Saturday, 30 August 2008



Semalam aku sungguh busy sebab aku tak mau menyusahkan bahagian dapur dari hotel. Selama ini jika ada hidangan makanan,biasanya aku akan eksport aja dari hotel. Tapi kali aku nak handle sendiri bab serving food. Aku sendiri yang masak. Tak percaya ke? Percayalah!


Lepas penat masak posing ngan organiser yang sebaya anak Ky.

Mula2 panggil aku Kak, lama2 terus melekat jadi Makcik! Aku tak kisahlah.


So semalam dalam busy2 pun aku dapat entertained anak angkat Ky yang bercuti dari Pahang! Ex-staff aku pun sebenarnya. Aku racun dia sampai dia tak balik pulau.
So banyak lah perkara kami dapat bualkan.


Malam2 pulak, selama ni aku dan DO dan sorang lagi staff selalu berkaraoke jamban tapi...semalam kami dah melebarkan sayap ke tempat yang agak ok(better than karaoke jamban) even tak ok pun. Aku layan angau(seperti kata lawa!) aja. DO aku pun menghasad dengki kan aku dengan lagu2 yang jiwa2 habis. Aku tak kira, ko orang bagi aku lagu apa pun, aku hentam. Paling best aku bawa,(tahap perasan lah ni) lagu Shima dulu tu..teringin. Bila DO rakam video, tapi 5 saat aja yg dapat sebab battery punya kuasa sudah tahap malas nak melayan perangai2 gila manusia yang gila mikrofon. aku pun layan kepala dengan merakam gelagat kami semua! Nak tengok pada album Multiply ajalah! aku memang suka berposing. So sejak ada telefon kamera En lapan dua, aku selalu tinggalkan kamera Samsing oppss Samsung tu. Ternyata aku sungguh puas hati di kala ini tiap kali berposing dan rakam orang berposing! Tapi aku tak minatlah jadi photographer cuma suka tangkap gambar aja.!
Occupancy di sini 130%! Dari mana datangnya itu 30%? Datangnya dari tapak khemah. So hari ni dalam cool aku kena jaga telinga aku sebab di sinilah akan berkumpulnya monyet2..oppss mat-mat rempit yang akan bersemangat patriotik tahap tertinggi Malam Ini!

No comments: