Powered By Blogger

Monday 31 January 2011

Bulan baru..apa kah yang baru?

Esok cuti utk org2 yg tinggal di negeri yang ada Wilayah...Happy Wilayah! And also to one of my frend,Happy Birthday Fiq. Mcm mana nak cari dia..selalu sangat dia hilang.Dulu senang cari..sekarang susah.No telefon pulak dah tukar..Sesak nafas aku bila pk kawan aku sorang ni. Ntah gelombang apa yg dia alami sekarang.

  Alhamdulillah,apa ingin ku sudah dpt.Begitu juga dgn Ky,walau pun aku berat hati namun aku nak buat Ky happy. Bila lagi aku nak happykan dia double trouble!Inilah masanya,nampak dia agak puas hati walaupun aku cuba menolak apa yg dimaunya.hai...Sekarang dah jadi commitment pd 2 vehicles.
But still aku nak guna kereta yg kali pertama bayar stail cash.Maklumlah kita ni sapa!Tiada layak utk ada nama dalam bank2 Malaysia.Bagus juga mcm tu..tak ada lah terikat ngan hutang2 bank. Bagus ke mcm tu?
Buat masa ini,aku fikir positif.Kalau ada rezeki tak ke mana.

  Wow! Alhamdulillah sekali lagi. Rezekiku tetap ada.Kawanku Fara dari Riverbug akan handle aktiviti2 trip di KK nanti. Bagus tu bah! Diskaun mesti diberikan,aku confirm.Yalah bila banding dgn pakej yg diberi oleh Air Asia tu..at least ok lah..
Kundasang akan ku jejaki...tempat impian ku ..Gunung Kinabalu..walau tak dpt mendaki hingga ke kemuncak..Udara mu akan ku dpt hirup walaupun hanya tempias aja..!

Sunday 30 January 2011

Weekend with family

 Bawa anak2 tengok Shaolin. Wow teruja aku tengok lakunan Andy Lau..tp bila camera direct shoot kat muka dia aku dok ngomel 'wah heroku sudah kedut matanya..yalah dah berumur kan..tapi tetap hensem'
Ky cuma ckp ;huhuhu'
  Lakunan dia best..tp kungfu dia memang tak kena sbb nampak dia lembut dan kaku..tak mcm jet Li dan Jacky Chan..bila tengok dia practise kungfu..alahai jari2 dia runcing bebenor..

 Aku suka filem ni.Tapi Ky kata boring sbb banyak sangat cakap..Aku pun jawab..dialog dia semua bagus2..tunjuk kebaikan apa..bukan suruh perang aja..suruh jadi Baikkkk aja..

Friday 28 January 2011

Weekend

Nasib tak MOD..

Tapi minggu depan amik ko!

Hari ni ramai yg senyum2 simpul sbb..gaji masuk awal.Alhamdulillah.
Semoga Tuhan memberkati rezeki kami dan limpahkan rezeki kepada kami semua.
Amin

Thursday 27 January 2011

selesa yg tidak selesa

 Bila tengok BU di TV3, terfikir la pasal human being,tak payah fikir sedunia ,fikir national level,n district level.
Ada yang hidup aman damai,belanja sana belanja sini..yg susah,yg payah mencari makan..semua ada..tp di suatu tempat ramai lagi yg tak aman..Repot polis  psl itu dan ini..dorang tak tau ke,polis byk lagi kes nak jaga keamanan..betullah ejaan P.O>:L.I.S tu yg sebut pasal orang lain ia sibuk..mana tak sibuk kalau orang lain datang ke balai tak dijemput. Yang dijemput tu special treatmentlah..siap ada tempat tidur alas lantai..Dijaga makan minum,diiring ke sana ke mari selagi jemputan boleh kembali ke tempat asal. Entahlah pelbagai perkara..

Yang paling MAHA hebat,kes UH yg dah lama tu..apa lagi ..semua politik punya pasal..kenapa ekk..

Alhamdulillah, makcik sepupuku berjaya dalam penyedian working paper utk penubuhan Warisan Keturunan Dato Bentara Luar.Semoga usaha kami berjaya. Dgn fb kami berjaya bertemu dgn suku daripada keturunan DBL. Harap fb tak close 15/3. Just wait and see.

