Friday, 15 August 2008

Meeting umpatan

Ady adikku, akak pun ada Bear tau. Belum buka lagi dari plastik ,sayanglah!

Meeting hari ni agak lewat,kena tunggu VIP dari kitchen baru mula meeting. Very VIP betul la orang tu. Dia agak tak puas hati dengan chalet aku coz katanya kita ada function makan last minute. Hmm..Tak ada bisness, GM haruk aku. Ada bisness,Kitchen lak haruk aku. Hantu betuiii. Apa lah nasib aku. Aku pun satu,napa lah tak lembutkan hati pi bagitau ngan dia. But the principle is who is he! And dia purposely not happy with the new Chef yang datang dari tempat kerja lama aku. Ohh! Katanya 'Slow and blur'. Dia tau kata orang slow & blur tapi..dia sendiri sangat slow..trutama bab food costing! Meeting diakhiri dengan umpatan2 sesama manager! Yang paling kelakar..mana2 hotel pun lah..kitchen semua gila! Itu aku setuju sebab masa hotel lama pun macam tu! Kitchen selalu buat hal!
Hari ni aku nya proposal project jadi very funny. Cari perkataan ARR dalam bahasa Melayu. Dah hampir sejam lebih befikir dgn panjang lebar bersama seorang akauntan dan secretary GM,barulah aku terfikir nak telefon ayah aku.
'Ayah ,apa 'average' dalam Melayu?'
'Hah! senang punya perkataan pun kak long lupa ke? Pukul rata lahhh..purata'
'ooooooooooooohhh, tq ayah!'
Ambik kau! Ketawa melekek2 lah kami semua. Cari satu Sitiawan dan satu Perak,tak jumpa2 perkataan tu. Kena cross Selangor,WP,Melaka,Neg 9,..jumpa Johor baru dpat tahu pasal PURATA!
Pelatih-pelatih baru di hotel dan di chalet asalnya semua dari Medan,Indonesia. Dan aku ajar anak-anak buah ku di chalet dengan menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris. Dan pihak HR dah pun beritau, budak2 aku agak ok walaupun tak seratus persen ok! Dibandingkan dengan di hotel,bila panggil yang menjawabnya macam hotel di Indonesia. Aku dan DO komplen dengan pihak HR. Aku beritau dgn DO di hotel supaya ajar secara macam kanak-kanak yang baru masuk sekolah.Yalah sebab beza budaya & bahasa. Tapi DO di hotel tu boleh kata
'Sorry Madam,I banyak kerja ,takkanlah I nak ajar satu-satu,nanti semua lambat' Secara halus dan lembut aja jawabnya.
'Then, macam mana nak belajar kalau tak diajar. Whatever,you have too!'
aku mengaku kalau masuk meeting,aku akan pastikan suara dan pendapat aku mesti didengari. Kalau tak jangan panggil aku meeting. Aku dah pernah cakap ngan GM 'I sound budak2 mesti ada yang komplen nanti..argghh dia manager di TB aja,sibuklah hal kami di hotel'
GM jawab 'No..you have the right and you are under my organisation!' Hmm..dapat green light lah ya.
Ky kena tukar di sini. Tetap di kawasan aku. Dan aku di kawasan jajahan dia jugak! Tuhan tak nak dia jauh dari aku. Apa yang aku mimpikan jadi nyata! Dari segi kenaikan dan segalanya. Dan satu hal yang perit pun jadi. Amat perit sampai aku tak sanggup menulis di sini. Cukuplah aku aja yang tau. Aku dah jadi blur pasal kami. Semakin hari semakin teruk halangan, halangan yang dicipta oleh diri dia sendiri. Yang nyata,dia selalu kata pada aku jangan buat keputusan terburu2. Aku bosan!

2 comments:

tony said...

what a sweet bear....lol

rosevsky said...

Tony,

You are everywhere in this whole world..Love ya for that!

Yes, that's the real bear for my birthday present. It was so sweet to hug everynight! Hahahah!