Time dulu. Dulu lain sekarang lain. Cuma orangnya tetap sama seperti biasa. Perubahan memang ada. Dan mesti dilakukan.
Minggu lepas Kak Ungku dan family melawat aku di sini. Kak Ungku & Adi,terima kasih kerna melayan cakap manager itu! Nanti datang lagi. Kalau manager itu ke KL dia akan telefon atau beritahu awal2 atau pun tak sempat telefon langsung! OK?
Penempahan chalet2 di tempat aku untuk bulan Ogos dah mula melimpah. Ni yang aku tak gemar ini. Terpaksa merayu2 customer supaya menukar tarikh atau membatalkan. Masa awal2 tak mau bayar deposit pengesahan. aku ambil prinsip 'first come first serve'! Semua tak bayar,tiba2 hari ni semua berebut nak bayar2. Serba salah aku. Nak cancel satu company trip,dia dah terangkan A-Z kalau trip dia batal! Satu lagi grup dari kelab,regular guest pulak tu. Tapi bila aku tengok,kelab dia aktif buat kat tempat aku. Tapi nasib baik aku dapat pujuk organiser tu supaya tukar tarikh! Habis lah lepas ni dia tak buat lagi.
Berita terbaru dari GM, semalam otai2 Persatuan Hotel jumpa Pak Lah and pelbagai reaksi diterima oleh mereka. Nak jumpa Pak Lah memang susah. Nasib baik aku tak pergi! GM aku pun tak pergi and semalam aku tengok dia,nampak risau,dia tengok lagi,pun muka risau. Dalam hati Allah swt aja yang tau. Aku baru tukar kat tempat dia dan pelbagai masaalah aku dah terima dan nampak. Aku nampak dia positif. Aku cubalah mana yang patut! Tadi masa aku mengharung dalam hujan(Dengan Pinky lah),GM call bgtau berita baik. JP yang akan beri hampir 50K tu mungkin jadi datang. Esok, aku meeting ngan GM dan GM hotel di Pangkor itu untuk bincang pakej itu.
Aku dan sepupu masih memilih waktu setelah tarikh ditetapkan untuk trip ke Jakarta. Belum final lagi keputusan.
Ky masih kursus. Teruk kali ni ,kursus smpi pagi. Esok petang sampai ke?Aku pun tak tau!
2 comments:
dah lama2 lepak kat sini tak tau pulak ros kerja mana.. kerja resort hotel eh.. amboi. best tu. leh bagi diskaun eh utk kasawari sekeluarga.. he he
patut ler dpt interview kat pulai spring..
Kasawari,
Memang saudara tak kenal saya lagi..tak apalah..kenali saya waktu sekarang..bukan yang lalu!
Kehidupan sekarang lebih aman dan yakin dengan diri sendiri. Hampir 89.99999% bahagia sekarang! Insya Allah..Mungkin akan lebih bahagia pada masa mendatang!
Post a Comment