Thursday, 10 July 2008

Mendung yang bererti hujan!

Ky balik kerja pukul 11 pg ,terus call aku yang muka masam2 kelat tunggu maggie kembang. Sebelum tu aku dah bancuh kopi dan rendam maggie Cintan,tunggu sejuk barulah ingatnya nak makan. Tapi bila dia dah call,hidup nyawa aku dan tunggu feri sampai terus pi makan. Maggi tak disentuh,kopi pun tutup aja termos nya! Staff aku kata 'Ky punya pasal, lompat terus!'
Sekarang dan selalunya, kami kalau makan,sorang ambil sayur ,sorang ambil daging. Aku ambil nasi dan ulam2 siap dengan sambal belacannya. Dia ambil kuah lemak(pdnlah kena darah tinggi-ari ni kena leter lepas makan) dan aku ambil kuah asam pedas. Hmm aku rindu asam pedas Johor.
Hari ni makan ikan pari dan ikan keli! Tak palah makan ikan lagi bagus dari makan daging ayam! Betul ke? Hari ni kali pertama,bayar harga makan RM9.80. Kira murahlah tu. Selalu lebih! aku tak taulah kalau bab makan ,kami berdua selalu tak kisah! Yang penting sedap dan suka tengok masing-masing makan. entahlah waktu bercinta aja suka tengok, waktu dah tua nanti malas lah pulak nak layan! Tak taulah..Harap2 ianya akan berterusan sampai mati!
Hantar balik sebelum kul 3 sebab dia ada rowcall di balai. Kira dua jam lah waktu rehat! Malam nanti kena pi Pangkor Laut lagi. Dia kata citer Wanted best! aku sakit hati sebab aku yang download dia yang dpt menonton filemnya.
Esok aku plan nak kuar ke Kg Acheh buat sales. Ikut hati nak pi jauh2 aja! Tapi kalau sorang baik gi tempat yang dekat2. Sorang2 takut sesat jalan,dan jadi mcm orang bodoh, pusing2 jalan yang sama. Aku pun bukan biasa sangat gi tempat industri ni.
Ni hujan agak lebat,padanlah tadi bila Ky kata mendung ni,aku jawab mendung tak bererti hujan! Dah hujan ni...mesti Ky kata 'tadi cakap tak caya,suka lawan ckp org tua!'

3 comments:

Noushy Syah said...

YOOOO kak Ros...muahhsss, when did you change to blogspot? Anyhow,miss you lodsa..hope everythings fine and OK at your end and BTW who's that 'ky' tehheheh..:p

Kak Ros diPangkor semula yea?

Quite occupied lately and glad that you drop by for this new link.Thanks Kak Ros,you take care yea,me and Syahyang alhamdulillah are happy as ever..muahhsss.

Will catch up later with the rest of your postings..:)

rosevsky said...

My dear noushy syah!
Di blogspot mudah upload foto kan!I miss you a lot dear..both of you!
Who is that ky? hmm..u should know before you ask!
Dah 2 bulan di Teluk Batik,after 6 months di Kampar. Teluk Batik ni dekat ngan Pangkor,kalau ke pantainya dah boleh nampak Pangkor pun.Dekat sikit kan...heheheh:P

Thanks Noushy..akak sempat akak pasti ke tempat noushy! Syah apa citer sekarang?

DatOk ZeQ said...

rosevsky

Ko ni dah banyak pot pet ko. Sales ko tak buat ke? nanti tak ada bisnes kat resort ko baru tau, aku juga kena tolong ko promote kan sebab company aku pun memang buat kerje itu. Ko tengok lah kat blog aku, cari SARAH . Lagi satu, senang2 ko tengok la www.saifullboharilah.blogspot.com. Seram aku ! Salam kat ky ko tu, ko pun jagalah orang TUA tu ye !hehe

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor