Powered By Blogger

Monday, 15 September 2008

Spesel punya masakan hari ni..



Perkara yang aku takuti dan pernah aku bayangkan telah pun terjadi dan menimpa ayahku! Aku ingat lagi waktu umur sekitar 13 tahun. Aku meneman pakcik Z utk menanam semula pokok orkid yang telah dibawa balik oleh wan dari kebun kelapa sawit seluas 7 ekar tu. Pokok orkid tu tak boleh dibawa balik kerna ianya telah membuatkan rumah wan dan atuk agak kacau. Hmm..perkara mistik terjadi dan mengikut kata orang yang pandai...kena pulangkan semula pokok orkid tu. Bila aku sampai di kawasan kebun tu, masa tu aku pernah terfikir 'Napa tanah ni orang lain kerjakan tapi nama ayah? Napa ayah tak masuk campur? Jangan gaduh masa akan datang sudahlah..Tak bapak2 yang gaduh, anak cucu pulak yg gaduh' Itulah yang terlintas di fikiran aku waktu umur aku baru baligh masa tu. Entah napa aku fikir macam tu aku pun tak tau. Lepas pakcik Z tanam balik, baru lah kami balik ke rumah wan. Dan selepas beberapa hari tiada lagi gangguan mistik menimpa wan dan datuk.
Selepas beberapa tahun, tiada kedengaran tentang tanah yang 7 ekar ciput tu. sehinggalah tiba2 kesusahan menimpa ayah dan mak dan memaksa aku 'override'. Override dengan cara mencari geran tanah itu dan menyemak apa status tanah tersebut. Masa tu aku masih bekerja bank lagi! Networking yang ramai di kalangan orang2 bank menyebabkan aku dapat cara bijak untuk keluarkan geran tu. Geran tu sudah digadaikan sebanyak 2 kali dan ada lampiran ayahku bersetuju memberi hak kepada tuk dan pakcik z utk menggadaikannya. Dan ada tunggakan sebanyak 8k lebih dan dari pinjaman yang berjaya dibuat,ayah telah selesaikan hampir 13k untuk pinjaman yang bukan dibuat oleh ayah tapi dibuat oleh atuk dan pakcik z. Aku berjaya ambil balik geran tu. Atuk dan pakcik Z tak pernah tanya pada aku tentang itu. Walaupun sebelum Atuk meninggal aku agak rapat dengan dia..selalu duk lepak tepi katil dia di hospital. Memang aku rapat tapi bab2 tanah ini bukan hal yang aku boleh bincang dengan dia...lagi pun level aku cuma cucu aja. Atuk meninggal dunia pada tahun 2000 dalam bulan September tanpa pesanan atau cerita langsung pasal tanah itu. Dan tanah itu adalah hakmilik ayahku selagi tiada pertukaran nama.
Sejak aku pulang ke persada BP sejak thn 2000, tiada cerita lain kecuali cubaan menukar hak milik kepada nama pakcik ku yang pernah rekomen aku kerja bank sebab dia pun orang bank jugak. Sekarang dia dah pencen. Cubaan untuk menukar hak milik tanah itu tidak berjaya! Katanya sebab tanah rizab Melayu...maksudnya kerajaan boleh ambil tanah itu. Aku pun tak pasti. Tapi tanah itu adalah cita-citaku juga sejak dari aku masuk bank lagi. Aku ingat aku nak beli terus tanah itu dan letak nama aku terus. Aku ingat aku nak bayar Atuk dan ayah sebelum aku ambil terus hakmilik tanah itu. tapi cita-cita ku tak dapat diteruskan atas sebab kesilapan terbesar yang aku lakukan dalam hidup aku! Bayangkan lah, tanah itu dibeli dengan harga 3k sahaja dan setelah 35 tahun(sama baya aku) harga tanah itu sudah meningkat RM350k- RM400k.
Dan sekarang cubaan jual tanah itu dilakukan ayah. Cubaan ayah itu telah merenggangkan hubungan aku dan ayah sejak bulan April dulu. Aku jauh hati tapi aku tak tau sebab apa..Aku tau aku tak ada hak atas tanah tu.. Sebenarnya sejak dari April dulu aku risau, keadaan itu akan mencetuskan pertelingkahan antara ayah dan adik2 yang seramai 8 orang. Sekarang adik2 nya semua menuntut tanah yang hanya namanya termaktub nama ayah ,tapi hasil kebun kelapa sawit sejak bertahun2 dulu tidak pernah dirasai olehnya kecuali wan dan adik2 ayah yang single,janda dan duda. So sepatutnya, mereka yang merasai dan menikmati hasilnya tak perlu risaulah sebab ayah tak pernah minta tapi..
2 hari lepas, ayah terima surat peguam yang minta dia menukar nama tanah itu dan jika dia tidak berbuat demikian dalam 7 hari, dia akan diheret ke mahkamah oleh adiknya(bank pensioner tu). Aku rasa ini sudah melampau! Aku rasa macam nak suruh ayah tukar aja kepada nama aku dan biarkan dorang melopong. Atau pun lebih baik lagi di bulan puasa yang mulia ini, beri aja tanah tu kepada dorang! Bagi dorang makan lah segala hasil yang langsung ayah tak pernah ambil walaupun nama yang tertulis digeran tanah tu adalah nama ayah! Biarlah Tuhan balas perbuatan mereka tu! Tapi mungkin mak tak setuju sebab kata mak duit dari arwah moyang ada masa nak beli tanah tu, arwah moyang jual tanah dan kongsi duit utk beri kepada ayah dan ayah pulak beri kepada arwah ayahnya. Dan tiada bukti atau saksi pada penyerahan wang tersebut kecuali cakap2 mulut dari emak dan ayah. Yalah benda2 ni dah terlibat ngan orang yang tiada dalam dunia,maka manusia hidup pulak memanipulasi hal ini.
Ishhh..apa sebablah aku ingat sangat hal ni aku pun tak tau! Yalah aku risaukan mak dan ayah! Tak pernah aku lupakan mereka dalam setiap doa ku! Walaupun kadang2 aku terlupa doakan untuk diri aku dan dia tu. Aku terlalu risau.
Kita lupa lah bab ni...Insya Allah, akan ada penyelesaiannya!

Hari ni, aku plan nak buat sup ayam(mula2 nak buat stew ayam) tapi lupa pulak nak beli kacang pis dan macaroni. Buat sup ayam, sambal udang,lampung berempah .Goreng tempe dan tauhu dgn sambal kicap. Sebenarnya aku masak favourite Ky dan aku sendiri. so termasuklah utk staff dan pemandu Ky. Batuk2 dia dah kurang dan aku dah perasan dia dah boleh makan lebih sikit dari biasalah.
Semalam kita makan di hotel aja, dia pun laju aja makan sebab ada ayam masak lemak cili padi yang bukan aku masaklah..Hmm..nantilah baru aku tunjuk skil masak lauk tu.Tunggulah ya !









Amer beri:


Terima kasih diucapkan kepada Amer. Untuk semua juga.

No comments: