Sunday, 24 August 2008

Kantoi aredi!


Aku paling tak suka kalau perbuatan 'menangkap'! Sebab aku takkan boleh control mulut aku yang sangat laser kalau sapa2 tertangkap oleh aku. Selalu aku 'menangkap' KY...tapi hari ini aku menangkap seluruh trainee aku. Aku tahu dorang tak buat apa2 pun dan kalau kalau dorang buat apa2 pun,I dun bloody care as long as kerja beres.
2-3 hari ni,trainee lelaki dari hotel ada 3 orang menginap di hostel di chalet dan bersebelahan dgn bilik pompuan 5 org tu. Dah dua hari ni aku tengok budak2 trainee ni mengantuk aja. Tapi aku tak pk apa2 buruklah.
Entah macam mana,angin gila baik aku sudah datang. Aku bangun pagi2 pukul 6.30 pagi tadi. Buat rounding check sorang2 sambil tutup lampu2 sekeliling chalet. Yang best tu aku masih berbaju tidur malam tadi.. Tshirt lengan panjang merah dan kain batik Indonesia lagi! kain batik yang aku pun tau aku..bila2 masa boleh terlerai. Memang dah agak dah.Nasib baik gelap dan tak ada orang nampak pun. Kirakan ini exercise pagi2lah. Tergerak pulak hati aku menuju ke belakang kabin budak2 tu. Sedang aku tutup lampu,aku terdengar suara budak2 lelaki dalam bilik budak perempuan.
Dengan selamba aku terjah bilik budak2 tu,pintu terbuka. Aku tunjuk2 aja kat sorang2 budak lelaki tu sambil suara kan 'Awak!Awak!Awak ni..apa hal ada dalam bilik ni?' owwwhh sorang budak bersuara
'Madam, si orang tu kena ganggu.'
Aku : 'Apsal tak panggil saya ?'
Dia: 'Kami tak mau ganggu Madam tidur'
Aku: 'Siapa ganggu?'
Dia: 'Hantu!'
Aku: 'Nampak ke? Jangan nak mengarut lah kamu semua. Saya tak boleh terima mengarut kamu ni'
Aku terus balik ofis. Sambil beristifar,aku hairan kalau betul perkara tu jadi pasti dorang panggil aku. Dorang panggil budak2 lelaki tu untuk apa. Siapa yang mengurus tempat ni?
Aku jadi kecewa. Aku tak kisah kalau dorang apa2 pun tapi atleast beritau aku.Aku dah janji ngan diri aku,aku takkan bagi muka kat dorang lagi seperti masa mula2 dorang datang. Dorang tengok aku berlembut aja, sebab tu cuba nak pijak kepala aku. Bila pikir mungkin budak2 lagi sebab tu macam tu. Hmmm ..aku dulu,bercakap dengan budak lelaki pun kena jerit dengan arwah moyang aku masa umur mula menggatal dulu. Hahahah! Ahh malas lah citer pasal masa kecik2 dulu.
So aku interrogate sorang yang masuk pukul 8 pg. Dia pun citer lah macam2 citer. Aku dengarkan aja. Sorang lagi masuk pukul 9 pun aku tanya lagi. Citer sudah lain. Akhirnya aku jawab 'Korang ni jangan nak menipu. Malam tadi memang angin sungguh kuat. Pokok2 dan daun2 tiup2 membuatkan satu suara yang sungguh indah. Itu pun kamu dengar kamu kata budak menangis. Lagi satu tempat kita ni penuh dengan guest. Biasalah kalau dengar budak2 menangis. Bunyi anjing,bunyi monyet dalam hutan tu tak kira lagi. Kami semua jangan nak mengarut! Saya tak boleh percaya sebab kamu tak panggil saya, dan saya anggap kamu semua mereka-reka saja cerita kena ganggu dengan hantu' Macam mana aku nak percaya,sorang kata si A aja yang kena ganggu, yg sorang lagi kata 3 orang dengar bunyi yang aneh2. Dorang ni memang nak cari pasal ngan aku! Aku memang naik angin dah! lelaki2 tu konon dipanggil supaya menjaga mereka! Alasan sungguh! Aku tak boleh terima tu semua. Memang aku tak boleh terima! Aku tak suka kena perbodoh2kan macam ni. Dah lah kena ngan budak2 yang sebaya dengan anak tiri aku! Don't bull shit the bull shitter! hahahah!
Kesian!Hantu jugak yang dapat nama. Hantu dengar pun marah macam ni. Tapi hantu jangan kacau aku pulak malam ni ya!
Aku tak lama tunggu di chalet. Lepas makan roti kismis N kaya Pandan,aku ngan my officer pi Billion. aku teringin nak makan laksa sebelum puasa ni. Alhamdulillah. Lunch ngan laksa berserta fresh kasturi lime campur oren. Sedap dan masam gila sampai berkerut kulit muka yang hampir berkedut seribu sebab tak kena botox! Hahah..merapu sungguh aku arini! Then kami ke hotel dan ambil stok apa yang patut. Repeat ngan OAM aku,Nescafe panas dan French Fries. Aku report ngan OAM pasal budak2 tu. Hari ini sapa yang tak greet aku ,semua kena tegur. 'Kamu belajar apa?Jumpa orang tak mau wish ke. Lain kali sebutlah Selamat Pagi atau Selamat Tengahari..ini terus lari(aku lebih maksudkan 3 orang lelaki di F&B tu,yg tersengeh2 aja tengok aku leterkan kawan depa)' Aku toleh kat depa 'Korang pun lagi teruk. Dah buat salah,langsung tak cakap apa2 ya!Apa yang sekolah ajarin kamu!' Apa lagi aku pot pet pot pet. aku memang geram dgn 3 orang budak2 tu..Dorang punya pasal satu hotel yang ada 11 orang trainee jadi mangsa leteran aku. OAM komen 'I dah tak larat nak tegur,nanti naik my high blood. Nasib u ada,ros. boleh ganti GM.Itu yang GM sakit dada ngan budak2 ni.' Aku anggukkan aja. GM sebelah aku 'I tak tahan wooohh. I bagi chance 2 minggu ni aja. Kalau dorang tak ok,we send them back home.' Aku 'membatu apikan aja.' Bagus lah macam tu,tak lah kita pening!
Then terus balik ke Chalet TB.
Eksyen aku terus berlaku! Aku suruh semua orang all out kerja kan bilik dan juga public area. Kira stock linen dalam store lagi. Dirty laundry by 6 pm mesti siap. Sambil dorang semua buat kerja,aku mengupdate blog lah ni..Hahahah. Kejam punya manager! Yalah takkan aku nak buat sama2 ngan dorang. Karang dorang cakap silap sikit,aku cantas so baik aku jauhkan diri dari mereka! Apa guna aku ada officer dan sorang maintenance yang boleh monitor dorang tu.
Aku tengok makanan yang dorang masak ada atas meja..Jemput aku makan tapi..takkan lah aku nak makan lagi. Nasi tu..aku dah beli fruit pie,donut & cream puff utk mkn. Dah telan fruit pie(tu yg tak ada gambar) * 1 cream puff. Donut tak mkn lagi. Biarlah dulu. Nanti shai kata..banyaknya makan.,.setiap sejam makan aja! :)

*Iklan sat..ini yg aku makan kul 6 petang ni.

No comments: