Ky minta aku pergi mengikut rombongan anak sedaranya nikah,tapi aku tak nak sbb dia tak ikut kerana kerja.Then tak nak susahkan abg iparku utk fetch aku di sini.Tak mo susahkan orang.
Semalam kereta kena tiga ratus lebih gak..hmm..duit ni keluar mcm air paip aja..tak apalah bukan rezekiku.
Hari ni dah kerja semula,esok haf dey tu yg paling best.
Ahad br pergi ke majlis perkahwinan anak sedara Ky tu di Ipoh,sebelum tu kami akan ke KK utk ambil anak2 sbb tau emaknya takkan pergi sbb kereta Ayi dah balik ke S.A. Tak taulah kalau maknya nak ikut kalau aku ajak naik kereta Porche biru ni..pasti tak mau punya..tapi kalau Ky ajak..hmm..no komen.
Cukup2lah cemburu tu..Ingatkan lagi sekali pada diri sendiri :Jgn risau,sbb kalau Ky nak dah lama dah dia nak semula,tanpa aku suruh2 pun! Nasib Ky tak mau! Kalau tak aku ada maduuuuu!
Lunch with Black Pepper Chicken Pie. Tapi sebenarnya bukan ada isi ayam pun...buat rasa2 ayam kat tekak aja..adalah tu dorang pakai Knorr Chicken Stock agaknya.
Duduk kat ofis,teringat lak jeruk2 Mediteranean fruits yg sedap.Manisnya sungguh natural. Kedai kat Tesco tu jual barangan dari Iran.Terasalah mcm kat Iran lak,tp pembantu kedai org Cina,cashier orang Iran yang cakap Melayu. Buat aku terkejut bila dia cakap melayu. Yalah mungkin bahasa Melayu mudah dipelajarikan.
Hari ni duk Kat Kampar ajalah.Tak balik Manjung.
Kereta yang dah dibetulkan tu,bunyi eksos semacam aja..katanya ada bocor dan semalam bila amik(terpaksa ) foreman tu suh pi kedai welding eksos tu. Teringat masa guna kereta Kenari Pink tu...eksos patah...hahah
No comments:
Post a Comment