaysia berlari menuju ke kereta aku dan menolong. Aku bertukar tempat duduk dari pemandu ke seat sebelah,sambil tidak melepaskan brek kaki..Cuba bayangkan stunt action yang berlaku tu...Dan budak tu masuk dalam kereta dan duduk seat pemandu dan ambil aleh brek kaki itu dari kaki aku. Aku tak rasa malu pun bila bersentuhan dengan dia sebab keadaan sangat darurat...Sambil itu marshall dari kereta melepas 2-3 buah kereta di belakang aku supaya apa2 berlaku tidak mendatang apa2 kemalangan.
Akhirnya kereta berjaya maju ke depan di atas jalan yang agak tinggi kedudukan.
I thanked him and he advised me to proceed before ended up the same thing again...But then only I knew that my handbrake is not functioning so WELL.
Tak boleh naik bukit rupanya...Nak kena tukar kan? Kena duitkan????
Aduhai...aku tak mampu nak berkereta baru..nasib baik sepupu aku nak jual kereta ni..tapi...nak maintain kereta lebih 12 thn ni sangat masaalah rasanya. Aku tak tau nak cakap macam mana.
Mak marah aku pasal kereta ni. Ky tak boleh kata apa2 sebab aku dah ambil sebelum dia setuju apa2...Dia takkan kisah apa yang aku buat pun..Dia selalu kata 'Kalau dah sesat,pulanglah ke pangkal jalan'. Ayat dia selalu buat aku pening. Kalau ayat2 aku lagi buat dia parah sampai naik darah tinggi dia.
Hari ni dia ke Kedah bersama budak2nya ada bicara mahkamah. Aku terperanjat bila dia beritau,dia tertinggal handphone di rumah. Tapi aku agak dia menipu aku. Aku cari kat balai,orang2 yang pergi dengan dia..Tanya2 kwn2 lain depa tak tau no mereka gak. Nak jadikan ceritalah...Pukul 10 malam tadi, anak ke dua Ky telefon aku tanya abahnya...Aku cakaplah dia ke Kedah. Anak dia kemalangan kereta.Dia hentam bontot kereta Spectra di depan dia. Angah dalam perjalanan pulang ke rumah di KK dari Sungei Petani. Nasib baik dia tak apa2,sebab kami selalu pesan kat dia jangan bawa kereta laju2. Opah selalu gak pesan 'Jangan pisang berbuah dua kali'. Angah kena bayar RM500 kepada tuan keta Spectra tu. Dan tentunya Ky yang kena, tak mungkin x wife dia nak bayar. Mati hidup semula pun dia tak bayar. Aku nak online aja tapi...aku kena tunggu Ky balik jugak. Kepala otak aku berjalan lagi. Aku contact kwn2 MPV Ky...hahhhh! Dapat no budak2 yang ikut Ky..Tapi semua tak dapat dihubungi....
Sah lah mereka ke Siam....Benci aku..Depa seronok2 kat sana ,aku Ky tinggalkan...musibah melanda lagi! Setiap kali Ky ke sana, mesti ada hal.hari tu dia ke sanalah....keta aku dilanggar! Tapi itu secara kebetulan...tapi aku nak tegaskan kepada Ky...setiap kali dia ke sana..mesti sesuatu buruk akan berlaku..Why he never learn from all these matter! How could I clear up the mess! How could I take the responsibility ! How could I fullfill his mother's word to take care of Ky and help his family to clear all the mess from the bitch from Thailand! That bitch is bitch! And why don't he just leave that bitch!Ya Allah,selamatkan Ky dari segalanya!

mengadap kerenah manusia!

Semalam sekumpulan manusia yang tak boleh hidup susah...check out from my chalets and left without doing any payment.
Aku benci pekara ini belaku! Tapi aku tak boleh salahkan sesiapa. Tapi aku salahkan semua trainee dan officer yang bertugas kerana tak boleh handle pekara ini. Mereka yang buat perkara ini.
Aku dah tak sabar nak tengok semua trainee yang ada di Teluk Batik blah dari chalet2 tu. Aku tak tahan dengan perangai depa. Mereka ini sangat menyusahkan aku. Malas aku nak terangkan. Tapi perangai depan lebih teruk dari beruk2 yang ada. Aku kata jangan buat ni..depa buat jugak!

Wednesday 10 December 2008

Lama x mmblog






Raya Haji dh lepas. Aku raya di Manong bersama keluarga Ky. anak2 Ky pun ada sama setelah brhr2 brkmpung d umah aku. Sejak dorang x ada,aku sugul sebab sunyi sangat. Baru aku rasa penangan nya bila dah lama sgt mereka dgn aku. Tapi mereka harus pulang ke pangkuan ibu mereka. Siapalah aku. Berhari2 aku menangis,tapi Ky pandai pujuk aku. Dia minta aku cuti dan buat gathering family. Dan ini akan membuatkan dia mengambil semula anak2nya. Dia call adik2 dia dan panggil emaknya. Mereka duk sampai dan menginap di rumah aku. Dorang tak mau duduk rumah Ky tu. Aku pelik. Dorang selesa ngan aku. Aku bangga sebab aku dapat siapkan segala persiapan untuk BBQ dinner di Teluk Batik. I managed to handle the preparation of all food.Aku happy walaupun penat. Aku seronok.

