Powered By Blogger

Thursday, 11 September 2008

Instict aku benar!

Dalam bulan puasa ni orang kata setan kena ikat, tp kenapa aku boleh mudah terasa dan kadang-kadang marah? Mungkin setan dalam badan aku terlepas kot!

Tapi dalam terasa dan marah pun ,aku masih nak siapkan makanan untuk staff aku juga. Yalah sebab Ky berbuka sama kot! Tapi kalau turn dia tak makan ngan aku,malas jugak aku nak masak. So aku masak niatnya hanya untuk Ky ajalah. Eh tak jugak! Selalu aku ikut instict aja. Aku selalu kata dia datang atau tak aku tetap masak untuk semua yang bertugas di chalet. Baikkan aku ni sebenarnya!Masuk bakul angkat sendiri lah ni! Dalam briefing aku selalu bising2 dorang buat ni salah.itu salah.macam2 lah aku tak puas hati ngan dorang sampai dorang takut sama aku. Aku lagi suka dorang takut! So tak ada dorang pijak kepala aku!Ini trainee tinggal 3 orang, yang 2 lagi di hotel. Permanent staff lagi 2 orang tu kira oklah. Kira orang kiri kanan aku yang aku izin buat keputusan. Dan juga jadi mata dan telinga waktu aku tak ada di chalet.
Staff yang tetap(D/o) selalu kata 'Pelik la kau ni,marah2 kau, tetap kau nak masak untuk dorang,tapi dorang tak hargainya'. Ya aku pun pelik dgn diri sendiri. Aku tetap nak masak! Aku rasa aku ni dah macam emak kepada dorang . Dan aku selalu ingat masa kecil2 ,mak marah2 aku atau pukul2 aku pun. Tetap mak masak untuk aku dan adik beradik yang lain! Sedap lagi! Walaupun kadang2 kita orang makan dalam keadaan tersedu2 lepas kena pukul ngan rotan!
Mungkin aku terikut kegarangan mak kot! Kalau aku cakap ngan mak, mesti mak ketawakan aku! Sebab sekarang ni dia dah tak sepower nak rotan2 lagi,anak2 pun semua dah besar! Kalau dia marah,dia bawa ayah dan adik2 ,ajun n Hamka makan di luar lagi! Dalam marah2 pun boleh gi belanja depa kat luar. Heheheh!
Cerita pasal instict ni, selalu ada yang betul ada yang tak seiring jugak kadang kadang lah! Hari ini instict aku terjawab kenapa aku rasa lain macam ngan staff trainee yang lima orang ni. Salah seorang mengaku telah menggunakan telefon untuk membuat panggilan luar. Hah??? ambik aku!
Padan muka aku! Panggilan2 yang telah digunakan untuk membuat panggilan ke luar negeri iaitu Medan,Indonesia. Frust aku dorang tak dengar cakap aku! Tak lama lagi elaun dorang akan dibayar,aku akan bagi arahan kepada HR untuk ketepikan RM100.00 setiap seorang. Aku tak kira! Nak kata zalim ke apa,katalah. Aku dah terlalu berlembut sangat! Terlalu...Aku bet dalam bulan 8, bil akan melambung hampir RM1,000.00. Yalah aku tak sentiasa ada di ofis,begitu juga DO selalu ada siang aja!
Padanlah kalau aku ada ofis,dorang tak duduk dalam ofis. Sampai aku pelik,takut benar ke dorang kat aku sampai tak nak duduk dalam ofis. Kalau ada call dan guest baru dorang masuk!

Hahahaha! Dah sampai bill TM hari ni. Bukan RM1000.00 tapi RM2839.30. Gila! Macam mana aku tak marah!!!

No comments: