Powered By Blogger

Monday, 16 June 2008

Rumah baru..

Aku cuba menggantikan yang lama. Teruja dengan kata Tok R
Biarlah hanya kenangan.

Hari ini Streamyx sudah dipasang dan ini menambahkan masa aku yang lebih untuk berehat-rehat di depan pc. Aku ingat kat sini tak dapat servis 'canggih' ini, tetapi aku silap. Eh bukan aku..GM yang beritau, tapi sudah beberapa kali aku asyik telefon operator '100' untuk mengadu kerosakan. Sampai hafal agaknya operator tu dengan nama aku.Perasanlah amat sangat !
Monyet selalu melakukan aktiviti 'flying fox' di wayar2 di dari tiang elektrik hingga lah ke kabel di tepi ofis aku menyebabkan kerosakan telefon di tempat aku bekerja ini. Selalu sangat. Ada yang mencadangkan aku menangkap monyet tu dan catkan muka monyet tu. Tapi berkesan ke?
Aku sendiri takut tengok monyet2 tu. Bila lalu di bawah pokok,aku paling risau kalau monyet ni menyiramkan sisa toksik. Di kereta Mr Pink aku tu, perkara biasalah siraman dari species itu atas kereta. Uncle V selalu beritau 'Madam! Itu monyet sudah naik kereta, bagi kencing atas kereta . Madam mau saya, angkat air dan siram kereta,mau kah? '
Aku 'Apa pasal Uncle tarak mau halau itu monyet? Kenapa kasi dia naik atas kereta saya? Aiyoo..yooo! Tak pa..biar saya sendiri siram kereta saya'
Aku berfikir dalam hati 'Ini najis jenis apa ya? Mughalazah bukan,mutawassitah kot! muaffafah lagi bukan. Oh Ustaz2 ku,aku sudah lupa..tapi aku confirm najis mutawassitah.Ohh ingat lagi la ni' Sejak minyak naik dari hari pertama..itulah hari pertama aku berkereta sendiri untuk kali pertama dalam hidup aku sejak aku dilahirkan hampir 35 tahun yang lalu!
Ky: 'Guna Pinky ya,kita pi makan!'
Aku: 'Beri sebabnya?"
Ky : 'Aircond kuat sikit, kalau dengar orang bebel taklah panas sangat'
Aku: 'Minyak? Nanti claim!'

Claim apa ke menda...aku entitle untuk elaun kenderaan yang seciput tu!

Hari ni 2 orang staff cuti mingguan. So tak ada check in banyak sangat. Budak2 U tadi dah check out. Aku pulak ..nak pilih hari rabu atau Khamis. Tunggu Ky balik, so banyaklah masa rayau dengan dia..Tapi kalau kat Kampar mesti best, boleh jumpa kwn2,gi happening kat Ipoh ke...Ky? Dia layan aja perangai aku yang makin tua,makin mengada-ada! Tak pernah pulak dia komen!

Oh ya semalam,seorang rakan dari Pkr melawat aku dan memberitahu aktiviti tidak sihat mengenai anak sedaranya yang pernah rapat gila kat aku..hmm sayang aku dan aku sayang dia. Tpi aku lagi sayang Ky ekk!
Aku beritau Ky dan tau apa jawabnya 'Ya Allah,lupa nak bgtau yg, Dia tu dah kurus betul,tak macam dulu masa u jaga dia! Terlibat dah benda2 yg tak elok'
Aku tak komen apa2 lah bila Ky sentuh bab 'u jaga dia', masa tu pun sebenarnya Ky panas hati tengok aku dan dia tu.Tapi Ky lagi bertuah lerrrr.. Cuma aku jawab balik 'U nak sy jg dia balik ke?Sy kan ada sijil utk jaga@pulih org yg beraktiviti tak sihat?' Ketawa aja Ky bila jawab balik.Memang Ky selalu kalah badi pada mulut aku yang cepat menjawab..walau nak cover silap sendiri. Aku rasa aku take advantage pada Ky sebab dia tak pernah marah,komen,bosan dengar leteran aku.(hishh..mana aku tau dia tak bosan) Kirakan Ky open lah bab aku berkawan2 ni.
Semalam aku terima MMS dari Spyz. Tapi tak dapat dilihat kerana setting MMS aku tak betul kira2nya!
Opps..Ky call la pulak.Potong stim pulak aku yang beria-ia nak update blog baru aku ni.
Dia nak keluar dari pusat latihan,nak jumpa kawan yang dah 24thn tak jumpa. Oklah..Aku pesan
'Yg kalau nak pi nyanyi, gi kat tempat yang best2 tau..jgn pi yang berdengung punya speaker'
'Eh sy tak pi nyanyi lah,nak pi borak2 aja..mlm ni tak ada kelas lerr.boleh pi minum lama2 ngan member,Ok kan? aku jawab very short 'Ok,dah balik nanti call!'
Aku kena belajar hormat dengan aktiviti dia dan kawan2,sebab aku selalu kurang hormat waktu dia bekerja. Ada aja aku cari pasal nak melengah2kan waktu bercakap. Untunglah kau Maxis!
Aku mengaku aku memang teruk perangai ngan dia, dan aku tak takut. Lagi kalau nak tidur,silap dia sebut aja aku naik angin lah satu badan,tak kiralah pukul berapa atau pun dah berapa lama aku bercakap ngan dia. Ky?Tak pernah marah. Paling bersopan sekali dan aku pulak yang kalah 'Yg,bolehkah kita bersambung keesokkan harinya. Nak kita berdebat sampai esok pun tak habis ok. Sy cakap ni, u jawab ni.Ok?' Nak ke tak nak ok ajalah..
Ky pulak kalau aku nak pi happening ngan kawan2 pun, tak pernah dia kacau(telefon utk report duty ke apa)..Tak pernah. aku balik 3-4 pagi pun dia tak komen apa2. Tak taulah nanti kalau dah serumah,dia pulak yang balik 3-4 pagi. Aku pelik tapi itulah dia .Bila aku tanya,dia jawab 'Saya kenal u,saya percayakn yg,sy tau yg takkan buat yang melanggar perasaan you ' Hah..Ambik kau!Dia percaya sangat kat aku..Dia tak takut ke aku curang? Pernah aku tanya,masih lagi jawapannya dia tau aku takkan lakukannya.
Moral of the story;
Jangan salahgunakan kepercayaan yang orang yang disayang telah berikan. Jangan mencari padah seperti aku.

Aku tak curang tapi aku suka buat2 curang supaya dia cemburu..Tapi dia tak cemburu pun!!!Bodoh lah aku ni!

Esok punya kerja:
&*^*^*^&*
Malam kul 8.30 mlm- Dinner Persatuan Budget Hotel Lumut di teluk Batik Resort. Alamak!Aku akan didedahkan kepada orang ramai malam esok! Ni yang aku seriau ni!
Yang pentingnya :Pendedahan itu akan menyebabkan rating aku tinggi semula di daerah Lumut/Manjung.
Yang mesti diingati: Jangan pakai baju yang terdedah sana sini!

4 comments:

dugongsenyum said...

hai hai!

roserose*MrsYusof* said...

Basri,

hai hai.sapa ekk ni?(buat2 lupalah konon)

Azlinda said...

he he....ky? pinky?......best2??

roserose*MrsYusof* said...

hehehhe..

best arrr..