Posts

Showing posts from September, 2008

Kad Hari Raya dari Azza

Image
Terima kasih Azza. Kepada semua pembaca, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin jika tulisan saya selama ini mengganggu emosi keamanan semua. Jika ada tersalah bahasa dan tersilap tulis sila lah maafkan saya ya! Semoga semua bergembira di hari raya yang mulia ini. Hati-Hati di Jalan Raya kerana PDRM sungguh rajin membuat OPS SIKAP.

Sila lah tengok langsir itu

Image
Langsir ku! Langsir di bilik tidur utama(memang satu aja) Accident tadi ,on the way balik chalet! Aku nampak mayat dah terkulai berdarah2, tapi bila aku dah dekat dgn mayat..butang apa yang aku tekan pun aku tak tau..tak dpt ambik gambar tu..Apa dah!!! Lunch for Rotary Club Weekly meeting! Tengok dorang makan enjoy aja . Aku yang standby kat meeting hall tu main jeling2 aja Minuman aku yang buat perut aku senak gila! On the way to the hotel..kereta berderet ..JPJ roadblock. Boring tunggu!

Langsir Siap!

Image
Dia masukkan 'cangkuk langsir' ke kain. Aku? *tukang tengok atau lebih dikenali dgn mandur* Dia: 'Orang panjat2, dia main telefon pulak!' Dia : 'Mana lubang ni,skru jari sendiri lak!' Hahah..Dah pakai google pun tak nampak.Jari nak diskru.. Alhamdulillah, dah siap pasang langsir. Tapi..lupa lak nak ambil gambar! Lepas gi check tekanan darah di hospital,kami pi hardware panel aku utk beli besi sepanjang 10 kaki..ahahah..aku dengan konfidennya menjawab 10 kaki. Accesories utk besi 10 kaki semua ok..Beli screwdriver lagi! Pasal tekanan darah dia,normal pulak ..semalam turun..hari tu naik..aku tak faham penyakit dia ni penyakit apa... Dia dera aku pegang besi yang panjang dari kedai hardware ke rumah. Naik lenguh tangan aku! Sampai umah,rupanya 9 kaki aja! Kena lak tunggu dak maintenance aku hantar gergaji besi. Teruk lak aku kena perli pasal 10 kaki tu! Sampai dia warning lagi 'Lain kali pot pet pot pet,tak abis2..ukuran pun lupa' Aku malas nak jawab sangat...

Berbuka Puasa di Cheng Ho.1409

Image
Teh Tarik Puteri Hang Li Po utk Ky, Karet O tanpa gula untuk aku *tak minum manis sebab aku dah manis* Meja aku no 6. Ikan Siakap tak sampai lagi! Waiter yang comel menuangan Chinese Tea. Free flow tapi kena panggil waiter bila air dah habis. Buttered Prawn,Prawn Curry, Chicken Lemon. Tuu nampak no 6 tu. Aku tak suruh dia letak aku kat no 6 pun..tp dia letak juga! Prawn Curry! Sebenarnya ada sayur bayam,Sup Tomyam dan Siakap Asam Paste tak sampai lagi. Tapi bila dah sampai..tak sempat nak shot..dah tinggal bekas aja. Lapar punya pasal. Seronok tengok dorang makan ,tambah2 nasi. Aku ? Tambah gakk...*malu*

The best Gathering for me & Ky

Aku dah plan awal untuk masak di chalet. so lepas keluar rumah terus gi supermarket beli lah apa yang patut. Hmm..shopping sorang2 buat aku gila kadang2. Actually baru dua kali gi supermarket ES ni sorang. Apa yang teragak-agak nak ambil,aku capai dan terus masuk troli. Yang penting under budget! Capai udang, capai ikan mayong,capai limpa..sayur2 tak usah nak cakap. Peria aja 3 batang padahal aku tau ramai kat situ yang tak makan peria. Nasiblah,sebab pahit korang tak makan ya..Nanti aku buat sampai tak pahit! Dah beli punya beli.,aku nak tolak troli pun melayang2. Bayangkan lah, barang dalam troli tu lebih berat dari aku kot! Cheh nak tunjuk eksyen lah aku dah kurang kg. Maklumlah bulan puasa! Dalam pukul lebih,ex staff Pangkor dan temannya call aku beritau dorang keluar pulau dan aku terus jemput untuk berbuka bersama2. Wah happy sebab dah lama tak jumpa last jumpa msa birthday Ky ,time aku ikut dia balik pulau sebelum aku mula kerja di sini. Aku tunggu punya tunggu,aku kena fetc...

