Selamat Hari Thaipusam!Cuti hari ni adalah hari bermalas2an utk kami berdua. Teringat kata2 Ky masa dia balik rumah,tak perasan lak jam berapa kerana aku bangun pun bila terkejut dia masuk bilik tidur. 'Angah selesai kat balai 12 lebih'
Lepas Subuh,tanya Ky lagi 'pukul berapa balik?' katanya kul 3 lebih,Ingat nak tanya lagi tapi karang takut dia bosan nak menjawab,biar ajalah,.
Tengahari makan kt Kedai Makan Sillaturrahim di Teluk Muroh,.ohhh dah lama tak pi,Lauk2 melambak2 banyak sekali.teringat masa kerja kat Crystal Bay Chalet dulu..Kalau jemu nak makan makanan di hotel,cabut ke Kedai Makan Sillaturrahim aja.Aku ambil ulam2an yg sungguh segar serta sambal belacan yg sedap rasanya.
Peha ayam goreng,Ikan cencaru sumbat. dan kuah asam pedas.Byk jugak nasi aku bubuh pingganku.Ky memang boleh makan banyak nasi,tak palah sebab dia tinggi melangit .Susah nak naik badan walaupun ada org komplen dia dan gemuk tp pada mata aku sama aja,.
Lepas lunch gi tengok LED TV 42 inci,dan juga set Home theater..yalah TV besar kat umah ni dah rosak,terpaksa guna TV bilik di living hall. Tengok2 aja dulu.Ada rezeki boleh lah beli,.
Pi Tesco Mjg harini..heheh sampai adik di kaunter bakeri tu pun dah cam aku.Pembeli Black Pepper Chicken Pie yg setia. Kaya Pie tak siap lagi.So just beli roti yang berkaya utk Ky.Dia suka yang manis.
Luar Tesc ada Bakery counter Shop lagi,aku pilih Durian lak,dan Ky pi Baker Roti Boy pulak.Beli Buttermilk RotiBoy.Hm,,macam2 nama. Singgah jap kat Dr Cardin punya kedai,belikan Ky sunglasses yg nampak sungguh sporty dan sesuai utk Ky.Aku pulak dah 2-3 kali tengok kasut yg aku berkenan tu,tiba2 aku tersebut ngan Ky,dia suruh budak kedai tu amikkan saiz aku,saiz 5.Aku cuba elakkan dari Ky bayar,kata aku tak berkenan pulak..dia cuma kata jgn banyak dalih!Takpalah org memberi kita terima ajalah,
Sampai rumah ,masa utk tea break!Bayangkan lah dari kul 11 lebih keluar rumah,hampir 4 jam br sampai rumah.dan rehat time sementara tunggu kereta porche antik tu siap ,,jap lagi foreman tu call la kot..
Ada berapa RM lagi nak kena bayar la tuuu..
No comments:
Post a Comment