Wednesday 26 January 2011

akhirnya

Tepat2 hari ni ya..baguslah.good sign harap2.Tunggulah bulan depan pulak.Kena terus berusaha dan terus usaha tanpa putus asa...Tapi aku sedih ..Berserah kepadaNya. Aku lihat rakan2 yang lain..baru diijabkabul beberapa thn lepas,sudah pun mengandung.Alhamdulillah,I am happy for them. Entahlah apa yang menduga diri aku kali ini.

Tuesday 25 January 2011

Apa problem blogsite tak leh buka..

Bila nak pi blogsite ,tak leh buka.Tp boleh update..Apa salahku?? :(


after 10 mins...pi kat setting.set up adult content ke 'NO' br boleh tengok page ku yang biru2 tu...

Acara hari ini...

pagi2 bgn rasa lapar gila,sebab? malam tadi hanya minum Horlick Cereal tu..aduhh..boleh kurus ke kalau hari2 mcm ni tp bangun pagi,siksanya perut aku rasa!

  Hari ni ada belanja2 OKU di coffee house,lepas tu aku ikut boss gi Ipoh.Ada jemputan dari Tourism Malaysia ,acara meraikan Pengarah Tourism Malaysia Perak yang baru. Siapalah ganti dulu Jo,then Ezal..ni ntah sapa2..Well,akan berjumpa dgn ramai boss2 hotel yang lain lah..hah..name card jgn lupa ya!karang ada acara tukar2 kad.Ingat stail Imuda 'This is my card!!!'
Nak introduce boss br aku ni kepada boss2 hotel yang lain,since boss aku ni perlu kenal dgn ramai boss ,.Dia bukan hotelier dan dia perlu kenal otak2 hoteliers.

Hari ni tak jadi MOD,tpi hri Khamis,Sabtu ,Ahad.Hmm..kumpul cuti byk2,so senanglah aku cuti ..Kalau raya Cina kerja lagi,dpt lagi..tengoklah schedule nnti mcm mana.Akhirnya aku cuma guna sehari atau tiada langsung  yg diambil dari cuti thn ni..Bagus!

Baca blog otai blog yg menulis dari 2002.Rudy,Dugong,bawang puteh. Kenal tak?

Monday 24 January 2011

Merancang untuk bercuti

Ini adalah pertama kali,sekiranya segalanya selesai. Kota Kinabalu,mungkin ada yg yuck dgn tempat ini because of personal reason.The one snatched his bf was from KK.Sorry about it.Tak ada jodoh.

Itu hari ,,,rasanya 2 hari lepas call mak and ucap terima kasih tentang ajarannya kepada aku,mengajar aku tentang kehidupan walaupun ianya agak keras dan cara itu mungkin tidak sesuai di keadaan ini dan zaman sekarang di mana,kemewahan diajar kepada anak2 menjadi lambang kasih sayang.Duit dijadikan perantaraan dengan kasih sayang.Mungkinkah duit adalah segala2nya.Yalah kalau tak ada duit macam mana nak makan,beli petrol,beli top up,bayar bill,belanja gf,beli hadiah barang kemas yang emas untuk isteri.Duit harus digunakan jalan yg betul.
 Dulu,kalau aku inginkan sesuatu,aku hanya telan air liur kerana tidak berkemampuan dan hanya mengidam. Beberapa hari lepas,baru aku buka mulut aja,cantiknya baju tu.,Ky suh cuba dan tolong lagi cari baju kurung yg nampak cantik pada patung tu. Nampak half cut boot di kedai Dr Cardin,wow cantiknya..teringat mak & ayah pernah belikan boot masa umur 5 thn dulu. Ky suh terus org kedai tu amik dan cari saiz 5 .Aduii,rasa menyesal pulak menyebut. Wah,bahaya ini,lain kali kalau nak sesuatu kena buat mcm tu lah kot..Oh tidak,aku takkan menyebut lagi..lain kali sebut nak mengandung aja,mesti dapat!Insya Allah.
 Balik pada cuti ni,aku pilih resort dan tidak city hotel sbb resort ni kan lain sikit keadaannya.Harap ok.flight pun dh dpt cuma dari site Air Asia ni ,kalau tak ada credit card,dia hanya guna CIMB utk debit.Hmm mcm mana dengan orang yg tak ada akaun bank CIMB,susah kan.Aktiviti2 yg aku pilih semua tentang alam semula jadi.Hmm bila tanyakan Ky,dia kata dia ikut aja. semua aktiviti yg aku suka.Itulah suamiku,terlalu ikutkan kehendak aku ,itulah yg aku rasa. Dan aku tak tau apa kehendaknya tp tak apa,aku suka!!!Opps bukan maksud queen control tau.Apa2 pun dia mesti control jugak!Betul kan?
 Cuti ,Ky dah apply and I like.Aku belum lagi.Lepas aku bayar segalanya,then aku akan minta cuti.Time tu kalau ada event ke atau pun tak..aku mesti pi..Tarikh dah dipilih.
  Tapi sebelum tu,Putrajaya,KL dan Shah Alam harus ku harungi.