Lama x mmblog

lamanya tak meriuh kat sini..

Den tak sempat..

Sunday 16 November 2008

Hari Ahad niiiii!!!

Dah semingu lebih aku kerja, tak dapat ambil off day. Oh ya...sebenarnya aku rindu...nak tau aku rindu apa? Aku bukan rindu kat orang..aku rindu kat Pinky!! Bila nampak species yang sama aja,teruk aku boleh meraung dalam hati...Tapi aku tau lama2 aku akan sayang juga pada Si Merah ni..Alin ,cari nama lain dari Red Devil boleh? Mai kita cari nama dia ekkk! Untuk pengetahuan Alin, kak long tak buat apa2 lagi pun pada Si Merah ini. Tapi hari tu, dalam kereta Ky merajuk(macam biasalah...Kak long cari pasal laaahhh) ,dia pergi pecut..Nak terkencing2 Kak Long !Takut jugak bila laju ..tapi tak perasan lah berapa kelajuan tu. Eh macam bersms2 pulak kita. Sorry Alin, kak long memang tak sempat nak jawab sms tu..jawab pun lepas beberapa jam...
Jangan marah!

Friday 7 November 2008

Test drive yg betul

Teruk aku arini. Ke sana ke mari spt biasa,tp kali ni guna Si Merah. Manual lagi. Dahlah menggeletar lutut aku,banyak pula kerja yg perlu dibuat. Test drive ditemani oleh DO aku di Teluk Batik sbb my cousin stay di sana lps mkn d hotel. Pick up best,cuma masih ada yg tak perfect. Perfect lps banyak yg perlu dilaburkan. X apalah,perlahan2. Perasaan x puas biasalah,kita manusia. Tapi apakan daya,aku mampu pada tahap itu aja. Insya Allah!
Ky abis keja ptg td terus dia btau 'esok sy off,n esok sy pi smpadan htr blk,mlm sy smpi smula' Aku berlakun lg. 'pot pet pot pet' koran.g faham ke? tapi hati aku puas,masa berkualiti bertambah. Aku teringat mak btau 'bila htr blk,hrp2 dia blk terus,tp dtg blk' entahlah apa sudahnya. Harap kali ni ia benar berlaku dan selamatkan bakal laki aku dr cengkaman rakus pendatang yg ingatkan dpt senang n kerakyatan n mewah tp derita yg dtg. Semoga laki aku akan sedar,aku yg kena sedar diri n sedarkan laki aku bahawa dia trperangkap. Aku x kisah watak jahat ini, tp aku nak hak aku jugak. Aku nk juangkan hak aku yg sepatutnya lebih awal aku dpt,tp terlewat sbb salah teknikal dr aku sndiri. Org yg trlalu sbr jd x sbr,akhirnya kena sbr n dpt smula hak itu. Bila aku kt,aku x da hak,dia kata ada,aku ada hak.hmm,org bg lesen amik ajalah. Hr ni aku kena tegur ngan Ky bila aku cuba ckp psl jeles aku pd ... Jgn buat perangai,trperanjat jugak tp aku suka gaya dia ckp. Hahaha. Watak aku?memang jahat la ni. Saja buat dia marah.

Family Day di Hotel!

Malam tadi kami berstimbot(Kak Ungku, jangan marah..sekarang ni lagi suka berstim2)..Teruk gak kami dera staff Ky yang first time berstim bot. Aku seronok tengok dorang makan. Aku? sibuk melayan tetamu semua, sampai makan pun disuapkan..Tak kisahlah sebab kami dipanggil loving auntie and uncle! Kurang asam bebudak!

Ky kalau datang dinner memang semua orang (staff hotel) suka melayan sebab dia peramah bebenor! Don komen 'Madam sama bapak macam gaya orang2 muda,persis seperti happy macam kami' Hahaha! Yang penting jiwa muda!

