Grup kepala rimau ada buat karnival sukan di Langkawi so kawan tu pun ada. So terlanjur dah ke utara, dia pun berniat untuk singgah di Lumut ni. Yang bestnya dia tak tau apa bas yang perlu di ambil dari Perlis and aku lagi tak tau(10 x) mana tempatnya. Tapi bijak jugak kawan kesayangan aku sorang ni..dia tumpang bas kontinjen Perak. Hahah..berenti pulak kat Medan Gopeng.
So dari Lumut aku gerak pukul 10 mlm dan smpi Medan Gopeng pukul 12 mlm. Oklah tu. First time drive jauh tu.Sesat dlm pekan Batu Gajah lagi..Bengong nya driver..Aku la tu! Tunggu dorang tu sampai pun dekat 45 minit. aku ingat nak ke Kampar aja lepas ambil dia orang..tapi memandangkan mana aku nak sumbat dorang tu..terpaksalah bawa balik ke TB jugak.
First impression jumpa dia, sampai aja dia terus buka bonet isi beg2 plastik yang katanya banyak sangat tu.
1) Oiii..main buka aja keta aku..Bagi salam tak nak..Kurang ajar!
2) Eiii..napa kepala botak hah..tak nak aku jalan ngan ko!
Dia;-
1) eeeii..ko dulu halus aja napa sekarang ni..
2) Ni lah taiko Melaka dulu,kepala gangster di bank...
Aku;-
1) Eh bukan ke tukang masak ko di Melaka dulu.
2) Ko pun pengikut kepala gangster ni..ingat tak aku jadi ketua,ko orang bawahan aja.
Kelakar bila kita cerita.Aku ingat nak suruh dia drive. Last2 dorang duduk kat belakang. Tapi bila balik, kejap aja sampai tak sampai 2 jam dah sampai chalet.Trainee aku kat sebelah dah terlentuk2, last2 aku sorang2 aja yang cakap sorang2 dan nyanyi sorang2.
Aku akan ikut mika balik Melaka and aku terus balik ke Batu Pahat. Sebelum gerak, pi cuci keta kat tempat yang Ky dan aku pi hari tu. Workers tu tengok aku ngan mamat botak tu. Hmm..gasaklah. Mamat botak tu kawan aku..apa aku nak kisah pun. Apa pun aku gembira dapat jumpa kawan lama aku tu. Even tak ada apa nak citer sangat pasal hati dan perasaan pun, still we're happy to be friend together. Selama ini dia sahaja ..dia sorang aja yang sentiasa berhubungan dgn aku sejak aku berenti dari grup kepala rimau tu. Apa pun aku dah btau Ky yang aku akan pi berpoya-poya @ merapu ke Melaka bersama mamat botak dan kawan dia sorang lagi(teringat thn 96 dulu,dia kacau aku sampai aku tak leh berlatih sukan langsung masa sukan antara bank2 di Melaka). Hahahha..Terperanjat dia tengok aku..Memang dulu ko halus, sekarang tak halus lagi. Tapi kasar kau tetap macam orang Melaka. Hahah..Kasar aku sebab aku tak nak korang buli aku laaaa labu!
No comments:
Post a Comment