Sunday 23 January 2011

Majlis Perkahwinan Ika n Eddie.



me and my darling Ky



Ketibaan Raja sehari di dewan. Maroon,aduhhh sama ngan baju ku ini!
Pi wedding hari ni..makanan sedap..baju aku sekeluarga sedondon. termasuk ngan pengantin...walau tak sama, tapi kira masuk theme la tu.

Saturday 22 January 2011

Just wonder

Why people who following me still getting my old link, it is not mrsyusof.blogspot.com .

Anyone knows how to fix these?

Its weekend

 Ky planned to in house tomorrow.Even getting the staff rate,still I think its not worth.He wanted to bring those 2 sons from KK.Maybe he misses his 2 sons. I don't know since I don't feel it. Not fair,right! But what can I do ,I can't just force myself to feel the way he thinks. Anyway,its still my son too only that I didn't have them before in my belly. So I do not know how does it feels. and for me what they want is only education and they should know what is the responsibility.For me,as long they could respect their father,that's more than enough for me. I don't expect them to care for me since they have their own mother to look at someday. I always think that way.
When I grow old,I don't think I would begging for children attention.As I know,in the future we don't know what will happen and I can't predict also. Even if I have my own children,I would wanted them to be better life than me.More happier without so much obstacle in their life. I would always pray that my child won't get the same condition as I am,But I do want them to get the love attention whom Ky had gave the love to me. And I always think, did anyone from both side would love them as Ky loves! Nobody knows. Only Allah! Whatever,we should redha. Berserah kepadaNya! Insya Allah.

Friday 21 January 2011

Contest Aku,Dia & KamooMenjawab tag Shaizhar

Banner awek yg buat contest tu

Syarat2 contest ni~

1. mestilah follow blog aku nie. http://unguisme.blogspot.com Lau x follow cam ne nk tahu update pasal contest ni.. tol x??  done
2. then taruk/letak la banner tu kt side bar memasing n then link kan ke blog sy. Ye lah. Senang lau ade kawan2 korang y teringin nk join jugek. Hehe.done
3. letak satu gambar je. SATU. y menggambarkan situasi aku,dia dan kamoo!. Mestilah kene ade watak korang sbgai tuan belog. Y lagi dua org tu pandai2 la ek.kat bawah 
4. gmbar hendaklah bertiga jek. Ala2 cinta 3 segi lah. Haha. Suke ati lah. Korang + kawan + kawan ke. Korang + mak + ayah ke. Korang + pakwe 1 + pakwe 2 ke.. terpulang~~ y penting gambor bertiga! Ber- TIGA . 
5. terserah nk edit2 ke. Nk b&w ke. Nk ape2 lah. Janji menarik. ok . Mesti menarik 
6. dah pilih gambor. Letak lah sikit keterangan. Sape org2 dlm gambor tu. Kat mane. Cite y menarik jugak akan diberi markah ye. Hehe.tengok di bawah.
7. TARIKH TUTUP : 27 feb 2011.
8. pas tu tag lah seberapa ramai kengkawan ek. Jgn tag sorang udah ler. << ok.dah juga