Mak dan ayah aku agak slow dalam menerima gossip2 liar setelah aku meminta detail mereka untuk diisi dalam borang. Dulu sibuk tanya pasal hal kami, sekarang ni dorang macam 'terkejut' dan aku rasa macam jauh hati. Takkanlah bab macam ni, aku kena handle sendiri. Baik dari dulu aku pi nikah kat Siam aja..Lagi senang. Tapi aku kena sabar dalam menghadapi prosedur yang aku rasa remeh temeh. Entahlah, rungsingnya aku bercampur dengan boring sekali. Tapi apa2 pun,kena tunggu dan lihat.
Hari ini sampailah Isnin, aku kena mengangkat tugas sebagai 'acting GM'. GM outstation. Semua terlambak ke atas kepala aku! Pening kepala aku dibuatnya. Staf aku yang ramai di hotel jika dibandingkan di chalet buat aku pening kadang2 tapi aku tak nak stress sangat dengan dorang.aku nak semua kerja dibuat dengan sempurna dan tidak menyusahkan kepala otak aku. Tapi mana ada yang sempurna dalam dunia. Dalam aku sibuk mengingatkan mereka, kesilapan dari mereka tetap berlaku. Aku pun tak faham kenapa mereka tak faham. Aku rasa penghalang bahasa antara kita tidak menjadi masaalah tapi mereka malas berfikir,ambil senang aja! Tak kiralah trainee dari luar atau dalam Malaysia. sama aja! Insya Allah, dorang akan tau apa yang cara lebih untuk aku dan hotel.
Kereta sebenar aku sudah pun sampai malam ni. I am going to miss my Pinky. she will be hand over back to the owner. And I will get my Mr Red of Satria(2 doors). Wuiyooo! Racing maa! And I was hoping that I will easily adapt myself with the new car.

Tuesday 4 November 2008

Cuti sehari

Rancangan hantar kek lapis Sarawak memang dh lama dirancang sejak celebrate hari ulangtahun anak ky d kfc kk. Mak ky yg lebih senang aku panggil dia mak,btau tak palah kalau susah. Tapi aku ni .. So Ky off day gak semlm,tp sbb amik ms mcm kura2, smpi tghari pun x gerak2. Tiba2 dpt sms dr balai,ada taklimat pulak. Aiya! Ky kata x jdlah nk blk Manong,aku pulak dh muncung yg boleh buat jemur baju. Boring,aku kata biar aku pi sndiri ke Manong..Lebih bagus balik sana tanpa Ky. Peliknya,aku sendiri x risau pun jika ada yg x berkenan ngan aku! Tapi aku x kisah!
Yang penting Ky izinkan! Aku bw kek ditemani 2 org pelatih hotel aku. Apa lg beracinglah aku dr sitiawan ke beruas ke manong. Sejuk gak tangan aku bila sampai umah mak d manong. Mak siapkan mkn lagi. Kami mkn nasi,lauk ayam kari n ikan terutup. Aku br aja btau Ky 2-3 hari lps,teringin nk mkn ikan goreng sambal terutup. Haha? Mentua aku syg aku lah! Suka betul hati aku. aku kenal mak x smpi sebulan tapi mak boleh cerita psl kerisauan dia pada Ky dgn ... Yang sedih dan buat aku kembang kuncup bila mak kata ' mak x risau Ky ngan smah(nama br aku),tp mak risau dia ngan ttut,.' aku pun ikut sedih bila mak brtukar suara. hmm,byk info aku dpt bila dtg sendiri .Sebiji aku jd spy kebun psl laki aku tu. Tak tertelan nasi ke dlm tekak aku bila dia sebut psl pompuan tu. wah aku rasa mcm pencalonan dh cukup korum! Aku pun dh nk msuk politik. Tapi aku belum pilih watak baik atau jahat! Hahaha!

Saturday 1 November 2008

jumpa lagi

lamanya x memblog?
Napa ekk?
Sebenarnya aku sibuk. Sibuk hinggakan x dpt masa utk blog. Sejak balik dr bp,aku trus fokus pd operasi hotel. Ternyata masa senang tiada. Tapi aku kena pandai mencilok masa. Aku dh kenal hampir semua family Ky. Alhamdulillah,terima aku yang seadanya. Dah 2 kali aku balik sana dgn Ky. Beraya dan berehat. Proses utk ke tahap seterusnya sedang berjalan. Dan bila Ky tunjuk borang ,aku jadi blur. Aku macam tak percaya. Aku rasa macam mimpi. Dan dh beberapa hari ni,aku jadi runsing! Aku tak tau. Aku sendiri terfikir ini ke yang aku mahukan. Inikah salah satu dari kehidupan aku? Aku akan menempuh ini ke? Bila aku suarakan apa yang aku rasakan, Ky kata 'aiit,buat macam ni salah...apa lagi yg nak saya buat?' entahlah!

Thursday 9 October 2008

Cukup raya




Raya best? Boleh lah.


Balik BP, raya ke dua. Lepas dinner ngan Ky, baru dia hantar aku gerak tinggalkan Perak. Tepat pukul 12 malam, sampai BP pukul 7 pagi. On the way back, aku cuma berhenti 3 kali aja.


Itu pun sebab mengantuk sangat.




Di BP, dah jumpa mak ayah atuk dan adik2 . Anak sedara,sepupu sepapat. Shopping kat Jakel lagi. Cari langsir lagi. Dan 2-3 pasang kain ela. Aku nak buat sendiri lah baju.

Baju raya ,mak tolong kecilkan. Dia kata..baju kebaya kena ngam kat badan ..bukan longgar size L kat badan aku. Aku cuma btau 'Ky beli tapi dia tak ukur dulu sebab aku yang mencuba,dia cuma tengok ok..ok ajalah. Hmm..silap aku lah agaknya.



