Powered By Blogger

Thursday 28 August 2008

Selesai segalanya

Akhirnya penantian berakhir. Gerak malam tadi dalam hujan lebat. Itu tidak mengganggu konsentrasi aku dalam perjalanan pulang ke Kampoh. Ditemani dengan salah seorang staff yang bercuti.
Hujan lebat membuatkan aku agak gerun dalam pemanduan yang sungguh berhemah namun terganggu dengan pelbagai sms dan panggilan. Terpaksa dijawab jugak! Tapi aku berkira2, mungkin kadang2 orang sibuk menjawab sms semasa memandu menyebabkan kemalangan. Ya ...betul cubalah.Cuba buat eksperimen ni. jawab sms semasa memandu. Mata akan memandang pada telefon bukan memandang jalan di depan. Oleh dari itu, perbuatan itu sungguh merbahaya! Dan jangan cuba2! Aku memberitahu kepada diri sendiri terutamanya!
Sampai di MN,call geng aku,kami lepak bertiga di satu kedai Melayu yang macam2 ada. Karaoke ada,Saloon rambut ada, kedai makan masakan melayu,Cina dan Siam semua ada. Lagi satu tandas awam pun ada ,tapi terpaksa ditutup kerana banjir oleh hujan lebat. Terpaksalah aku gunakan tandas besar di Saloon rambut tu. Kami tak menyanyi sebab aku dah biasa nyanyi dalam bilik gelap aja dan berair-cond. Chehhh..perasaan! aku cakap ngan Syah 'Sorry ,I tak nyanyi di tempat2 macam ini, sebab masa di Thailand I nyanyi di kelab2 aja' Cheh..gaya macam pompuan kabaret pulak aku ni. Alahai..aku bukannya gedik melebih2..cuma aku nak gembirakan jiwa aku aja!
Lepas duduk di kedai tu, macam biasalah kami pindah di kedai Sakira di Kampar. Tempat biasa aku melepak semasa berada di situ. Hmm..tak payah telefon kawan2 pun..Semua ada! Towkay bayar! Ex colleague aku yang konon nak surprise kan aku, awal2 aku duduk aku dah sampai. Apa lagi, buat show pontianak lah kami semua. Terutama bila mengompat bab ex sales manager kami.
'Wei kak, bila u mau balik sini tempat! U balik sini, I mesti nak kerja balik..nak tak? I tell the owner nak tak...?'
Eleh..mentang2 dia ada cabel ngan dorang, nak guna politik pulak.
Aku 'Tak naklah, jadi apa? jadi GM boleh lah? Sales sorry lah'
Dia : 'Apa kata kita tendang itu orang'
Bf dia aka tokey kedai telefon : 'Aiyoo..itu orang sy tengok muka dia macam bomoh tau'
Dia cakap Cina ngan Bf dia yang pemahamannya bermaksud 'Loh Kong kak pun kata macam tu'
Aku cakap 'Tui..tui..'
Bf dia cakap Cina lak ngan aku(mampus aku tak tau apa maksud '*&%*&%&"
Aku jawab : 'Wo pu chi tau aaahhh. Cik gu mati masa ajar akak bahasa cina. Sebab tu tau sikit aja!'
Hahahhahah..Melekek2 kami semua..itulah aku panggil show pontianak! Lebih kurang pukul 3 pagi baru aku balik ke rumah lama aku. Member serumah tu merajuk sebab aku balik lambat. Yalah aku pun sedih sebab nak jumpa dia lama2 dan juga nak angkat barang2 dari rumah tu. Sian dia banyak jugak dia kena beli barang.
Pagi2 aku bangun sebab udara di kawasan flat tu sangat nyaman bercampur pulak dengan hujan pagi. Hmm Sebenarnya dari semalam aku call Ky tapi tak dpt2. Aku dah mula berfikir buruk,terburuk dan sangat2 terburuk tentang dia! Rupa2nya ,telefon dia tertinggal dan dia tak tau mana dia letak. No aku memang dia tak hafal langsung.Teknologi telefon melalaikan manusia sebenarnya. Tapi bergantung kepada jenis2 manusia lah! Aku dah bunyi merajuk bila aku jawab tak apa ..tak apa..tak apa! Aku malas nak meroyan pun sebab aku bersyukur dia selamat. Sebab bila aku rasa kehilangan dia ,aku akan ingat balai,hospital dan kubur! Terukkan aku! Penyakit lupa dia semakin kronik.
Lori Na*vy sampai lebih kurang pukul 12 tengahari. so lepas dorang loading aku gerak ke akaun depart di hotel besar 9 tingkat tu. Staff aku 'Madam, kenapa tak kerja di sini. Best la hotel ni. Kenapa Mdm nak kerja di hotel buruk dan lama?'
aku cuma jawab 'Nanti bila kamu dah dewasa, saya kira kamu juga akan merasai kenikmatan hotel kecil dari hotel yang besar. Kamu masih anak2 lagi,mungkin kamu tak faham kalau saya cerita' Angguk2 aja anak kecil di sebelah aku. Slalu dia kena marah ngan aku akibat aku tak puas hati dengan dia dan kawan2. Tapi dia dah nampak cara aku ngan kawan2 aku yang sungguh gila akibat show pontianak. Aku ragging aja budak ni bila aku nampak dia ketawa aku tanya dia 'Kamu ikut sama ketawa,kamu faham ke?' Iya!Bisa sikit2! Hahahh!
Aku sampai lebih awal dari lori sampai. Aku boleh sapu2,lap lantai dan lepas tu aku terbaring sehinggalah sms diterima berbunyi 'Dh sampai IPD Manjung' alamak dorang dah dekat ni.
cepat2 aku hidup enjin kereta lah..konon nak sambut dan tunjuk jalan kat dorang. Bila bertembung,dorang tunjuk jari telunjuk aja. Aku pulak tak boleh u turn terpaksa pusing dan ambil jalan jauh. Aku call semula dorang. Dorang kata dah sampai depan umah dan dah mula punggah turun barang. Aiiitt.dorang lagi tau rumah aku tu. Bagi alamat aja dorang tau.
Lepas tu pi makan besaq, tanda terima kasih kat dorang. Kelakar juga dorang ni.Aku dah mula berfikir untuk buat costing untuk masak esok. Aku offer untuk prepare makanan utk event 3 kali makan. so semua aku dan staff di TB lah kena handle!
Esok lepas bangun baru boleh pi pasar.
Consignment dari Judin dan diterima. Terima kasih.

2 comments:

Ungku Nor said...

huh..ingatkan ada nak buat housewarming ke ape..buleh ar terjah.

hehehe

roserose*MrsYusof* said...

kAK uNGKU,

Tak palah jemput datang sini ajalah!