Tuesday, 23 September 2008

Langsir Siap!


Dia masukkan 'cangkuk langsir' ke kain. Aku? *tukang tengok atau lebih dikenali dgn mandur*

Dia: 'Orang panjat2, dia main telefon pulak!'

Dia : 'Mana lubang ni,skru jari sendiri lak!'
Hahah..Dah pakai google pun tak nampak.Jari nak diskru..

Alhamdulillah, dah siap pasang langsir. Tapi..lupa lak nak ambil gambar!

Lepas gi check tekanan darah di hospital,kami pi hardware panel aku utk beli besi sepanjang 10 kaki..ahahah..aku dengan konfidennya menjawab 10 kaki. Accesories utk besi 10 kaki semua ok..Beli screwdriver lagi! Pasal tekanan darah dia,normal pulak ..semalam turun..hari tu naik..aku tak faham penyakit dia ni penyakit apa...

Dia dera aku pegang besi yang panjang dari kedai hardware ke rumah. Naik lenguh tangan aku! Sampai umah,rupanya 9 kaki aja! Kena lak tunggu dak maintenance aku hantar gergaji besi. Teruk lak aku kena perli pasal 10 kaki tu! Sampai dia warning lagi 'Lain kali pot pet pot pet,tak abis2..ukuran pun lupa'
Aku malas nak jawab sangat sebab aku hormatkan dia berpuasa. Tak nak cari gaduh!
Aku dapat 2 berita kematian dari mak. Sorang yalah kawan sekolah(21/9/2008) dan seorang ialah..
orang yang menolong aku ketika aku susah banget time tu, Datin Mak Jah(16/9/2008)!
Tarikh dia menolong aku ketika itu : 21hb Feb 1999.
Aku ingat lagi: Aku susah yang teramat susah ..Memang teruk gila..Aku sedih dia kata
'Ros,Datin pun bukan orang senang tapi nah ambil ni (sambil hulurkan duit RM100). Kalau Ros jadi orang kaya, Ros pulang balik lah..Kalau tak Datin halalkan!..Memang baik sedara aku sorang ni! Dia adalah isteri kepada bekas DO Batu Pahat tahun 70 an. Nenek kepada Zizie Ezette! Masa kat Batu Pahat, rajinlah jugak aku singgah2 datang rumah..sambil makan2 kat rumah dia! Dia rajin melayan aku dan mak! Tadi pun aku terus call anak Datin tu yang aku panggil Pakcik O. Terperanjat dia dengar suara aku. Even he's 59 years old, but still macam orang muda. Dia pun menantu kepada kerabat raja Johor..sapa ? Rahsia!!!! Shhhhh!
At least aku happy dapat cakap ngan anak Datin ni yang kami janji akan jumpa kalau aku balik BP nanti.
Tapi kakak2 Ky ajak aku berkampung di rumah mereka. Di belakang rumah mak Ky, untuk sambut aku di KK. Hmm..aku tak plan lagi ngan Ky sebab mesti dia tak nak perkara buruk jadi! Yalah takut aku tak leh control diri aku, jadi kecoh lak kat sana!
tapi kakak dia n anak2 sedara Ky is so sweet dengan jemputan tu.
Tak tau lagi nak ikut ke tak? Tapi this is the oppurtunity!

Tadi sebelum gi hospital, aku tak tau dan tak perasan gusi aku berdarah aja.Aku ingat apa benda dalam mulut aku. rupanya darah beku yang buat aku panik sesaat. Tak berhenti2 darah dari gusi aku. Nasib aku tak puasa,kalau tak batal aja puasa sebab dah terasa2 darah dalam mulut ni. Mak kata aku panas sangat, Ky pun kata macam tu. Masa kat hospital,diajaknya untuk check tapi aku tak nak sebab aku tak suka protokol yang kena tunggu lama2 tu. Aku kumur ngan Listerine baru darah berhenti. Ky kata aku jadi Mrs Dracula atau pun Raja Bersiung! Takkan Raja Bersiung ambil darah sendiri lak..Suka suka dia aja! Mrs Vampire!hahahh!

7 comments:

Amer Aan said...

mne langsirnye?

rosevsky said...

lupa nak ambil gambarnya...

Ungku Nor said...

ni nak balik mana citernya nih?
cer buatperancangan awal skit:p

rosevsky said...

Kak Ungku, balik Seremban ajalah senang..hahahahh!

Ungku Nor said...

heh..macam la aku nak caye bulat2 Anjib ;p

tentangseseorang said...

balik la umah mak ayah sendiri dulu raya pertama. lepas tuh nak beraya umah sape pun takde hal.

rosevsky said...

Adyku sayang,

Tu lah tengah pk..rumah mak ayah..5-6 jam perjalanan..rumah org tu..1 jam perjalanan aja..boleh cilok2 lagi..sambil kerja sambil merayap..pening dahhhh!