Raya ke 4 pun, gi kat rumah tini. Gathering lah konon. Walau tak ramai tapi..enjoy lah jugak jumpa kawan lama yang dah berbelas tahun tak jumpa. Thanks pada Facebook yang membuatkan kami berjumpa semula.

Balik raya ke 6,terus ke hotel ..konon ada meeting..tapi batal pulak. Dahlah dalam perjalanan masa nak pi highway, aku tak jumpa jalan keluar Ipoh..terlepas sampai ke Serdang..Bengong aku! Kalau balik malam, nampak segalanya..Bila balik siang2 buta ,tak nampak signboard dan jalan2. Bengang aku. Nasib ada insan yang bagi tunjuk jalan. Sempat gak aku call mamat dari kumpulan Cecupak yang sekarang dah mula popular. Nasib dia coolkan aku. Tension gak aku. Tapi aku pun tak boleh lama2 duk kat BP..lain dah rasanya kalau lama2.
Memo dah dikeluarkan. Sah aku kena jaga 2 tempat. Aku tak taulah aku boleh buat ke tak!
Ni tengah merengek2 kat Ky nak beli TV dan laptop! Kalau aku nak laptop ,dia nak satu pc gak! Amboi..Nak lawan taukey!

Wednesday 1 October 2008

Farewell to 8 Medan's Trainee

 Malam tadi merupakan malam terakhir aku bersama-sama dengan 8 orang pelatih dari sekolah pelancungan dari Medan, Indonesia. Berstimbut lagi.

Aidilfitri 2008



Lepas berbuka dan dia abis kerja terus gi kedai beli baju. Dapat duit raya dari dia. Aku panggil duit raya terpaksa! Hahahah! Tak kisahlah yang penting dapat !

Aku tak kira! Aku dah kata kat dia...kalau aku kata aku nak..aku nak lah..dia kena usaha gak!

Aku tak jadi raya ke KK.dan aku terpaksa hampakan kakak Ky kerana aku nak jaga perasaan dan hati Ky gak! Ky tau aku jenis 'kamikaze' so dia terus pangkah 'Tak payahlah,nanti saya bawak!'

Tapi tadi aku beritau, bukan aku pi sana nak jumpa dgn dia, tapi aku nak jumpa mak dia dan siblings dia. Sepatutnya malam ni...Ada ke dia boleh jawab 'Laaa..napa tak habaq nak pi malam ni, kalau u berani gerak malam ni, boleh lah pergi'..Ish..Ish..Dah pukul 10 malam baru nak beritau! Tak ke aku hangin sekejap dengan Ky ni. Tapi tak boleh marah2, dah minta ampun dan maaf. Duit raya pun dah dapat dua2 belah tangan! Baju raya dapat dua pasang. Tu belum lagi aku heret dia ke kedai emas. Harus Ky rabak poket dia nanti! Ikut hati aku.. ieee..Apa lagi yang aku tak puas hati dengan dia!





Aku masak untuk raya ini. Ada rendang babat cili padi,sambal kacang ,sambal tumis sotong, kuah lodeh,nasi impit segera yang direbus hanya 45 minit. Dan aku ingat dan sangat hargainya(nasi impit packet) kerana nak harga yang ekonomi pada 2 pack nasi impit instant ni aku sanggup beratur di kaunter Econsave di manjung, selama hampir 1 jam. Orang ramai berderet2 setelah berpeleseran di rak-rak barang..Masing2 dengan troli! Aku dan seorang pak haji menjadi orang yang sungguh baik hati. Ada orang nak potong que dengan troli dia yang besar..berserta badan dia yang besar. Aku tegur 'Kak, ramai lagi beratur di belakang ni' Sambil memuncungkan bibir aku menunjukkan ke belakang! Pak Haji tu siap sambung cakap aku.."Kita kan orang Malaysia'..Hahaha..Terus akak tu bengang dan dia beratur mana,aku pun tak ambil kisah. Sebab aku sendiri tadi hampir2 nak give up beratur. Sebabnya sebelum tu aku ke pasar ,jumpa nasi impit yang sama, tapi harga sangatlah tak sama. Tapi ada berkatnya, aku sabar dan sungguh sabar beratur, akhirnya ..hasilnya.. Ramai dapat merasainya! Berkat kesabaran aku. Terutama Sgnt!

Aku masak mengikut permintaan, Ky nak nasi impit,kuah lemak ngan tempe,sambal kacang. Pemandu dia nak lemang dan rendang daging. Budak2 aku macam lah..Tu yang banyak aku masak tu. sampaikan waktu berbuka aku tak larat nak makan. Yalah segala macam makanan aku yang masak. Bila aku nak makan, dah rasa kenyang!

