Powered By Blogger

Monday, 21 July 2008

Ohhh..aku dah tau sebabnya!

Sapa yang kenal aku secara dekat...mesti tau aku orang yang cam na?Eh ya ke? Aku pun sendiri tak tau diri aku sendiri. Betul ..kadang2 kita tak tau macam mana diri kita sendiri. Kalau tak ada sapa beritau pun. Masa 2 malam yang lalu,aku dan 2 orang staff aku ber'lepak' di Mc Donald selepas tutup night auditor after 12 am. Bilalah aku kena menjaga hotel atau resort yang counter tak tutup2 langsung..Soon baby! Soon !
Oppss. tergelincir dari citer 2 malam lepas...(alamak..baru nak sambung Ky call sat noooo...)
Apa pulak aku nak update..dah lupa..ok..DO aku suruh aku keep cool sebab,dia baru tau..bila aku ada masaalah emosi,I look so horrible!
Aku : Eh ya ke?
DO: Even you don't tell me also,I can see it in your face,your eyes..everything..Bila ko ketuk papan kekunci tu pun aku tau kau tension!
Aku: Apa menda papan kekunci tu?
DO: Tuu..nampak tak...papan kekunci tu pun ko tak tau..keyboard lah..

Hahahah! Pu3 di sebelah hanya melayan diri sendri dengan telfon SE dia yang sungguh mahal hampir IDR1 juta itu...hahah! Maaf ya Dungs,aku kata sama engkau!
Walaupun tempat aku kerja ni kecil aja..senang sikit kerja nya.Aku senang dengan staff yang 2-3 kerat ni. Minggu depan,kepeningan akan bermula lagi! 6 orang pelatih PARA Wisata dari Medan sampai lagi. Mana aku nak letak dorang! Tempat dah siap di belakang tu. Cantik lagi. Aku ni aja tak dapat tempat tinggal lagi! Sekejap stay di chalet,esok2 di hotel pulak. Selalu di bilik staf aja,sebab hampir separuh barang2 ada di situ. Tu tak kira di rumah di Kampar lagi. Penat la aku fikir ni. Kalau pasal rumah sewa, tempias yang utama mesti diberikan kepada Ky. Aku penat berleter hari ini..dan akhirnya dia mengaku dia serabut dengan aku. Well, itulah yang aku nak dengar sebenarnya dari dia. Lakunan aku berjaya memerangkap dia, apa sebenarnya dalam hati dia yang tak puas hati ngan aku. Susah betul aku nak perangkap dia! Setakat cakap pasal perasaan sayang ,kasih ni ..itu biasa aja pada semua orang! Tapi cakap yang menjadi cermin kepada perangai buruk kita ni..susah orang nak cakap..Lagi kalau orang tu terlalu sayang, dan tak nak lukakan hati! Ohh dia ajalah sayang aku..kiranya aku tak sayang lah sebab selalu sangat tak puas hati ngan sikap dia. Hahaha! Memang aku tak sayangggggggg pun..(sorrylah yg,u bacalah sampai darah tinggi u naik lagi-Tadi doktor dh nasihatkan supaya jgn stress) Nah ambil lagi stress ku ini!
Ternyata aku yang stress sebenarnya. Ego aku sudah bermula sekarang ni. Hishh tak baik tau! Tapi aku nak pujuk diri sendiri. Aku ni macam tauhu pulak..Lembik! Dulu aku kuat gila tapi sekarang ni..teruk sekali dungs!
Stress sebab
1) Kerja (tak mungkin..21 chalet aja..tapi sales disebabkan kerajaan Pak Bodolah ini telah menyebabkan aku stress..Betul! Aku tak tipu!Ky tak tau pasal ni. Kalau dia tau pasti dia ketawakan aku)

2) Ky ~~ itu perkara biasalah. Risau dia tak ada Sabtu ini. Takkan aku nak sambut sorang2.Dia tak adalah malam tu..tau lah aku cari kawan2 merapu aku Saturday ni...Ingat yg! Saturday..Saturday Night Fever tu! Demam Sabtu saya melanda nanti...naik lagi darah u!

3) Kulit aku~~ hmpir 50% peratus dari kulit aku dari hujung kaki sampai dada di serang oleh sejenis binatang. Aku tak pasti binatang apa. Ada yang kata agas2,ada yang kata pijat! Dah seminggu perkara ni berlaku. Aku dah macam kenan beruk!Tergaru2 kegatalan. Minyak cap kapak dah immune kat badan aku. aku tunggu Ky bawa gi klinik.Aku tak pi sendiri napa? Aku malas,aku nak 'sandarkan' sakit aku ni atas bahu Ky. Mengada kan aku! Bintik2 merah teruk..mula2 aku ingat nyamuk..Sian nyamuk,itu hari aku marahkan nyamuk2 teruk..rupanya bukan sebab nyamuk!Ini pun sikit2 aku tergaru2..bila cakap ngan Ky (Dia kata:Tunggu saya kuar pulau ya,.sekarang ni kerja byk!) Aduhai..nak tunggu aku terpaksa tidak tidur atas tilam. Nasib baik ada Toto orang hadiah!I like that Toto tau!!! Tapi betullah..aku dah jemur tilam tu pun tak hilang gak. Aku rasa nak lari aja dari sini supaya binatang tu tak kejar!