Adi 





9. hakim terdiri daripada aku n aku. Haha. Sape lawo kat mate aku.. menang ler. 
tak kisahlah menang ke tak dik ,yg penting cuba buat benda2 yg lama dah tinggalkan

10. last but not least.wat entry kt blog korang bertajuk CONTEST AKU, DIA & KAMOO! by unguisme. Pas tu taruk link kt komen ye?? Ungu

Emm ade ape2 lagi x tinggal??
Oooo hadiah ek??
Oke lah

1st prize : TOPUP rm50
2nd prize: TOPUP rm30
3rd prize : TOPUP rm10

Ok. Bye2. Thanks for the effort.


Here we go!!

Dari kiri: Linda,Jaya, and me

Venue: Grand Kampar Hotel,Kampar Perak
Event: Annual Dinner
Majlis ini berjaya mengumpulkan hampir 80-90 orang staff termasuk ketua2 jabatan di hotel ini.
Ini adalah acara kali ke 4. Acara kali pertama juga pernahku ikut(ketika kali pertama bekerja di hotel ini sebagai eksekutip) Dan kali ini kehadiran ku sebagai salah seorang manager pulak.Dah biasa sangat jadi manager,dari rumah sampai ke tempat kerja. Begitulah kira2nya.
Pelbagai persembahan disertai,aku juga tidak terlepas. Namun kami tak menang,mcm biasalah F&B ajalah yang menang tu..tak ada lain depart,asyik2 depa aja.Dah depa ramai,macam2 kepala dan idea boleh dihasilkan.
opps tarikhnya: 17 Januari 2011 tp utk annual dinner tahun 2010.

Semoga tahun depan akan lebih ceria.

Hari JUmaat sudah!

Ky minta aku pergi mengikut rombongan anak sedaranya nikah,tapi aku tak nak sbb dia tak ikut kerana kerja.Then tak nak susahkan abg iparku utk fetch aku di sini.Tak mo susahkan orang.

  Semalam kereta kena tiga ratus lebih gak..hmm..duit ni keluar mcm air paip aja..tak apalah bukan rezekiku.

  Hari ni dah kerja semula,esok haf dey tu yg paling best.

Ahad br pergi ke majlis perkahwinan anak sedara Ky tu di Ipoh,sebelum tu kami akan ke KK utk ambil anak2 sbb tau emaknya takkan pergi sbb kereta Ayi dah balik ke S.A. Tak taulah kalau maknya nak ikut kalau aku ajak naik kereta Porche biru ni..pasti tak mau punya..tapi kalau Ky ajak..hmm..no komen.
Cukup2lah cemburu tu..Ingatkan lagi sekali pada diri sendiri :Jgn risau,sbb kalau Ky nak dah lama dah dia nak semula,tanpa aku suruh2 pun! Nasib Ky tak mau! Kalau tak aku ada maduuuuu!


Lunch with Black Pepper Chicken Pie. Tapi sebenarnya bukan ada isi ayam pun...buat rasa2 ayam kat tekak aja..adalah tu dorang pakai Knorr Chicken Stock agaknya.
Duduk kat ofis,teringat lak jeruk2  Mediteranean fruits yg sedap.Manisnya sungguh natural. Kedai kat Tesco tu jual barangan dari Iran.Terasalah mcm kat Iran lak,tp pembantu kedai org Cina,cashier orang Iran yang cakap Melayu. Buat aku terkejut bila dia cakap melayu. Yalah mungkin bahasa Melayu mudah dipelajarikan.
Hari ni duk Kat Kampar ajalah.Tak balik Manjung.

Kereta yang dah dibetulkan tu,bunyi eksos semacam aja..katanya ada bocor dan semalam bila amik(terpaksa ) foreman tu suh pi kedai welding eksos tu. Teringat masa guna kereta Kenari Pink tu...eksos patah...hahah

Thursday 20 January 2011

Hari cuti,Hari Thaipusam.