Tapi aku pelik ngan pemandu abang, semua makanan dia makan..Bukan hari ni aja aku perhati. Tiap kali berbuka bersama kami semua..aku seronok tengok dia makan. Staff aku lagi seronok. Sebab aku yang sediakan makanan untuk mereka, Tak palah sebab aku fikir Ky tak perlu gi kedai nak cari tempat makan. Membazir aja! Ky macam biasalah. Dia ambil makanan yang aku risau tambah bp..aku jeling merajuk! Sejak bp dia normal..daging kambing dia makan macam makan nasi. Tak risau langsung. Siap boleh jawab lagi 'Yg masak kambing tu tak bau kambing lah..sebab tu banyak saya makan' Yalah tu!





Rendang ayam cili padi dan rendang daging!

Paru sambal.

Raya ke dua..waktu malam baru aku bertolak balik ke BP..terpulang dengan angin pus pus aku ni! Tapi aku suka balik malam..tenang..aman ..damai. Kalau siang ,aku lupa diri..Tengok orang laju ,aku pun laju..Malam tak nampak sangat! Tak sabar nak cium tangan mak dan ayah. Dan aku nak pi kubur Maria. Dah 9 tahun sejak dia meninggal dunia,dia tak beraya dengan aku. Kalau dia ada,pasti seronok ..pasti kami buat biskut raya sama-sama...Aku tukang gentel dia tukang bakar dan susun biskut dalam bekas. Aku bersengkang mata, dia tidur depan oven!
Al-Fatihah untuk Mariati.
Dah pukul 1 lebih pagi..hujan lebat di Teluk Batik ni, jap lagi aku nak balik rumah di Manjung. Esok ada staff gathering raya, gi makan kat hotel dan kemudian dengan GM ,kami ke chalet Teluk Batik pulak. GM nak rasa masakan aku katanya..tee hee hee!

Friday 26 September 2008

Kad Hari Raya dari Azza

Terima kasih Azza.





Kepada semua pembaca, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin jika tulisan saya selama ini mengganggu emosi keamanan semua. Jika ada tersalah bahasa dan tersilap tulis sila lah maafkan saya ya!

Semoga semua bergembira di hari raya yang mulia ini.

Hati-Hati di Jalan Raya kerana PDRM sungguh rajin membuat OPS SIKAP.

Thursday 25 September 2008

Sila lah tengok langsir itu

Langsir ku!

Langsir di bilik tidur utama(memang satu aja)
Accident tadi ,on the way balik chalet! Aku nampak mayat dah terkulai berdarah2, tapi bila aku dah dekat dgn mayat..butang apa yang aku tekan pun aku tak tau..tak dpt ambik gambar tu..Apa dah!!!


Lunch for Rotary Club Weekly meeting! Tengok dorang makan enjoy aja . Aku yang standby kat meeting hall tu main jeling2 aja



Minuman aku yang buat perut aku senak gila!


On the way to the hotel..kereta berderet ..JPJ roadblock. Boring tunggu!




























Tuesday 23 September 2008

Langsir Siap!


Dia masukkan 'cangkuk langsir' ke kain. Aku? *tukang tengok atau lebih dikenali dgn mandur*

Dia: 'Orang panjat2, dia main telefon pulak!'

Dia : 'Mana lubang ni,skru jari sendiri lak!'
Hahah..Dah pakai google pun tak nampak.Jari nak diskru..

Alhamdulillah, dah siap pasang langsir. Tapi..lupa lak nak ambil gambar!

Lepas gi check tekanan darah di hospital,kami pi hardware panel aku utk beli besi sepanjang 10 kaki..ahahah..aku dengan konfidennya menjawab 10 kaki. Accesories utk besi 10 kaki semua ok..Beli screwdriver lagi! Pasal tekanan darah dia,normal pulak ..semalam turun..hari tu naik..aku tak faham penyakit dia ni penyakit apa...

