Berangkat ke Kelana Jaya!
Not me but Ky. Tak sampai 24 jam berada di bumi Pangkor,kena tugas di sini lak kerana Protes 2008
Malam tadi bgtau pun selepas pukul 2 pagi. aku risau tapi sebab tugas kena faham. Bukan tak faham,aku sengaja tak faham. Saja suka provoke kat dia. Petang pun lepas basuh dua buah kereta,barulah kami pulang ke destinasi sendiri.
Walaupun penat kena gagahkan juga!
Ni aku tengah tunggu kedatangan seorang kawan@adik@anak2 aja. Datang dari kampar bersama keluarganya! Malam ni ada BBQ lagi!
Ni nak citer pasal Pinky, dah jauh dia jalan. Tak sangka begitu jauh! Dan tak sangka isi minyak untuk sampai semula pergi dan balik RM140 sahaja.Tol aja hampir RM100.00. Rabak jugaklah poket kami berdua. Yang penting Angah dah selamat dapat rumah untuk Tahun Akhir di UITM! Kami risau terutama abahnya,bila Angah nak motor untuk ke kampus. Aku dapat tengok Ky risau sangat dan aku pesan ngan Angah(masa Ky ralit tengok pokok dragon fruit) 'Tak palah Angah,tak yah ambil motor ya. Angah taulah abah masih phobia ngan kejadian Arwah Along.' Itupun Ky tunjuk tempat kejadian Arwah Along kemalangan tahun 2006 dulu. Aku dan Angah diam aja bila Ky tunjuk tempat tu. Aku ingat dia tak tunjuk tempat kejadian kemalangan dulu tu. Ternyata dia masih ingat lagi. Dia beritahu hari itu dia jumpaArwah di depan rumah mereka,benda tak baik berlaku. So ex wife dia minta surat izin mahkamah supaya dia tidak mendekati rumah itu yang masih dibayar oleh Ky. Kasihan padanya!
Angah seorang anak yang baik,pandai hormat orang! Aku harap dia akan jadi orang yang baik dan dapat kerja yang baik supaya boleh menjaga ibunya nanti. Yalah,emaknya masih solo lagi! Aku pun tak merasa apa2 perasaan pada emaknya sebab tak pernah personal connection ngan dia! Tak taulah kalau satu hari nanti!
Masa aku dan Emy gi ambil kek di kedai,Ky call bgtau dah sampai dan sedang cari tempat penginapan untuk kontinjen Lmt. Mesti dia seronok dapat jumpa kawan2. Aku suka kalau dia jumpa kawan2,cuma aku takut dia terpengaruh lagi. Tapi dia dah kena berfikir kan..kan..kan..dah tua merenta takkan nak suka2 lagi. Dengan aku tak nak pulak pi berpoya2 ,kalau dengan kawan2 ...hidup nyawa! Lelaki memang begitu! Dia pun tau aku selalu bebel macam tu!
Chalet aku penuh minggu ni. Sama juga seperti minggu depan. Harap dapat larikan satu bilik!
Berita terakhir (mungkin ini bukan yang terakhir) untuk malam ini. Aku risau tapi aku harap tiada apa yang terjadi! Ya Allah!Selamatkan lah semua!
Comments
Ko ni asyik asyik ngan ky ko tu? Jelus pulak aku. Ko pun tau aku dah instal cb,datanglah. tengah belajar sendiri ni nak pasang apa lagi. Aku buta komputer, IT, dulu ada secretary OK lah, aku sergah sikit siap lah kerja. Sekarang suma kena buat sendiri. Ok. aku pun suka begini. Sorang2. Ko oklah ada ky dimana mana. Mak Cik ko Ok ke?
Aku nak ingatkan ko, bacalah suma artikel baru aku bulan ni.
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
hahahahah! Jelus?hahahahah! Rileks la.
Pasal Cb, tahniah diucapkan. Yalah datuk,time senang kenalah senang lenang. time susah buatlah cara susah.semua sendiri.
*Makcik mana?
Aiyo datuk, dah baca dah cuma bahasa German tu yang buat aku serkap jarang clik button biru ke apa ke..nasib betul..