Selamat Hari Thaipusam!
 Cuti hari ni adalah hari bermalas2an utk kami berdua. Teringat kata2 Ky masa dia balik rumah,tak perasan lak jam berapa kerana aku bangun pun bila terkejut dia masuk bilik tidur. 'Angah selesai kat balai 12 lebih'

 Lepas Subuh,tanya Ky lagi 'pukul berapa balik?' katanya kul 3 lebih,Ingat nak tanya lagi tapi karang takut dia bosan nak menjawab,biar ajalah,.

  Tengahari makan kt Kedai Makan Sillaturrahim di Teluk Muroh,.ohhh dah lama tak pi,Lauk2 melambak2 banyak sekali.teringat masa kerja kat Crystal Bay Chalet dulu..Kalau jemu nak makan makanan di hotel,cabut ke Kedai Makan Sillaturrahim aja.Aku ambil ulam2an yg sungguh segar serta sambal belacan yg sedap rasanya.
Peha ayam goreng,Ikan cencaru sumbat. dan kuah asam pedas.Byk jugak nasi aku bubuh pingganku.Ky memang boleh makan banyak nasi,tak palah sebab dia tinggi melangit .Susah nak naik badan walaupun ada org komplen dia dan gemuk tp pada mata aku sama aja,.
 Lepas lunch gi tengok LED TV 42 inci,dan juga set Home theater..yalah TV besar kat umah ni dah rosak,terpaksa guna TV bilik di living hall. Tengok2 aja dulu.Ada rezeki boleh lah beli,.
Pi Tesco Mjg  harini..heheh sampai adik di kaunter bakeri tu pun dah cam aku.Pembeli Black Pepper Chicken Pie yg setia. Kaya Pie tak siap lagi.So just beli roti yang berkaya utk Ky.Dia suka yang manis.
Luar Tesc ada Bakery counter Shop lagi,aku pilih Durian lak,dan Ky pi Baker Roti Boy pulak.Beli Buttermilk RotiBoy.Hm,,macam2 nama. Singgah jap kat Dr Cardin punya kedai,belikan Ky sunglasses yg nampak sungguh sporty dan sesuai utk Ky.Aku pulak dah 2-3 kali tengok kasut yg aku berkenan tu,tiba2 aku tersebut ngan Ky,dia suruh budak kedai tu amikkan saiz aku,saiz 5.Aku cuba elakkan dari Ky bayar,kata aku tak berkenan pulak..dia cuma kata jgn banyak dalih!Takpalah org memberi kita terima ajalah,

  Sampai rumah ,masa utk tea break!Bayangkan lah dari kul 11 lebih keluar rumah,hampir 4 jam br sampai rumah.dan rehat time sementara tunggu kereta porche antik tu siap ,,jap lagi foreman tu call la kot..
Ada berapa RM lagi nak kena bayar la tuuu..

Wednesday 19 January 2011

penyakit sebelum public holiday of Thaipusam(moral of the story)

Pagi dengan penuh semangat,bersiap dan terus turun ke parking utk gerak ke tempat kerja.Teringat kata2 Ky malam tadi,jgn lupa check minyak hitam(perkara yang paling perlu ku elakkan,sbb malas dan akan ambil masa).So dengarlah cakap Ky ,aku pun tariklah benda tu..then tengok memang tiada langsung paras minyak hitam pd besi tu..aduhhh ni aku takuttt..memang takut..br minggu lepas htr workshop,nak jadi hal.so the best is tak pergi kerja dan aku tak mau cemas di tengah jalan jika ada apa2 kejadian yg tak diingini dan memalukan aja.
Then bila aku nak masukkan besi tu,mata aku tak nampak apa yg aku nak cucuk..gelap aja..Mula lah salah diri sendiri sebab tak nak simpan torchlight,Dah byk kali Ky pesan.

Moral of the story: Sila dengar pesanan suami walau nampak remeh.


Kena tunggulah workshop buka pukul 10 pg,tak kan nak hantar pukul 7 pagi..Foreman tu pun masih berdengkur lagi kot.
After breakfast kat warung Nor Kecoh Roti Canai,kami berdua terus pi workshop,,,.itu pun kena tunggu Ky selesaikan 3 kes di mahkamah. Alhamdulillah ,satu aja kes jalan.2 lagi..postponed.
Dpt keta Kancil putih yg system radio sangat canggih speakernya..Ok la tu.
Keta porche antik biru terpaksa admitted to paddock workshop tu..Aduh!!