Dia dera aku pegang besi yang panjang dari kedai hardware ke rumah. Naik lenguh tangan aku! Sampai umah,rupanya 9 kaki aja! Kena lak tunggu dak maintenance aku hantar gergaji besi. Teruk lak aku kena perli pasal 10 kaki tu! Sampai dia warning lagi 'Lain kali pot pet pot pet,tak abis2..ukuran pun lupa'
Aku malas nak jawab sangat sebab aku hormatkan dia berpuasa. Tak nak cari gaduh!
Aku dapat 2 berita kematian dari mak. Sorang yalah kawan sekolah(21/9/2008) dan seorang ialah..
orang yang menolong aku ketika aku susah banget time tu, Datin Mak Jah(16/9/2008)!
Tarikh dia menolong aku ketika itu : 21hb Feb 1999.
Aku ingat lagi: Aku susah yang teramat susah ..Memang teruk gila..Aku sedih dia kata
'Ros,Datin pun bukan orang senang tapi nah ambil ni (sambil hulurkan duit RM100). Kalau Ros jadi orang kaya, Ros pulang balik lah..Kalau tak Datin halalkan!..Memang baik sedara aku sorang ni! Dia adalah isteri kepada bekas DO Batu Pahat tahun 70 an. Nenek kepada Zizie Ezette! Masa kat Batu Pahat, rajinlah jugak aku singgah2 datang rumah..sambil makan2 kat rumah dia! Dia rajin melayan aku dan mak! Tadi pun aku terus call anak Datin tu yang aku panggil Pakcik O. Terperanjat dia dengar suara aku. Even he's 59 years old, but still macam orang muda. Dia pun menantu kepada kerabat raja Johor..sapa ? Rahsia!!!! Shhhhh!
At least aku happy dapat cakap ngan anak Datin ni yang kami janji akan jumpa kalau aku balik BP nanti.
Tapi kakak2 Ky ajak aku berkampung di rumah mereka. Di belakang rumah mak Ky, untuk sambut aku di KK. Hmm..aku tak plan lagi ngan Ky sebab mesti dia tak nak perkara buruk jadi! Yalah takut aku tak leh control diri aku, jadi kecoh lak kat sana!
tapi kakak dia n anak2 sedara Ky is so sweet dengan jemputan tu.
Tak tau lagi nak ikut ke tak? Tapi this is the oppurtunity!

Tadi sebelum gi hospital, aku tak tau dan tak perasan gusi aku berdarah aja.Aku ingat apa benda dalam mulut aku. rupanya darah beku yang buat aku panik sesaat. Tak berhenti2 darah dari gusi aku. Nasib aku tak puasa,kalau tak batal aja puasa sebab dah terasa2 darah dalam mulut ni. Mak kata aku panas sangat, Ky pun kata macam tu. Masa kat hospital,diajaknya untuk check tapi aku tak nak sebab aku tak suka protokol yang kena tunggu lama2 tu. Aku kumur ngan Listerine baru darah berhenti. Ky kata aku jadi Mrs Dracula atau pun Raja Bersiung! Takkan Raja Bersiung ambil darah sendiri lak..Suka suka dia aja! Mrs Vampire!hahahh!

Berbuka Puasa di Cheng Ho.1409


Teh Tarik Puteri Hang Li Po utk Ky, Karet O tanpa gula untuk aku *tak minum manis sebab aku dah manis*


Meja aku no 6. Ikan Siakap tak sampai lagi!
Waiter yang comel menuangan Chinese Tea. Free flow tapi kena panggil waiter bila air dah habis.
Buttered Prawn,Prawn Curry, Chicken Lemon. Tuu nampak no 6 tu. Aku tak suruh dia letak aku kat no 6 pun..tp dia letak juga!
Prawn Curry!


Sebenarnya ada sayur bayam,Sup Tomyam dan Siakap Asam Paste tak sampai lagi. Tapi bila dah sampai..tak sempat nak shot..dah tinggal bekas aja. Lapar punya pasal.
Seronok tengok dorang makan ,tambah2 nasi. Aku ? Tambah gakk...*malu*

Tuesday 16 September 2008

The best Gathering for me & Ky

Aku dah plan awal untuk masak di chalet. so lepas keluar rumah terus gi supermarket beli lah apa yang patut. Hmm..shopping sorang2 buat aku gila kadang2. Actually baru dua kali gi supermarket ES ni sorang. Apa yang teragak-agak nak ambil,aku capai dan terus masuk troli. Yang penting under budget! Capai udang, capai ikan mayong,capai limpa..sayur2 tak usah nak cakap. Peria aja 3 batang padahal aku tau ramai kat situ yang tak makan peria. Nasiblah,sebab pahit korang tak makan ya..Nanti aku buat sampai tak pahit!

