Powered By Blogger

Thursday, 14 August 2008


Thanks to Kak E kerana 'menganugerahkan' award. Cheh wah! Sejak 6 tahun berblog, inilah kali pertama dpt. Tapi tak pernah terlintas hati pun nak benda2 ni semua.
Whatever, thanks a lot.


Ini aku nak tulis kejadian yang berlaku 2 hari yg lepas sejak Jejak Kasih 2 telah tercipta peristiwa.
Kawan lama aku dari Melaka tu, Sz & Zk tidur kat tempat aku. Aku bawa dia makan2,jalan2 di Lumut. Dorang belanja? Bershopping mengalahkan orang pompuan. Sampaikan aku yang menunggu depa shopping pun naik bosan. Aku cuma beli sotong gula & sotong kering(opppss jgn silap) serta sikit ikan bilis untuk dibawa pulang ke BP. Sz belikan satu patung pooh ke bear(aku pun tak tau) yang ada label 'I LOVE YOU'. Ishh mana aku nak letak patung tu nanti. Dah tua2 dapat hadiah patung..Malu aja! Tapi aku tak sangka Sz beli. Dia sayang lagi la tu. Aku pun sayang dia gak..tapi apa kan daya! Hati aku dah kena curi dan tak boleh diminta ganti dengan Ky.
Aku dan Sz gi cuci keta untuk ..bersihkan keta aku yang dah nak berlapuk haruk..hari tu cuci lepas balik dari Thailand. Ini kali kedua dah. Sementara tunggu keta siap,aku tinggal Sz sorang2 kat tempat cuci keta sampaikan mamak2 yang ada tu dok pelik aku jap duduk..jap bangun. Yalah, aku macam tak selesa nak duduk lama2 sebab aku pernah datang situ ngan Ky and bila aku datang situ ngan Sz aku tak selesa.Eh orang mana kenal Sz,..aku aja yang rasa mcm lain.Hahaha! Mungkin sebab aku dan Sz pernah ada perasaan masa dulu2 tapi aku penah cakap ngan Sz kalau dia pinang aku, aku akan terima. Hahahah.Aku saja cakap macam tu sebab aku tau Sz takkan nak aku. Sedang dulu2 pun dia kecut ngan aku apa tah sekarang ni. Dia tiada perasaan itu, 'Aku ni sapa,sapalah nakkan aku ..aku cuma despatch boy,kau sekarang dah berubah' ,itulah ayat yang selalu dia beritau aku. Alahai,dia tak nak aku,pandai lak ayat aku ayat bodoh macam tu. Dia jugalah yang pernah terima warning dari orang yang bankrapkan aku dulu. Orang yang bankrapkan aku tu, sangat cemburukan aku dgn Sz. Aku dan Sz selalu kuar sama sebagai kawan tapi akhirnya bertukau jadi lebih dari 'Hanya Kawan'. Dia tak boleh makan dan main bola kerana aku. Dan aku cabar dia untuk teruskan hubungan kami setelah aku tak tahan dengan permainan gila orang yang bankrapkan aku tu. Aku kalah. Sz kalah. Teruk2 kalah..dan akhirnya kami berpisah. Dan berjumpa semula dan dia sudah jadi lain orang,begitu juga aku. Aku tak tau siapa ada dalam hati dia dan aku juga lupakan segalah yang indah. Walaupun aku pernah terbaca kisah dia dalam suratkhabar. Dia dah penah jadi somebody dan aku jadi terlalu merendah diri. Kami masih berhubungan baik melalui telefon. tapi Perasaan yang lebih tiada lagi. so kami stay as a friend. Better than nothing!
Tapi dialah orang yang pernah aku cabar supaya pinang aku masa tahun 2000 dulu. Masa tu mungkin sayang dia kat aku tak terkira ukurannya, dibandingkan sekarang ni dah tinggal nipisnya 10 mm aja.Heheheh..boleh diukur ke? Memang tak boleh ukur cuma aku nak ibaratkan aja! Apalah korang baca pun korang mesti sedang ukur berapa tebalnya 10 mm. Hahahah!
Sejak 2-3 minggu ni aku bermasaalah ngan Ky yang sibuk pasal kerja. Aku sakit hati sampaikan aku balik BP pun aku tak dpt beritau yang betul. Aku cuma beritau ngan dia kawan lama aku dari Melaka datang melawat. Hmm..Ky tak kisah dan tak cemburu langsung! I wish aku boleh take advantage on that but..I loved him so much and I don't have the gut to do that also. Aku????Ishhh sungguh banyak berubah sekarang! Tak seperti dulu2. Eh awat citer psl hal dulu lak.
Bertolak dari TB lepas makan malam lebih kurang pukul 10.00 mlm. Mula2 Sz drive tapi aku naik risau bila dia asyik menguap dan berair2 biji matanya masa di area Tg Malim.
Aku: 'Oii..Ko ngantuk ya. Bagi aku bawa lah. Ko tidur ajalah syg!'
Dia: 'Mah!Ko bawa slowlah.Tapi takpalah,ko bawa nanti kalau ko ngantuk aku ganti'
Wahh..dah ada ayat pembuka perasaan nampaknya!Yalah mungkin dulu2 selalu very caring to each other!
Zk kat belakang 'Korang ni jap baik,jap bertekak..Kelakarlah!'
