Powered By Blogger

Sunday 7 September 2008

Makanan utk berbuka Semalam!


Mee goreng dengan rencah fish cake dan telur,cili dan sayur kobis pun aku boleh goreng. siap satu menu!


Atas belas ikhsan Chef di hotel,aku minta tapau paru yang dia dah potong dan rebus sekali. Dapat aku bawa balik ke chalet, aku goreng semula sampai garing-garing dan buat Sambal Paru campur rempah kari..Aku boh aja apa yang ada! Jadi jugak!


Kawan aku check compressor unit luar tu. Nasib baik ok. Dia tolong bersihkan filter di unit dalam. Tapi aku tak on pun aircond malam tadi. Aku dah terfikir kalau on 1 jam 30 sen, kalau 8 jam-10 jam= RM3.00 darab lak ngan 30 hari= 90 hinggit.,.taknaklah tinggi sangat bil tu. Kalau boleh nak kurang RM20.00 aja. boleh lah free setahun! Iya ke boleh dapat? Ntah betul ntahkan tidak


Langsir yang tinggal utk di gantung aja ni..


Tambahan -Goreng sayur baby kailan lagi! dan juga Tauhu telur seperti gambar di atas.


Ikan kering bulu ayam pembuka selera di bulan pose yang mulia ini! So semalam lauk2 ni dimakan dengan nasi putih ajalah. Sebenarnya segala persiapan makanan di atas dibuat semasa black out. Call 15454 dia kata dalam masa 3-4 jam baru siap. Mula black out pukul 5.35 pm. Aku dah resah risau jugak duk dlm lampu suluh yang sudah dicaj dan tak tau bila boleh padam. Alhamdulillah.

Kami semua berbuka dalam lampu samar2 aja. Aku balik sebelum TNB on letrik. Takkan nak tunggu. Sejak puasa ni aku lebih banyak keluar dari chalet. Lebih banyak masa di hotel dan juga di rumah lah.
Dalam bulan puasa ni napa mesti ada yang nak kaitkan hantu2 ni. Aku tak suka lah. Aku pesan kat depa ,jangan ingat sangat!

Dlm facebook.
Bangun sahur dengan begitu semangat. Panaskan nasi dan lauk berbuka yang telah ditapau sebelum pulang ke hotel.
Dah lama tak minum kopi, terasa lak nak minum. Ada nescafe,kopi TA,kopi KF dan juga Kopi Gojira. Hmmm..Goji Goji..teringat kat orang tu.
Selesai segalanya yang yang perlu dibuat. Tak boleh tidur la pulak. Main game pulak.Tak ngantuk jugak. Laa..betul la agaknya kopi ini boleh terangkan mata. Terus kemas2 baju2 yang dalam kotak. Transfer ke dalam gobok. Dah penat baru rehat.
Wah betul lah kata dia, Kopi Goji ni bagus. Sayang, belikan lagi 2 kotak. Boleh? Masuk akaun dulu ya!

Tengahari Ky btau tak kerja, sebab MC. Aikk baru semalam aku kata 'Kalau tak sihat ,buat apa nak kerja. Pi lah hospital ambil MC' La..dia buat betul2. Lurus betul la dia ni. Suara dia agak teruk..hmm..tak apa yang boleh aku buat. Hanya bantu dengan doa aja! Aku lak pukul 3 baru masuk kerja. Memang malas betul nak kerja!


Cuba pi sini: http://www.h2hglobal.com
Username : visitor
password: 123

Tengok2 mana yang berkenan.

2 comments:

Ungku Nor said...

Sayang..ai pun nak terai kopi goji tu buleh?

nak test power..

HAHAHAHA ;p

roserose*MrsYusof* said...

Kak ungku,

Anda psti dengan keinginan anda?
Anda tidak akan menyesal?