Yahoo!
Jumpa mereka dan keluarga di sini.
Kami merasakan di sini tidak berapa seronok lagi seperti zaman dulu-dulu. Tak tau mengapa, cuma merasakan tidak masuk jiwa lagi. Aku rasa lebih baik kita tinggalkan aja kenangan lalu yang tidak lagi mendatangkan apa-apa kesan di jiwa. Mudarat tak adalah,cuma 'tak masuk di jiwa'! Siapa lah yang boleh mengubah keadaan itu? Presiden atau Naib Presiden?
Tapi kami sayangkan tempat tu,apa kan daya sampai setakat ini ajalah!
Agak-agak apa dia ya? Siapa cepat dia jawab!Siapa tahu cepat jawab! Alahai...kami bertiga aja yang tau dulu! Hahahah! Tak suka? Marahkan kami? Nasib lah!
Makan steamboat di hotelku!
Tapi tak ada gambar2 sebab nak menikmati makanan yang membuat 'kulit perut luar dan kulit perut dalam menegang' tanpa perlu memberi perawatan instant lifting!
Thanks for visiting me and my place! Love ya all!
_______________________________________________________sambungan___
Tengahari tadi menerima panggilan dari Kak Ungku untuk berjumpa semula. Baru aku nak gerak aja, Ada guest nak check in! Staff aku semua aku kerahkan untuk bersihkan semua chalet dan laundry nya Ya Ampun..Bikin penuh gw punya Pinky! Kasihan Pinky que!
Kirakan aku lewat sampai ke tempat yang dijanjikan. Hampir2 aja mereka merajuk bunyinya seperti 'Tak palah awak tak sampai,kita orang aja lah pergi tempat awak. Adi lapar!' Apa lagi aku tekan lah pedal minyak sehingga 90 meternya. Waduh!Laju bebenor! Relak..
Perkataan paling best~~yang aku ingat dan boleh diajuk sahaja 'on the way!on the way..tapi tak sampai2 lagi'! Sorrylah ya! Bukan sengaja,maklumlah tengah bekerja. Seboleh2nya aku cuba..kalau boleh nak berkepit aja dengan mereka tapi..terima kasih kerana memahami keadaanku ini walaupun adik ku yang sorang itu mengatakan 'orang datang dia asyik sibuk aja!'
Maaf ya!
Aku lead mereka ke kedai yang aku dan Ky selalu lunch. Nama kedai tu 'Ramli Food Corner'(oppss nostalgia rosram kah itu?). Tutup pulak tempat itu. Tawaf satu kali dan terus ke Restoran Cili Api. Kedai kegemaran Ky tapi aku tak suka sangat kedai tu. Tapi hari ini..kuah masak lemak cili padi dia! Aduiiiiii..sedap gila! Masing2 makan dengan selera(agaknyalah?aku risau dorang penat menunggu aku dan tak selera makan!) Alhamdulillah! Dorang boleh makan! sempat lagi berborak2 isu semasa! Bukan isu politik atau sodomi ya yang kami borakkan! Dah cukup lah Raja blogger,Tun Dr M atau RPK atau sesiapa sajalah..Blogger terbaru dan sangat famous! Mereka bertolak selepas kami berfoto2,aku tak dapat ambil sebab battery low! Diperli lagi oleh adikku yang manja ini! 'Tak payah bawa lah kamera tu kalau battery low' --Ayat2 mungkin tak sama tapi itu lah pemahaman dan penerimaan aku. Tiada yang benar atau yang salah! Blog sendiri, sendiri faham laaaa!(Kenapa aku sekarang semakin kasar ya!!!)
Lepas tu baru balik dan ambil selautan laundry kotor tu dan htr pada pusat laundry hotel aku. Di hotel aku mengelak dari berlama-lamaan sebab takut tertarik dan terduduk di cafe. Dan ini akan menambahkan city ledger hotel aku disebabkan aku minum2 di situ. Lagi pun apa perlu aku ke sana sebab aku ada tujuan lain at different venue.
Tujuannya :
1) Facial
2) Dibelai-belai oleh tangan halus lagi mulus ke atas muka dan separuh badanku
3) Uji tahap ketahanan sakit di muka tatkala ada orang memicit2 dan mencucuk kulit muka aku dgn benda apa ntah .Aku pun tak tau apa nama alat cucuk tu!
4) Cuci mata di sekitar saloon yang boleh dijadikan pusat rehat aku di masa akan datang. Banyak sungguh barang2 di sekitar kedai tu. Barulah aku nampak stok Soy Collagen,Leesa Formula,Natashya,Eriesya dan pelbagai lagi..Madu Lebah asli pun! Bak kata macam-macam ada!
