Finally something happened!
Masuk hari ke tiga,macam2 yg aku nampak dan hadapi.
Function yg sepatutnya didekorasi awal2,tidak dpt disiapkan dgn sempurna.Bayangkan dekor belon dan backdrop hanya dpt disiapkan sejam sebelum event yg mula pukul 10 pagi. aku tak tau nak salahkan sapa,
and paling kelakar aku dpt report 'Kami bz,tak mcm sales dept duk tak kerja' Aku yg tercongok depan mata ni tak diberitahu yang mereka tidak mempunyai masa dan cukup orang.Aku ni dianggap mcm angin lalu agaknya.Kalau dorang inform,at least aku ada contingency plan dgn panggil 2-3 org staff utk tolong blow the balloon atau pun apa ajalah. Bila aku tanya salah sorang staff F,dia asyik tunjukkan body language yg dia bz,tp semalam balik kul 11 mlm.Dan aku pun tengok tiada apa yg dibuat dgn dewan tu.Aduhhh.
Hari ni staff aku dah argue dgn banquet exec,coz of decoration yg tak bebaloi tu.sdgkan guest bayor 150.
and that BE proposed to refund the guest.Senangnya cakap.Tapi aku setujulah refund memandangkan the decoration is suck...cekik darah langsung.
Sedangkan function tu nak merayakan 7 pasang pengantin tua yg anggun2 dgn gaun dan tuxedo masing2.Belon hanya ada sekitar pentas yg aku agak tak sampai 30 atau 50 biji belon.Separuh hari staff2 sales aku arahkan tolong buat dekorasi di bilik satu lagi utk malam punya event.So kami mulakan,nanti banquet staff sambung benda2 yg patut dibuat. Dah senang aja kerjanya.tapi kul 5 aku pi makan,dorang tak mula pun gantung belon2 tu..backdrop dan juga atas stage punya dekor,kepala otak aku yg tak creative lak yg buat.Hmm..seni apa yg timbul ,aku pun tau. Yg penting,it looks so sweet.Perasan jap!Organiser function utk malam ni ,mcm2 hal pulak cikadaknya,tp macam biasa aku tetap pentingkan customer.Guest dah bayar,kenalah beri apa yg berpatutan dgn apa yg dibayar.Bila cakap ngan staff sorang psl tambah stage,dia mcm naik angin.Biarlah,customer awal2 dah cakap ngan aku,aku tau time tu stage 1 set lagi perlu diambil dari bilik pengantin2..so kena tunggulah function abis.
Pukul 6,aku minum di kedai mamak dgn CD,so balik ke function room tu,guest dah ada..n belon2 yg staff2 aku siapkan telah pun digantung di syiling dgn gunakan dbl tape. Tapi nampak simpang siur.
aku pun rasa mcm dah agak lega,tp dikejutkan isu Yee Sang ,katanya pihak yg buat Yee Sang,tak tau psl Yee Sang.Bankuet staff yg asyik kata bz2 tu siap lah tanya 'Kak tak btau Jo ke psl Yee Sang?' Aittt..event order dah awal2 diedarkan.lagi sekali aku pening..
Sha kata biar ajalah kalau guest complaint,tp aku yakinkan dia mesti cukup sbb td aku dh sign kebenaran depa guna duit f/o utk beli yee sang,so mcm mana tak cukupnya aku pun tak tau.Sha ajak teman makan di Cafe,dan aku tegur budak bankuet tu 'takpa lain kali akak bgi eo kepada semua ya' Dia jawab 'bagi semualah akak,sy memang bengang dgn sales dept'Wah ini sudah lebih,dia kata 'tak suka f,m,jgnlah babitkan staff,kami bz,sales bukannya ada kerja' so aku kata 'kalau tak leh buat,napa tak btau' dia kata 'alah perkara dah jadi,boleh lah cakap mcm tu,akak ni boleh jadi kawan ,tapi bab sales teruk' so aku jawab 'akak tak suruh pun awak org kawan ngan,tak yah kawan.' hmmm..lama2 aku fikir,tak guna aku layan org mabuk mcm tu,aku terus pergi dan tinggalkan cafetaria.Sha pun cuba kata,dah makan2..hmm tak tau apa yg Sha rasa sbb staff tu org dia,.Adakah motif di sebalik pelawaan Sha ke cafeteria?Aku harapkan tidak.
So oleh kerana,dia melukakan hati ku,aku dgn rela hati menulis di buku repot apa saja kejadian yg tak indah berlaku. Tp bab beberapa staff minum beer /liquor lebihan tu,aku tak lalu nak nulis sbb itu akan babitkan kwnku sendiri.Aku dilemma.,Mulalah kepala otak ni fikir nak resign aja.Subahat..jejaskan aku !
Aku menangis..ya aku memang mudah menangis..tak tau la aku lembek bebenor.dan akibat menangis terlebih,sampailah sekarang kul 2 pagi,aku tak leh tido dan pening kepala sangat2..Migrain kot!
Tp apapun aku happy sebb Ky dtang dan walaupun sekejap aja bersama,aku sgt2 hargainya! I love you suamiku. Nasihatmu cuba ku ikuti,tp perasaanku tengah mengawal fikiran ku.Aku tau aku akan ok sayang!
No comments:
Post a Comment