Dah beli punya beli.,aku nak tolak troli pun melayang2. Bayangkan lah, barang dalam troli tu lebih berat dari aku kot! Cheh nak tunjuk eksyen lah aku dah kurang kg. Maklumlah bulan puasa!
Dalam pukul lebih,ex staff Pangkor dan temannya call aku beritau dorang keluar pulau dan aku terus jemput untuk berbuka bersama2. Wah happy sebab dah lama tak jumpa last jumpa msa birthday Ky ,time aku ikut dia balik pulau sebelum aku mula kerja di sini. Aku tunggu punya tunggu,aku kena fetch dorang di Sitiawan..hmm dekat dgn hotel tu.tak palah,minyak pun masih banyak lagi. Hantar dorang lagi ke money changer di Lumut. then baru balik ke chalet. Amek kau! Dah pukul 6.30. Aku ada masa kurang dari 45 minit nak siapkan makanan berbuka.
Ohh ya..masa aku capai limpa tu ..aku ingatkan memang limpa, bila aku rebus rupanya hati lembu. Laaa! Aku paksa si Irwan tolong aku di dapur. Aku ingat nak suh Bida buat sambal terisi dia yang best tu..tapi aku malu nak minta..mesti dia nak golden time ngan temannya itu. So aku tak kacau lah. Aku ngan Irwan kat dapur..Sup Ayam siap!Hati lembu berempah siah. Sayur siap. Goreng Tempe & Tauhu. Sambal Kicap siap. Sambal Tumis Udang siap. Sedang si Irwan skodeng Ky yang sibuk nak skodeng aku kat dapur dengan jejaka hensem, Aku yang terperanjat. Ky kata
;Eh apa tak siap2 lagi ni,dah 7.15 pm ni. lagi 4 minit' Aku apa lagi! Macam Charlie Chaplin la!
Time berbuka kita buka meja bulat besar,sampaikan nak ambil lauk kena berdiri..terutama aku yang comel lote ni lah. Driver Ky macam biasa berselera sungguh! Aku tengok dia makan sup ngan cili kicap. Hmm macam orang2 Johor aja ni.
Ky barulah berselera macam biasa. Sejak dari kali pertama buka puasa sama, dari nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Aku siapkan bubur baru makan. Waktu sahur tak nak makan nasi,makan roti atau kueh tiau. Semalam...barulah aku suka tengok dia makan..semua masakan aku ada dalam pinggan dia..minta nasi lagi! Tambah tu..Makna kesihatan dan ok sikit lah. Katanya sebab kurang merokok jadi macam tu. Kalau macam tu susahlah nak berhenti merokok!
Kami semalam ibarat perkumpulan orang yang pernah hidup di pulau..cerita zaman2 keggemilangan. Yalah,Bida orang kanan aku masa di pulau dulu. Sekarang dah berbeza dan dia kata hotel di situ berubah bila aku dan the gang blah dari hotel tu. Ky pun dengarkan aja! Bebereapa hari ni,dia banyak mendengar sambil makan aja. Aku kurang makan sebab aku yang masak kot. Tapi kalau di hotel aku pot pet pot pet dengan AOM aku aja atau DO,walau KY ada kat sebelah. Kalau bercakap ngan dia aja pasti aku nak peng cari gaduh! So baik aku happy kan diri aku! Kalau dengan dia mesti aku nak cari hal! Nilah aku,bila dia tak berbuka sama aku,aku gaduh..Dia kat sebelah aku pun aku cari gaduh gak! Tak syukurlah aku macam ni!
Hari ni buat mee kari aja. Ada ayam! Ada sambal tumis,ada jemput2,ada cili kicap dan kuih2 yang dibeli. Itu aja dah cukup! Air aku macam biasalah ,..nescafe! Tak mau minum air batu! Jaga badanlah ..
D/O tegur aku .'Ros,ko sekarang ni tak gila bergambar ke? Lauk2 ko masak napa ko tak amik gambar lagi?' Aku jawab 'Ko tak nampak ke aku sorang aja yang kelam kabut siapkan makanan untuk korang makan..Korang buat apa?????' Aku dah bengang! DO aku jawab 'Kita orang buat bodoh ajalah' Hahahah!

Monday 15 September 2008

Spesel punya masakan hari ni..



