Friday, 8 August 2008

What a Date ? 8/8/08

For Roger,

Happy Birthday!

8/8/88

'Awak, nanti 20 thn akan datang kita jumpa ekk..kita buat reunion untuk kelas kita ya'

'Aa ah..nanti kita mcm mana lah rupa kita time tu..Ko anak ada 5 kot..Aku tak tau lagi kot..mungkin ada anak 4 kot..jgn anak orang sudah lah'

*Ya itulah ,kata-kata aku dan seorang rakan..(dah lupa namanya) dan hingga saat ini hanya 2 orang aja yang masih berhubungan dengan aku. Yang lain.tak tau di mana..

8/8/08
Pagi2 aku dah dapat signal baik. Alhamdulillah! Aku sangat lega. aku off day hari ini.

Ky call time aku tidur lagi..dalam pukul 10 pagi. Dia kata dia balik 4 pagi. and Mungkin hari ini dia balik jumpa aku dulu sebelum balik pulau. Ada 2 IP nak diserah ke ofis negeri. Huhuhhh..sejak2 ni..mengalahkan Pak Lah pulak kerjanya. Buhsan sungguh! Itu hari ada pantun bodoh untuk aku ' Saya pi tukar Jerantut, dapat isteri bantut & saya suka kentut' Chehhh..Rupanya dia sakat aku tu.
Sambung tidur balik...pukul 11 staff FO aku ketuk pintu bilik aku lagi.
' Madam, ada orang datang nak jumpa..' Saya off lah.. Aku terkejut orang MPM datang untuk sita tempat aku ni. Masya Allah! Aku capai apa yang patut aja...dan terus keluar. Tapi mulut aku tak terkeluar apa pun..Tengah mamai..terngah terkejut. MPM niii...kenapa sebelum ni tak ambil tindakan ..time aku ada baru buat hal..Secara kebetulan kot..
Call boss aku..hmm..dia bengang ngan MPM. Hari tu setuju ngan cara pembayaran yang telah diproposekan. tiba2 hari ini jadi lain gak. Aku rasa dorang ni tak cukup gaji atau bila dah tukar kerajaan baru. Dorang kena jadi bertegas gila...Katanya dah tukar YDP baru tu yg jadi mcm tu...
Tak tau lah aku nak komen. Tapi apa2 hal..aku kena sabar dulu.
Esok????? Tempat aku kena sita,tapi booking penuh gila...keluarga abang Ky pun dtg..jugakk! Aduhhhh..Napa malu ni dapat pada aku!
Tak pa mungkin ini nak menduga kami semua! Harap semuanya ok!

Guard tu 'Saya diarahkan untuk suruh semua orang keluar dari tempat ini'
Aku(kepala otak betul si botak ni--nak tunjuk gangster ngan aku ya..): Eh, saya tak dapat arahan macam tu pun. Kalau encik ada di sini,apa yang kami boleh buat'
Guard tu:'Ok ..tunggu!'
Nasiblah ,kau nak berkasar ngan aku. Ingat aku takut! Tapi aku risau
________________________________________________________
Tepat pukul 5.30 ptg, GM arahkan kami koyakkan segala red tape & poster tu..Itupun setelah beberapa kali guard yang diarahkan oleh MPM datang.

Tangan aku dgn eksyennya mengoyakkan poster disita itu. Aku tak malu pun aku koyakkan sebab aku tau ada political reason disebalik tindakan MPM itu.Staff aku sedang mengoyakkan red ribbon tape di sekitar kawasan.

Benar sangkaan ku..ada political reason! Ada sebahagian manusia yang cuba memonopoli dari masaalah yang timbul ini. Ya dorang propose untuk ambil alih tempat aku (bukan aku punya) sebab dorang nak handle seluruh hotel2 dan chalet2 di Teluk Batik. Dahsyat kan..Ikan jaws nak telan ikan bilis.
Apa pun Alhamdulillah!

No comments: