Appointment dengan pegawai 4R>AMD Tapah pada 10 lebih. Dia call & sms waktu aku masih berehat2 waktu pagi lagi. Hah..apa lagi terkocoh kacah lah aku bersiap. Kelam kabut gila.
Malam semalam dah lah berembun sambil posing2 lagi. Staf aku sorang tu nak balik hujung bulan ni. So mana aku dan Ky pi mesti bawa dia. Lagi pun dia pun besar macam anak Ky pun. so we treat her as our daughter ajalah. Kononnn!
Sebelum tu akan datang 6 orang lagi trainee dari Medan. Waduh,macam mana lak perangai dorang yang second batch ni.
Diam tak diam dah 2 bulan aku di TB ni. aku happy juga! Tak terlalu stress,and aku diberi penuh kepercayaan.
Hari ni aku banyak berhabis masa di hotel lepas bawa pegawai2 dari kem tu. Dorang akan datang bawa grup dari SEMESTI berkampung selama 2 malam. Khemah lagi ! Seronok,dan aku dah beritau kali ni aku mesti ikut dorang buat FLYING FOX,jungle trekking dan night walk. Tapi aku bagtau Mejar tu, 'Sekarang ni ada rasa macam takut lah..tak confidence macam dulu'
Mejar jawab 'Semakin tua,semakin takut agaknya ni' Heheh..Sebenarnya mungkin aku yang meningkat kiraan nombornya but age is just a number. Tapi kalau nombor dah banyak..risau gak!
Selepas buat recce di chalet aku, aku bawa Mejar tu ke hotel dan lunch bersama mereka(6 orang tu) . Kali ini aku tak mau naik rover dorang yang hijau macam nak pergi perang. Sedang kami makan,masuk pulak chairman persatuan hotel pulau and secretary Datuk Dr Zambri,Tn Hj Az,..Lepas makan ngan askar2 ni,aku pi lak meja depa. GM pun ada sekali and macam biasalah pot pet pot pet. Dorang kata tak kenal aku lagi lah,apa lah,macam2 lagi. Aku menjawab macam artis jawab soalan wartawan pulak. Yalah lama kami tak jumpa. Bila jumpa..riuh rendahlah cafe tu jadinya!
Pi hardware shop, tak jumpa barang yang dicari. Susah jugak nak cari..barang terkawal ke? Entah aku pun tak pasti.
Ky tugas di Pangkor Laut kepunyaan YTL malam ni. Hmm..bermacam2 aku pesan kat dia. Tolak apa yang mendatang depan dia, tak kira siapa, perempuan atau lelaki! Hehehe. Kelakar sungguh pesanan ku itu! Aku risau lak. Tua-tua dia pun,ada orang tengok2 atau jeling2 lagi. Hmm..mungkin orang2 tu tengok dia, mungkin juga tengok aku. Hish kenapa aku suka fikir apa yang orang fikirkan pasal aku dan dia! Kamera aku dia bawa ke sana!Baru aku tau dia pun suka berkamera,bab bergambar aku tak pasti sebab aku yang suka bergambar dan rakam dia dalam kamera. Dia kata minatnya sama cuma dia kawal diri dia. Tapi dia dah offer guna kredit card untuk beli lap top atau kamera yang best sikit. Hmm..baguih tawarannya itu!
Sejak aku boleh masuk Thailand, aku dah mula plan untuk ke Bangkok atau Medan atau Bandung. Tengok harga tiket dan pakej2nya sungguh 'menggiurkan' sekali! Lewat update blog ini pun pasal, surf pasal tempat2 yang aku nak pergi. Apa pun ,kena minta approval dari yang menjaga tuan punya blog ini.Tee hee hee!
Aku membaca blog Tun
tadi dan teruja untuk menjawab tetapi setelah aku mendaftar di vox.com, aku tertambah blog pulak. Hish..tangan gatal betui la.Dah mendaftar kemudiannya, aku cuba lah nak komen tapi keluar macam2 code la pulak. Aduh! Aku jawab kat sini aja,nasib lah..yang penting ini aku menjawab. Ok tak? Sebenarnya aku nak jawab cam ni!
' Tun, kenapa Tun tak nampak dan tak terfikirkah nak majukan Tioman semasa pemerintahan Tun dulu? Kenapa baru sekarang ternampak Tioman? Sepatutnya masa zaman Tun dulu, Tun bangunkan semua pulau2 peranginan sama macam Langkawi. Dan sekarang Langkawi dan Pangkor bakal terkebelakang semula selepas memo 'membunuh hotel2 di Malaysia' dikeluarkan! Apatah Tioman yang langsung tak dipandang oleh pentadbir kerajaan Malaysia? Tapi mana dia orang kuat Johor/Pahang yang sepatut berganding bahu menaikkan nama dan pembangunan Tioman itu?
Dulu tak nampak, sekarang lagi depa tak nampak atau buat-buat tak nampak! Dunia!
Itulah yang aku teringin nak jawab.
No comments:
Post a Comment