Selalu dulu kalau di Pangkor aku selalu dirawat muka dengan Bruno Vassari, tapi di saloon tadi aku tanya ngan pembelai muka dan badan aku tu,jenama Cleopatra. Entah aku tak penah dengar dan aku tak kisah, yang penting dibelai,dimanja dan aku dapat rehatkan badan mata dan minda! Yeah.I like that!
Tangan pembelai aku tu sungguh lembut tapi urutan dia terasa gila. Yang kelakar tu,dia buat rawatan resdung! Orang lain yang beli alatan resdung,aku pulak dimanja2 dengan asap ubat resdung tu! Hampir lemas aku tapi aku tahan! Bila aku beritau dengan pembelai tu 'Pertama kali!' Dia jawab 'Eh tahan ya dik!Selalu orang tak tahan kalau kali pertama' Dalam hati aku (Yang paling susah keadaan pun aku tahan dan sanggup lalui..apa tah yang ini). Bab dia cucuk muka dgn alat tu ,hampir buat aku menangis..tapi masih aku tahan lagi...Alahai jauh dari nyawa!
Dalam 6 lebih baru siap! Di urut separuh badan dengan minyak serai wangi. Buat aku teruja nak datang lagi tapi bukan buat facial yang berasap2 tu! Nak diurut seluruh badan aja!
On the way, singgah beli mee rebus,rojak dan mee hoon goreng serta durian lagi untuk hi tea pukul 7 malam. Sms tanya lokasi. Jawapan nya : BANGI
Malaslah aku nak sms lagi. Ky..hmm tak sah kalau tak disebut dia. Dialah jantung hati,dialah pencuri hati..Time suka macam ni lah..Time tak suka..cari pasallah selalu. Sejak naik ni(tak naik pun kerja tetap banyak) banyak kerja dia kena handle. Naik pangkat 4 orang di ofis tu,tapi dia aja yang kena stay back. Ini tak adil. Malam tadi aku frust sikit, sampai 4 kali dia call aku jawab 'Dahlah yg, tak payah cakap lagi lah..cukuplah..tidurlah!Esok2 ajalah' . sebenarnya aku dah tidur dalam kekenyangan stimbot, dan dia pulak lepas pukul 1.30 pagi baru nak telefon lepas balik kerja.Aku pulak dengan ego tak nak mengaku tidur, buat2 lah merajuk! Pada hal aku dah tidur! Win-win situation! Hari ini pun dia busy lagi. Isnin-Khamis ni pi kursus lagi di UK.Meranalah aku nampaknya.! Rileks..positif 1000 x!!
Orang di Seremban tu dah sampai kan kan kan! Pasti tengah terbongkang!
Dalam bz,aku masih sempat membaca @ melihat-lihat @ window reading(adik beradik window shopping)
Kelab Vee99
Pasal Buluh
Chalet que
Perkara baru bila aku baca
IK
Spyz, citer sikit pasal aku spam forum Geng Jurnal. Menarik tu!
7 comments:
pernah gak dengar geng jurnal ni.. tak silap dia orang joint gak kat RAPAT MSJBOX hari tu men bowling...
kawasaki opppss kasawari,
GeJu ni lah bermula zaman kegemilangan saya! Hahahha..Perasan nak mampuih! hahahah! Tergelak besar otai Geju seperti Tok Rimau,Spyz,Jigo..itu hanya sebahagian aja..ramai lagi..Tak tersenarai namanya!
Uhuk uhuk..
Tersedak aku tgh makan tadi,
Ooo.. patutlah...
Siapa pernah lupa kisah ko spam forum dgn entry sebelum bukak jenel sendiri..
: )
Kim salam sama itu kak ungku n co..
spyz,
Ohhhhhhhhhhhhh aku ada sejarah kat forum. Aku spam apa? Aku tak faham.cuba kau terangkan..Serius aku tak tau!Cuba citer nanti aku masukkan entry...Serius aku tak tau.,.spyz citerlah...
Dorang dah balik arrrhhh!Dah terbongkang di rumah agaknya atau pun dorang tengah makan stimbot!
ouh..geng jurnal..
x penah reg pun kt c2..
hee..
yonna pun dulu sangat dicted dengan forum teratak anna abadi..
mesti akak penah dengar kan..
mcm giler la berposting dalam tu :p
but now no more :(
hee..
wahh..
akak ni err admin or mod ke kat forum tu?
oh.. ingatkan nak cerita apa..
seingat aku sblm ko ada jurnal, ko rajin pos entry kat forum gj (kira spam entry lah tuu..). lepas tu ramai komen soh ko bukak jurnal sendiri, then baru lah ko bukak yg kat diaryland tu..
sekian...
yonna- tak pernah terbabit apa2 kecuali meng'spam' di situ seperti abang Spyz (abang ...ahaks) kata!
Spyz- hahahha..takut habis aku dengar itu spam!
Post a Comment