Konon nak masak,tp akhirnya makan di luar,.Tesco Manjung lg...eh tak..makan kat Restoran Walid dan Umi. Lauk ikan keli grill,ayam peha goreng,aku ambil asam pedas pari.sayur-bayam rebus dgn sambal belacan yg aduhhhh..pedas gila..biasa buasir kayak gini selalu!
2 orang makan,ada org bayar n aku agak dia beri 50 sekeping dan bila bakinya dipulankan kepada si baik hati aku nampak sekeping RM10 dan 3-4 keping RM1. Gila ke?makan berdua sampai tiga puluh ringgit lebih..Tak palah org bayar tapi aku rasa mcm tak patut aja..sbb tu aku prefer fast food restaurant.Salah aku lagi sbb tak nak masak.

Moral of the story: Sila masak untuk suami dari makan di restoran luar


Dan malam ni dikejutkan dgn berita Amir dilanggar kereta di bahagian kanan belakang ketika dia mau membelok ke kanan. hmmm..Kawannya Jen ada di sebelah.Nasib baik tiada sapa yg cedera.
Sekarang mereka berdua berada di balai polis utnuk membuat report setelah Ky beri panduan.Yalah abahnya   pernah tugas di bahagian trafik so,sangat well verse mcm mana nak buat report.
Semoga semuanya selamat.Amin!

Moral of the story:  Sila gunakan public transport drpd membazir duit nak kena maintain minyak,servis dan juga kerosakan..





Dari sumber email

Membaca email dari satu grup respek...nice info and very knowledgeable.






"Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Justeru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.

Di bawah disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.

Tips # 1 Komunikasi dua hala

Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Tips # 2  Keterbukaan tentang masalah seks
Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.



Tips # 3  Menerima pasangan seadanya

Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri.

Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaan persepsi, wwasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Tips # 4  Jangan biasakan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang denga pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Tips # 5 Jangan cemburu berlebihan

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami kelaur berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Tips # 6  Hindari kecurangan

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangn kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

Tips # 7 Cari orang tengah

Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

Tips # 8  Tetap mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

Tips # 9  Pasrah kepada yang Esa

Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera. Lembutkan hati dengan zikir kepada-Nya."


sudah tentu aku ingin kebahagiaan seperti orang lain juga. Memang banyak dugaan yg perlu ditempuh tapi selalu ingatkan diri,dugaan MAHA hebat telah pun ku tempuh.
Tuhan menduga dan aku melepasinya ,Alhamdulillah.
Dan jika kali ini akan ada lagi dugaan,aku redha!

Malam semalam was fabulous moment

 Sadly without hubby. what a management lah,tak mau invite spouse HOD,mcm byk sangat makanan yg akan dibaham oleh spouses HOD. Ky a bit frustrated with this management..Well dear, this is not my company,if our own,we will definitely care for our staffs welfare. Do remember it.

  The green theme is outrageous. Everybody looks green except some department who really arrogant and showing off their true colors. Too bad that both of my close friends are in that department. Well nothing I could say except just go ahead.

to be continue.

hm,,sambung  ke? tak payah lah..:)

Sunday 16 January 2011

Ahad

 Ada lunch appointment dengan Peter Van der Lan ari ni.

Pagi ni nak breakfast kena tunggu Ky ambil..mesti nanti pi kat kedai roti canai pmpuan yg suka 'Abangggggg,nak makan mcm biasa.' 'Abanggggg ni suka kaco Nor tauuuu'
Depan aku mcm tu cakapnya..belakang aku? hmmm.ooopp jgn bersangka buruk. Dah tentu tau Ky suka bergurau...hm, kdg2 aku amik hati gak..tp malas nak suarakan..
ok nak turun-nnti kereta gomen tunggu kat bwh lama lak..
Sambung-
Sampai Tesco,org ramai,aku lewat 20 minit and aku tengok muka mat salleh tu dah merah padam,...org ramai sangat2..Peter tak suka crowds.'I prefer to stay in the jungle' .,.Pi kat My Chicken Rice Restaurant.
Order Twin Feast dan sambil makan tunggu Ky sampai .Dia ada kes di Kg Koh,byk sgt kes.
  Byk topik disentuh termasuk agama,politik and mentality. When talked about a friend,yg confusekan aku ,bila dia kata after divorce.si pmpuan kena tunggu 3 tahun br boleh kahwin semula..Manalah dia dpt benda2 ni..Tak kuasa aku menerangkan bila kita sebut lain dia nak juga sebut 3 bulan.tahun!
  Ada talk about future yg buat aku sensitif.Entahlah.Just go along the way lah.ini buat aku sedih dan penat.

