Powered By Blogger

Friday 5 September 2008

Internal Hearing Court!

Semalam aku berbuka ngan Ky di hotel cafe. Dia dan pemandunya. Datang ngan uniform lagi. Aku rasa segan lak nampak macam begitu formal.Tapi tak palah,at least dia ada terbuka hati nak makan sama dengan aku.
Sejak aku buat gila tunggu dia malam tu depan balai. Baru dia tau..tapi aku tengok kerja dia agak senang..pusing sana sini tapi..tak berhenti kesnya! Tak masa di pulau dulu.
Malam semalam, orang yang menyusahkan hidup aku sampai sekarang(adil ke aku panggil dia macam tu). Sedikit dari nota di facebook!

Orang JB tu datang lagi menyusahkan hati dan perasaan tapi aku tak boleh tolak mentah2. Kena berhati2 mana tau kalau2 dia kenakan aku pulak. Tapi napa dia nangis teresak2. sedih ke? Ntah lah..Gangguan betul! Yalah sampai aku pening kepala sebab menangis gila2. Aku pun tak tau nak kata apa. Dia kata selesaikan masaalah aku dulu,then fikir untuk masa depan! eh apa ni?
Aku tak pernah terfikir untuk kembali pada dia. Tak mungkin. Terlalu menyakitkan hati bila ddingatkannya. Tak mungkin aku boleh cuba kali ketiga dengannya. Manalah aku nak campakkan Ky di saat kami merangkak2 untuk mencapai bahagia.

Aku bangga dengan tawaran dia yang tak masuk kepala aku tu? Sikit pun tak cuma aku ralat.

Gangguan seksual yang berlaku telah sampai ke penhujungnya!
Tamatkan sahaja itu lebih senangkan!
Kami berjaya memutarbelitkan statement dan menyelamatkan diri sendiri.
Wah! Lagak seperti polis dan peguam! Yang penting semua selamat dan tidak akan menyusahkan sygku di balai bila dapat kes hebat ini.
2 orang itu telah kami tamatkan kerjaya mereka di hotel tu. Habis aja sessi, AOm sempat usik aku 'U memang ada gaya..gaya polis soal orang.' Aku jawab 'gaya polis memang ada,lebih besar pangkat sikit dari Ky ya,.nak jadi polis tak leh sebab pendek..jadi penjahatlah boleh'
Tapi aku tak boleh jadi penyiasat sebab aku boleh jadi emosi sambil mata bergenang dengan air mata. Nasib baik tak menitik air mata tu. Nanti batal puasa lak.
Petang ni aku berbuka sama Ky lagi. Tapi tak mana lokasi lagi. Jangan dia suh aku pi cari kedai kat kampung2 tempat dia ronda dah lah. harus aku sesat di Sitiawan nanti.

2 comments:

Ungku Nor said...

hahaha..
susah jadik artis nih. ramai bebenor peminat.

seb baik akak tak jadik artis.
ahahahaha..;p

roserose*MrsYusof* said...

Kak Ungku,

Hmm..peminat kepoh lah!hahahhaha