4) Kayu punya printer baru
GM bagi aku printer color. Dan aku memang suka buat sales kit. Bila time print kat hotel ok. Bila aku bawa balik printer ni..Tak boleh. Ink aku dah beli dan tambah. Semua aku dah buat, Tapi dari font biru aku prepare,bila print jadi warna merah.! Lagi aku naik angin!

Tadi petang ,sempat pergi rumah Peter dari Holland yang tinggal di Sitiawan,dia bagi aku rambutan .Siap dibuang kulitnya! Bayangkanlah , mat saleh yang bagi aku rambutan..buah Malaysia tu. Aku?orang malaysia tak teringat langsung nak bagi dia apa2 pun buah malaysia! malunya aku sebagai rakyat Malaysia. First time aku masuk rumah dia! Hmm ada 3 bilik. Dan semuanya dia occupied.

Aku: Wow,Peter..this is shittt! you got a nice house! How could I don't get any house..even like the Smurf's house! Too bad!
Peter: Well..bla bla bla bla (He does couldn't stop from talking and love him for that)
Aku: I wish I am a man and maybe I could share this house with you. And too bad that you are not a woman!
Peter: Too bad that we're not! ahahahha

Rambutan dan manggosteen bertukar tuan. Ternyata aku malu gila sebab Peter yang msn aku supaya ambil buah kat rumah dia! Peter sempat jeling kat Pinky aku..hmm dalam hati aku(Apa ?kau nak naik ke?lain kali aku ambil,kita pi lunch) Tapi akhirnya aku tercakap juga,dan beritau,kalau ada masa kita keluar ya! Nak tunggu dia ajak aku,hmm tak dalah..Dia nak ajak aku naik basikal dia yang pernah jelajah China,Thailand,Holland itu kah! But he's a nice friend!

Aku usik Ky tadi..lepas kami selesai dan berjaya tenangkan hati masing2!
Aku: Bolehkah sy keluar merapu malam ini dgn kawan sy?
Dia: Hmm..terpulanglah. kalau saya kata tak boleh?
Aku: oooohhh ,I like that...Susah nak minta you cemburu kat orang macam saya ini. Jgn menyesal dapat bini yang gila ini!
Dia: Mana saya cemburu kat u?
Aku: Tak cemburu ,tak sayang! Tq for that!
Dia: yalah tu! yalah yalah..Saya cemburrrrruuuu sgt2..
Aku : Poyo
Itulah kami selalu,usik usik sakat sakat dah jadi permainan kami! Tapi selalunya aku yang kalah dengan usikan dia! Selalu melatah dan naik angin tak tentu pasal. terukkan? Aku tak tau bilakah akan berakhir!
Tapi lakunan aku malam ini sungguh berjaya. Aku terpengaruh pulak dgn gaya si Bella tu! Yalah aku nak tenangkan diri aku. Nak pujuk diri! Nak motivate diri! Alhamdulillah aku berjaya!

Esok aku ke Kampar! Ky ke KL. By the time dia balik Lumut, aku tak ada,...ahahahha! Aku nak jumpa kawan2 merapu aku...yang Ky kenal! Itu dia tak kisah..and dia tak leh control aku kalau aku nak jumpa kawan2 aku.Sebab? Dia kenal mereka! So dia taulah merapu tahap apa yang kami boleh merapukan! Aku pun nak bawa Pu3 sekali,yalah 29hb ni dia dh nak balik Medan! So apa salahnya aku jadi tourist guide!

So hari ini,disudahi dengan 'STRESS disebabkan 4 K'. Macam bodoh aja!

3 comments:

SiR KinG TiGeR said...

ros
Oh demo, bila dorian luroh, demo berani nampo ! petikan lagu Mr Oz
Dah makan semua BUAH2 ke????

Aku ni dah teringatkan ko pulak ! nahas aku ngan ky nanti !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
http:datokzeq.blogspot.com

roserose*MrsYusof* said...

Buah semalam yang dapat..dah makan pun!habis..

arini ada buah lagi...yayayay!

Cikgu2,

Hari hari saya makan buah!
Tapi ada satubuah lagi belum dapat!
hahahah!~

Ungku Nor said...

akak tak stress pun buleh jadik stress bila baca ini entri daa..nyampah!
hehehe