Esok adalah masa utk Annual Dinner di tempat kerjaku. Harap menang! hahah..boleh lagi aku bergelek di atas pentas..teringat zaman2 dulu..mesti masuk kalau ada show

Saturday 15 January 2011

Haf Dey!

Its Saturday. no morning briefing. almost everyone (mgrs) would come to work with their own sweet time.Including me. Hmmm..oppurtunist! Dah nama manusia,suka ambil kesempatan tapi tak adalah sampai menghancurkan hidup dan keamanan orang lain.

  Since malam tadi ,asyik mengadap blogspot aku ni yg dah agak lama aku tinggalkan. Well,aku dpt rasakan tarikan blogger ini lebih kuat dari fb. Aku juga dok terfikir utk blogkan status2 aku but sapa yang rajin nak buat..aku tak rajin,to tell the truth.Bila lama mengadap,aku rasa aku terlalu jauh dari kwn2 blog yang dulu2..hinggakan ada kwn blogger lama jadi pelawat tetap di blog kwn baik aku dahulu yg penah hilang beberapa tahun yang lama..3 thn lebih ada tak? Jumpa di fb,jugak.Entah2 dia akan bc apa yg aku blog kan kisah kami dua dulu yg macam belangkas ms belajau dulu..nasiblah labu..

Friday 14 January 2011

Wow!

Wow, I didn't noticed 2 follower.Thanks  AzaAdi. The new reader me.
Terima kasih.

fyi, sy sudah berblog sejak 2002,boleh lihat scroll di bawah di bahagian tajuk Wonderful Blog in My Life.Hmmm tak perlu nak citer sejarah blogku yg tidak seberapa ini.

Anyway, today I was so excited to have the performance training..a very very last minute dance practise which I knew I still had the skill which should be sharpen more. :) Those ass is too big now..You lazy bump Rosmah!

the body temperature in me rising up suddenly when one couldn't help to trouble himself,.Cmon darling,..let them have their own independent life. Just don't understand why the other one couldn't do by herself. Using children as the 'middle man' is something not good, I guessed so. I couldn't accept the reason that that tree is so high and couldn't reach by the son,and yet get my darling to send to them and the travel was almost 2hours.
That is so suck! And yet the lunch date we had arranged is cancel,. Well, I can accept if he wants to visit the sick son BUT to send the herbs was totally out of the mind.
Sebut ajalah ko rindu ..tak yah sebut nama..ko telefon aja..aku dah bagi greenlight kan? Take it or leave it!

Wednesday 5 January 2011

Kereta masuk bengkel

Dah tiga hari kereta di bengkel,dan secara kebetulan aku cuti ganti 2 hari leaves tu.

Kena belanja RM1,100 ..aduhh..its okay. I just redha ajalah..bukan rezeki aku..

Krisis di tempat kerja jadi teruk sgt,.I do not know why!

Tuesday 4 January 2011

Happy New Year

Happy New Year to everyone!(maybe I am the only one here)

Its ok.since i can write whatever I want.

kat tv ada lagu baru 'Bunga Raya' kind of patriotic song I guessed...rukun dan damai sentiasa is part of the lyrics

but some are not aman damai.

Tak sangka apa yg ku agak akan berlaku.
Aku marah ngan sorang ni dan sebelahi pihak sorang ni..
tp akhirnya kebenaran keluar.tiada sapa2 yg salah padaku..atau pun dua2 salah.

CINTA punya pasal.Berhati2 bila serahkan segalanya..