Perkara yang aku takuti dan pernah aku bayangkan telah pun terjadi dan menimpa ayahku! Aku ingat lagi waktu umur sekitar 13 tahun. Aku meneman pakcik Z utk menanam semula pokok orkid yang telah dibawa balik oleh wan dari kebun kelapa sawit seluas 7 ekar tu. Pokok orkid tu tak boleh dibawa balik kerna ianya telah membuatkan rumah wan dan atuk agak kacau. Hmm..perkara mistik terjadi dan mengikut kata orang yang pandai...kena pulangkan semula pokok orkid tu. Bila aku sampai di kawasan kebun tu, masa tu aku pernah terfikir 'Napa tanah ni orang lain kerjakan tapi nama ayah? Napa ayah tak masuk campur? Jangan gaduh masa akan datang sudahlah..Tak bapak2 yang gaduh, anak cucu pulak yg gaduh' Itulah yang terlintas di fikiran aku waktu umur aku baru baligh masa tu. Entah napa aku fikir macam tu aku pun tak tau. Lepas pakcik Z tanam balik, baru lah kami balik ke rumah wan. Dan selepas beberapa hari tiada lagi gangguan mistik menimpa wan dan datuk.
Selepas beberapa tahun, tiada kedengaran tentang tanah yang 7 ekar ciput tu. sehinggalah tiba2 kesusahan menimpa ayah dan mak dan memaksa aku 'override'. Override dengan cara mencari geran tanah itu dan menyemak apa status tanah tersebut. Masa tu aku masih bekerja bank lagi! Networking yang ramai di kalangan orang2 bank menyebabkan aku dapat cara bijak untuk keluarkan geran tu. Geran tu sudah digadaikan sebanyak 2 kali dan ada lampiran ayahku bersetuju memberi hak kepada tuk dan pakcik z utk menggadaikannya. Dan ada tunggakan sebanyak 8k lebih dan dari pinjaman yang berjaya dibuat,ayah telah selesaikan hampir 13k untuk pinjaman yang bukan dibuat oleh ayah tapi dibuat oleh atuk dan pakcik z. Aku berjaya ambil balik geran tu. Atuk dan pakcik Z tak pernah tanya pada aku tentang itu. Walaupun sebelum Atuk meninggal aku agak rapat dengan dia..selalu duk lepak tepi katil dia di hospital. Memang aku rapat tapi bab2 tanah ini bukan hal yang aku boleh bincang dengan dia...lagi pun level aku cuma cucu aja. Atuk meninggal dunia pada tahun 2000 dalam bulan September tanpa pesanan atau cerita langsung pasal tanah itu. Dan tanah itu adalah hakmilik ayahku selagi tiada pertukaran nama.
Sejak aku pulang ke persada BP sejak thn 2000, tiada cerita lain kecuali cubaan menukar hak milik kepada nama pakcik ku yang pernah rekomen aku kerja bank sebab dia pun orang bank jugak. Sekarang dia dah pencen. Cubaan untuk menukar hak milik tanah itu tidak berjaya! Katanya sebab tanah rizab Melayu...maksudnya kerajaan boleh ambil tanah itu. Aku pun tak pasti. Tapi tanah itu adalah cita-citaku juga sejak dari aku masuk bank lagi. Aku ingat aku nak beli terus tanah itu dan letak nama aku terus. Aku ingat aku nak bayar Atuk dan ayah sebelum aku ambil terus hakmilik tanah itu. tapi cita-cita ku tak dapat diteruskan atas sebab kesilapan terbesar yang aku lakukan dalam hidup aku! Bayangkan lah, tanah itu dibeli dengan harga 3k sahaja dan setelah 35 tahun(sama baya aku) harga tanah itu sudah meningkat RM350k- RM400k.
Dan sekarang cubaan jual tanah itu dilakukan ayah. Cubaan ayah itu telah merenggangkan hubungan aku dan ayah sejak bulan April dulu. Aku jauh hati tapi aku tak tau sebab apa..Aku tau aku tak ada hak atas tanah tu.. Sebenarnya sejak dari April dulu aku risau, keadaan itu akan mencetuskan pertelingkahan antara ayah dan adik2 yang seramai 8 orang. Sekarang adik2 nya semua menuntut tanah yang hanya namanya termaktub nama ayah ,tapi hasil kebun kelapa sawit sejak bertahun2 dulu tidak pernah dirasai olehnya kecuali wan dan adik2 ayah yang single,janda dan duda. So sepatutnya, mereka yang merasai dan menikmati hasilnya tak perlu risaulah sebab ayah tak pernah minta tapi..
2 hari lepas, ayah terima surat peguam yang minta dia menukar nama tanah itu dan jika dia tidak berbuat demikian dalam 7 hari, dia akan diheret ke mahkamah oleh adiknya(bank pensioner tu). Aku rasa ini sudah melampau! Aku rasa macam nak suruh ayah tukar aja kepada nama aku dan biarkan dorang melopong. Atau pun lebih baik lagi di bulan puasa yang mulia ini, beri aja tanah tu kepada dorang! Bagi dorang makan lah segala hasil yang langsung ayah tak pernah ambil walaupun nama yang tertulis digeran tanah tu adalah nama ayah! Biarlah Tuhan balas perbuatan mereka tu! Tapi mungkin mak tak setuju sebab kata mak duit dari arwah moyang ada masa nak beli tanah tu, arwah moyang jual tanah dan kongsi duit utk beri kepada ayah dan ayah pulak beri kepada arwah ayahnya. Dan tiada bukti atau saksi pada penyerahan wang tersebut kecuali cakap2 mulut dari emak dan ayah. Yalah benda2 ni dah terlibat ngan orang yang tiada dalam dunia,maka manusia hidup pulak memanipulasi hal ini.
Ishhh..apa sebablah aku ingat sangat hal ni aku pun tak tau! Yalah aku risaukan mak dan ayah! Tak pernah aku lupakan mereka dalam setiap doa ku! Walaupun kadang2 aku terlupa doakan untuk diri aku dan dia tu. Aku terlalu risau.
Kita lupa lah bab ni...Insya Allah, akan ada penyelesaiannya!

Hari ni, aku plan nak buat sup ayam(mula2 nak buat stew ayam) tapi lupa pulak nak beli kacang pis dan macaroni. Buat sup ayam, sambal udang,lampung berempah .Goreng tempe dan tauhu dgn sambal kicap. Sebenarnya aku masak favourite Ky dan aku sendiri. so termasuklah utk staff dan pemandu Ky. Batuk2 dia dah kurang dan aku dah perasan dia dah boleh makan lebih sikit dari biasalah.
Semalam kita makan di hotel aja, dia pun laju aja makan sebab ada ayam masak lemak cili padi yang bukan aku masaklah..Hmm..nantilah baru aku tunjuk skil masak lauk tu.Tunggulah ya !









Amer beri:


Terima kasih diucapkan kepada Amer. Untuk semua juga.