Tuesday, 16 September 2008

The best Gathering for me & Ky

Aku dah plan awal untuk masak di chalet. so lepas keluar rumah terus gi supermarket beli lah apa yang patut. Hmm..shopping sorang2 buat aku gila kadang2. Actually baru dua kali gi supermarket ES ni sorang. Apa yang teragak-agak nak ambil,aku capai dan terus masuk troli. Yang penting under budget! Capai udang, capai ikan mayong,capai limpa..sayur2 tak usah nak cakap. Peria aja 3 batang padahal aku tau ramai kat situ yang tak makan peria. Nasiblah,sebab pahit korang tak makan ya..Nanti aku buat sampai tak pahit!

Dah beli punya beli.,aku nak tolak troli pun melayang2. Bayangkan lah, barang dalam troli tu lebih berat dari aku kot! Cheh nak tunjuk eksyen lah aku dah kurang kg. Maklumlah bulan puasa!
Dalam pukul lebih,ex staff Pangkor dan temannya call aku beritau dorang keluar pulau dan aku terus jemput untuk berbuka bersama2. Wah happy sebab dah lama tak jumpa last jumpa msa birthday Ky ,time aku ikut dia balik pulau sebelum aku mula kerja di sini. Aku tunggu punya tunggu,aku kena fetch dorang di Sitiawan..hmm dekat dgn hotel tu.tak palah,minyak pun masih banyak lagi. Hantar dorang lagi ke money changer di Lumut. then baru balik ke chalet. Amek kau! Dah pukul 6.30. Aku ada masa kurang dari 45 minit nak siapkan makanan berbuka.
Ohh ya..masa aku capai limpa tu ..aku ingatkan memang limpa, bila aku rebus rupanya hati lembu. Laaa! Aku paksa si Irwan tolong aku di dapur. Aku ingat nak suh Bida buat sambal terisi dia yang best tu..tapi aku malu nak minta..mesti dia nak golden time ngan temannya itu. So aku tak kacau lah. Aku ngan Irwan kat dapur..Sup Ayam siap!Hati lembu berempah siah. Sayur siap. Goreng Tempe & Tauhu. Sambal Kicap siap. Sambal Tumis Udang siap. Sedang si Irwan skodeng Ky yang sibuk nak skodeng aku kat dapur dengan jejaka hensem, Aku yang terperanjat. Ky kata
;Eh apa tak siap2 lagi ni,dah 7.15 pm ni. lagi 4 minit' Aku apa lagi! Macam Charlie Chaplin la!
Time berbuka kita buka meja bulat besar,sampaikan nak ambil lauk kena berdiri..terutama aku yang comel lote ni lah. Driver Ky macam biasa berselera sungguh! Aku tengok dia makan sup ngan cili kicap. Hmm macam orang2 Johor aja ni.
Ky barulah berselera macam biasa. Sejak dari kali pertama buka puasa sama, dari nak habiskan nasi sepinggan pun susah. Aku siapkan bubur baru makan. Waktu sahur tak nak makan nasi,makan roti atau kueh tiau. Semalam...barulah aku suka tengok dia makan..semua masakan aku ada dalam pinggan dia..minta nasi lagi! Tambah tu..Makna kesihatan dan ok sikit lah. Katanya sebab kurang merokok jadi macam tu. Kalau macam tu susahlah nak berhenti merokok!
Kami semalam ibarat perkumpulan orang yang pernah hidup di pulau..cerita zaman2 keggemilangan. Yalah,Bida orang kanan aku masa di pulau dulu. Sekarang dah berbeza dan dia kata hotel di situ berubah bila aku dan the gang blah dari hotel tu. Ky pun dengarkan aja! Bebereapa hari ni,dia banyak mendengar sambil makan aja. Aku kurang makan sebab aku yang masak kot. Tapi kalau di hotel aku pot pet pot pet dengan AOM aku aja atau DO,walau KY ada kat sebelah. Kalau bercakap ngan dia aja pasti aku nak peng cari gaduh! So baik aku happy kan diri aku! Kalau dengan dia mesti aku nak cari hal! Nilah aku,bila dia tak berbuka sama aku,aku gaduh..Dia kat sebelah aku pun aku cari gaduh gak! Tak syukurlah aku macam ni!
Hari ni buat mee kari aja. Ada ayam! Ada sambal tumis,ada jemput2,ada cili kicap dan kuih2 yang dibeli. Itu aja dah cukup! Air aku macam biasalah ,..nescafe! Tak mau minum air batu! Jaga badanlah ..
D/O tegur aku .'Ros,ko sekarang ni tak gila bergambar ke? Lauk2 ko masak napa ko tak amik gambar lagi?' Aku jawab 'Ko tak nampak ke aku sorang aja yang kelam kabut siapkan makanan untuk korang makan..Korang buat apa?????' Aku dah bengang! DO aku jawab 'Kita orang buat bodoh ajalah' Hahahah!

2 comments:

Amer Aan said...

shooping sakan nmpk

rosevsky said...

tak shopping lah...belum lagi..