Powered By Blogger

Monday, 24 January 2011

Merancang untuk bercuti

Ini adalah pertama kali,sekiranya segalanya selesai. Kota Kinabalu,mungkin ada yg yuck dgn tempat ini because of personal reason.The one snatched his bf was from KK.Sorry about it.Tak ada jodoh.

Itu hari ,,,rasanya 2 hari lepas call mak and ucap terima kasih tentang ajarannya kepada aku,mengajar aku tentang kehidupan walaupun ianya agak keras dan cara itu mungkin tidak sesuai di keadaan ini dan zaman sekarang di mana,kemewahan diajar kepada anak2 menjadi lambang kasih sayang.Duit dijadikan perantaraan dengan kasih sayang.Mungkinkah duit adalah segala2nya.Yalah kalau tak ada duit macam mana nak makan,beli petrol,beli top up,bayar bill,belanja gf,beli hadiah barang kemas yang emas untuk isteri.Duit harus digunakan jalan yg betul.
 Dulu,kalau aku inginkan sesuatu,aku hanya telan air liur kerana tidak berkemampuan dan hanya mengidam. Beberapa hari lepas,baru aku buka mulut aja,cantiknya baju tu.,Ky suh cuba dan tolong lagi cari baju kurung yg nampak cantik pada patung tu. Nampak half cut boot di kedai Dr Cardin,wow cantiknya..teringat mak & ayah pernah belikan boot masa umur 5 thn dulu. Ky suh terus org kedai tu amik dan cari saiz 5 .Aduii,rasa menyesal pulak menyebut. Wah,bahaya ini,lain kali kalau nak sesuatu kena buat mcm tu lah kot..Oh tidak,aku takkan menyebut lagi..lain kali sebut nak mengandung aja,mesti dapat!Insya Allah.
 Balik pada cuti ni,aku pilih resort dan tidak city hotel sbb resort ni kan lain sikit keadaannya.Harap ok.flight pun dh dpt cuma dari site Air Asia ni ,kalau tak ada credit card,dia hanya guna CIMB utk debit.Hmm mcm mana dengan orang yg tak ada akaun bank CIMB,susah kan.Aktiviti2 yg aku pilih semua tentang alam semula jadi.Hmm bila tanyakan Ky,dia kata dia ikut aja. semua aktiviti yg aku suka.Itulah suamiku,terlalu ikutkan kehendak aku ,itulah yg aku rasa. Dan aku tak tau apa kehendaknya tp tak apa,aku suka!!!Opps bukan maksud queen control tau.Apa2 pun dia mesti control jugak!Betul kan?
 Cuti ,Ky dah apply and I like.Aku belum lagi.Lepas aku bayar segalanya,then aku akan minta cuti.Time tu kalau ada event ke atau pun tak..aku mesti pi..Tarikh dah dipilih.
  Tapi sebelum tu,Putrajaya,KL dan Shah Alam harus ku harungi.

2 comments:

daddydian said...

wow ! KK! aku suka!! pernah pegi sana sekali utk urusan kerja dulu.. kalo east malaysia mmg aku prefer Sabah bahh.. KK seafood dia murah mcm tak logik.. apa kata terus ke atas sket pegi ke kaki Gunung Kinabalu.. Tak payah panjat! lepak kat kaki gunung..Udara segar babe! elok utk bermanja2.. hehe.. Kundasang ada resort.. aku tak hengat nama dia.. apa kata anda?

roserose*MrsYusof* said...

Sungguh skema ayat 'apa kata anda?'

Memang aku pilih resort di Kundasang.

memang aku nak lepak di KK..bermanja2 errr..rasanya aku pandai bermanja ke?
hahhahahha