Bila bertegang urat dalam masa bawa kereta ni pun jadi! Bila cakap baik,kalahkan orang bercinta! So aku pandulah kereta slow2. Aku tak suka betul dia tegur cara aku bawa kereta, Bosan aku kena pot pet pot pet! Yalah aku tak pernah pandu keta di seblah Ky.Dan aku tak penah kena leter ngan Ky. Bila Sz pot pet pot pet dalam hati aku 'Nasib baik kau bukan suami aku!Dah lama aku tinggalkan ko tepi jalan ni.Nak bebel2' Aku dengarkan lagu dan buat2 nyanyi tanpa sebut lirik yang betul. Bila dah tidur barulah dia diam mulutnya. Tiba2 tegur aku lagi 'Mah kau ni napa?Muka masam?Bad mood kenapa?Mah,kalau ko ngantuk,ketepi lah,biar aku bawa' Laaa.
Aku jawab 'Laa..napa kau tak tidur? Tidur ajalah,aku tak ngantuk lah. Duduk diam2 ajalah kat sebelah aku. Takkan aku bawa sambil nak senyum2 lak,dahlah korang berdua tidur'
Sz 'Dahlah bagi aku bawa lah..kau bawa pun laju tak consisten. Ngantuk cakaplah ngantuk!'
Mengomel pulak dia ni. Aku buat tak tau aja.
Dia tukar stesen Hitz.FM dan dia tau lagi apa favourite music aku.
'Mah,aku ingat lagi ko suka muzik ni.Best kan..Dengar lagu2 ni.Non stop!Best kan?' Hmm..sahlah mamat botak sebelah ni nak pujuk aku! Biarlah dia.Aku layan sebab aku pun nak dapatkan mood best sambil driving. Kita berenti untuk minum,aku tak ingat mana. Cuma aku drive sampai Ayer Keroh seblum hand over kat dia. Lepas minum kat depan MITC (berubah sungguh Melaka-aku tak sangka)Pandai & bijak Ali Rustam. Sz bawa terus ke area rumah dia di Teluk Mas. Laa..mamat botak ni duduk Teluk gak! Samalah. Lebih kurang 4.30 pagi aku gerak dari umah dia dan sampai di depan rumah mak aku tepat pukul 6.15 am. Sz telefon untuk pastikan aku dah sampai. Oklah..fine with the phone and I won't ask for more from him. No more! Aku tak ada jodoh ngan dia! Mak dan ayah memang terperanjat. Tapi aku bagitau aku selamat sampai! Ok. I need a break for few hours or I will knock out. Yalah dalam keta hampir 8 jam lamanya.
Aku hanya duduk berehat dan petang2 baru dapat jumpa semua adik dan anak sedara. Gi keluar jalan2 ngan dorang. Then melepak kat kedai NSM ..hmm tak berapa best. tapi aku dan Ajun buat lawak gila2. Mak dan ayah kami tinggalkan di rumah. Dorang bisness telur pindang so ada kerja lah nak dibuatnya! Kami tapau aja untuk mereka.
Pagi semalam barulah aku dan mak ayah serta adik lelaki aku dapat bersarapan pagi bersama. aku risau tengok adik lelaki aku agak beremosi cuma aku tak layan sangat emosi dia. Aku buat lawak2 aja supaya keadaan tak tension. Alhamdulillah. Aku harap dia dah berubah sebab dia dah mula bekerja tapi yang tak bestnya dia mengikut kerja seorang ahli politik di BP yang aku tak gemar sangat orangnya. Biarlah,asalkan mamat boleh jaga adik aku ngan baik aja.
Mak dan ayah dah mula risau sebab aku akan drive sorang2 dari BP ke Teluk Batik. Well, aku beritau mereka jangan risau. dorang risau,aku lagi 10 ribu kali risau. Entah macam mana, GM aku call dan aku offer untuk ambil dia di R&R Sungai Buloh. Aku dah tau GM mesti nak tumpang aku cuma aku tak bgtau kat my parents. Bila mak dengar aku cakap ngan GM aku, mak aku urut dada betul!Isshh,.memang aku nampak mak aku urut dada. Lega lah tu!Aku pulak memang tak terfikir untuk bawa mak,ayah dan Ajun pun sebab aku tak nak susahkan mereka. Aku start dari BP tepat pukul 1 pm dan sampai di Sungai Buloh sebelum tambah lagi RM50.00 petrol untuk teruskan perjalanan. Laju jugak aku bawa. Tak taulah kalau2 ada speed trap mungkin aku kenalah agaknya. GM aku dah tunggu lebih kurang 3 jam sebelum aku sampai. Heheh. Baik dan setia sungguh GM aku. Kami terus gerak dan sampai ke hotel lebih kurang 7.30 pm. Aku drive 1-5 pm~4 jam. Dari Sg Buloh ke Sitiawan 5.15 pm- 7.30 pm~2 setengah jam. Alhamdulillah!
Aku balik terus menuju ke PC. Hairan!Napa off pulak. Budak2 ni kan kaki internet gak! Hmmm.Dua tiga kali aku reset on & off. Masih macam tu. Ahh! malas nak cuba lagi terus balik bilik dan knock out! Aku tengok budak2 takut ngan aku lak kali ni,mungkin sebab sebelum balik aku dah sembur sorang2 sebab dorang buat hal! Sampaikan Sz kata siannya budak2 kena marah! Ahhh..Sz mana tau apa pun!

No comments: