Powered By Blogger

Tuesday, 8 July 2008

Setuju dgn Protes jadi protes

Ky balik semalam,menjengul aja depan pintu ofis dalam pukul 1.15 pm. Put3 komen 'Aduh, cepat banget. Kalau lambat muka orang jadi asam' 'Iya,bapak mau tengok muka ibunya asam. nanti boleh tambah gula' Bluekkk!
Singgah rumah abang dia,hmm..ramai gak peminat aku yang mengintai aku dari dalam rumah dan dalam pagar. Aku? Tak keluar kereta. Bukan takut tapi hormatkan Ky yang tak panggil aku keluar dari kereta. Tak nak pulak dikatakan 'menebeng muka' pulak.
Cerita pasal Protes, dia tak ditugaskan di kawasan stadium tapi mengikut katanya tak ramai yang datang. Hmm..no komen. Tapi dh keluar tajuk dalam site ini.
My cousin, alin beritahu semalam ada kumpulan music buat hal. aku pelik,nak buat protes ada konsert pulak. Bila orang baling batu,kata provoko pulak! Entahlah. Tak nak komen nanti ada yang terasa, nanti Hishamudin Rais komen aku pulak. Mungkin tak sesuai muzik seperti itu dihidangkan kepada orang terutama ahli-ahli P*AS. Tak sesuai sungguh lah! Mungkin patut diselingkan dengan acara-acara rakyat. Acara bagaimana? Korang fikirlah sendiri! Yang menampak budaya Malaysia. Tapi bab protes-protes secara terbuka ini bukan budaya kita rasanya. Aku pun tak tau nak protes gaya apa! Bukan bidang kuasa aku.
Tengok contoh terbaik,GM aku orang kuat persatuan hotel bajet, memorandum dari negeri Perak yang pertama diberikan kepada pihak pelancungan. Dah keluar TV,dah keluar Berita Harian muka depa, tapi tiada berita yang dijawab dari memorandum yang dihantar. Dia sekarang sedang berusaha menarik lebih ramai ahli dari hotel kecil ke besar untuk sertai persatuan itu. Ligat jugak GM aku. Dulu masa persatuan itu ditubuhkan,datang ke hotel semasa aku di hotel Pangkor,dapatkan keahlian. Aku pun perlekehkan orang yang datang tu dengan endah tak endah aja. Yalah,aku fikir bila banyak sangat hotel aku tu masuk persatuan,tapi apa perjuangan depa. Tak masuk akal aku! Hah,sekarang bila GM aku sendiri orang kuat persatuan walaupun bukan chairman,baru aku nampak! Dan bala yang menimpa hotel2 sekarang ini mungkin memerlukan suara ramai dalam persatuan bukan suara perseorangan! Aku sendiri nampak GM aku keluar masuk pejabat kerajaan hantar surat tu surat ini. Sedangkan GM aku orang Malaysia rakyat Spore. Kalau aku lah malaslah nak buat tu semua,baik cari bisness aja. Yalah aku tak berada di tempat dia kan!
Hari ini lepas pukul 3 aku dah boleh merdeka!Mungkin ya mungkin Tidak! Tunggu Ky habis kerja,then barulah boleh pergi merayap sekitar sini. Nak pi tengok wayang ,tapi nanti citer Tamil lak. Aku boleh layan juga cerita ni,takut orang sebelah berdengkur aja. Tapi selalunya bab tengok TV atau filem,aku yang lebur dulu. Tak kuasa aku nak tengok lama-lama. Baik tidur! Dahlah nak dapat tidur senang tu susah, susah tidur tu senang,bangun tidur lagi susah!! Bak kata Ky 'Ada yang tak boleh lepas!' Selimut arrrrhh yang tak nak dilepaskan! Macam-macam kalau dia mula sakat aku.

Ady,akak dah booking bilik! Itulah kalau ada rumah sewa kan bagus,tapi rumah sewa akak tak valid lagi nak masuk. Tunggu dah valid baru boleh. Itu pun di Pangkor. Pangkor lecehlah. Kalau dapat di mainland lagi best. Harap2 dia dpt tukar,boleh lah kita bergaya sakan ngan rumah dia kan?kan? Valid tak valid lain cerita, yang penting ada tempat! Ada tempat aku nak sandarkan barang-barang aku yang masih berlambak di rumah di Kampar tu.Hahaha!
Dan kalau ada rumah,senanglah kawan-kawan yang datang Lumut,Manjung,Stiawan nak datang. Tak perlulah cari hotel di sini kan! Jgn kasi tau sama wa punya GM ya!
Ehh lupa nak minum pagi lah.Ok. Nak minum kopi French Classic & Goji Soya. Sedap tau! Jom minum dulu!

Ky dah sampai ni. Tapi aku terkantul ngan dia, dia dah tau blog aku ,belum sempat dia jumpa Tok Rimau atau Ady atau Kak Ungku atau sapa-sapa dari Geng Jurnal. aku sendiri menyerah diri nampaknya! Dia check history and ternampak apa2 sahaja dari nama berasaskan ros...Kena terima hakikat ,rahsia hati ,luahan hati aku dibaca oleh orang yang aku sayang. Tapi,dia tak marah..aku aja yang segan!

Sesiapa yang teringin nak belajar lagi :




2 comments:

SiR KinG TiGeR said...

ros

Banyak pot pet ko ye. Ky dah tahu tak pe lah, jadi ko tak payah nak bagi tau isi hati ko tu lagi . Untung lah ky, yang aku ni ternanti nantilah no talifon mak cik ko tu hehehe...

roserose*MrsYusof* said...

datuk,

tunggu makcik call br boleh cakap..guna email ni leceh.