Spesel punya masakan hari ni..

Image
Perkara yang aku takuti dan pernah aku bayangkan telah pun terjadi dan menimpa ayahku! Aku ingat lagi waktu umur sekitar 13 tahun. Aku meneman pakcik Z utk menanam semula pokok orkid yang telah dibawa balik oleh wan dari kebun kelapa sawit seluas 7 ekar tu. Pokok orkid tu tak boleh dibawa balik kerna ianya telah membuatkan rumah wan dan atuk agak kacau. Hmm..perkara mistik terjadi dan mengikut kata orang yang pandai...kena pulangkan semula pokok orkid tu. Bila aku sampai di kawasan kebun tu, masa tu aku pernah terfikir 'Napa tanah ni orang lain kerjakan tapi nama ayah? Napa ayah tak masuk campur? Jangan gaduh masa akan datang sudahlah..Tak bapak2 yang gaduh, anak cucu pulak yg gaduh' Itulah yang terlintas di fikiran aku waktu umur aku baru baligh masa tu. Entah napa aku fikir macam tu aku pun tak tau. Lepas pakcik Z tanam balik, baru lah kami balik ke rumah wan. Dan selepas beberapa hari tiada lagi gangguan mistik menimpa wan dan datuk. Selepas beberapa tahun, tiada kedengaran ...

Untuk Fadzlikhan!

Image
Nak tengok muka cute bila marah..hah ini hahhh!

Berjaya!

Kerana ... 1) Majlis Berbuka anjuran hotel berjaya mengumpul hampir 250 orang tetamu yang datang makan free. Tapi orang-orang beruniform dari IPD, Bomba tak hadir. Ky pun tak mau hadir. Tak palah. 2) Rentetan dari bil telefon itu, aku menjejak bil berjumlah RM2140.18 dan masih ada lagi baki yang tiada siapa mengakuinya bahawa dia yang membuat panggilan itu. A-RM703.62 B-RM175.14 C-RM117.00 D-RM1,138.58 E-RM5.94 UNKNOWN - RM285.84 Pada unknown tu aku bercadang untuk membuatkan setiap 4 orang teratas itu membayar RM285.84 bahagi 4 sama dengan RM71.00. Biarlah ini jadi pengajaran kepada mereka semua. Dan setiap amaun yang dibayar akan ditambah penalti lagi di atas kedegilan mereka. Aku tak kira sebab aku dah penat. Dalam bulan puasa ni macam-macam hal berlaku. Hmm..hari ni mungkin aku dijemput Ky dengan patrol car untuk bersahur sama. Oklah tu,tak ada lah aku pandang dinding,dinding pandang aku di rumah. Kalau Baby Pooh hidup,boleh gak teman aku minum atau makan. Ini Baby Pooh tak ada n...

Instict aku benar!

Dalam bulan puasa ni orang kata setan kena ikat, tp kenapa aku boleh mudah terasa dan kadang-kadang marah? Mungkin setan dalam badan aku terlepas kot! Tapi dalam terasa dan marah pun ,aku masih nak siapkan makanan untuk staff aku juga. Yalah sebab Ky berbuka sama kot! Tapi kalau turn dia tak makan ngan aku,malas jugak aku nak masak. So aku masak niatnya hanya untuk Ky ajalah. Eh tak jugak! Selalu aku ikut instict aja. Aku selalu kata dia datang atau tak aku tetap masak untuk semua yang bertugas di chalet. Baikkan aku ni sebenarnya!Masuk bakul angkat sendiri lah ni! Dalam briefing aku selalu bising2 dorang buat ni salah.itu salah.macam2 lah aku tak puas hati ngan dorang sampai dorang takut sama aku. Aku lagi suka dorang takut! So tak ada dorang pijak kepala aku!Ini trainee tinggal 3 orang, yang 2 lagi di hotel. Permanent staff lagi 2 orang tu kira oklah. Kira orang kiri kanan aku yang aku izin buat keputusan. Dan juga jadi mata dan telinga waktu aku tak ada di chalet. Staff yang tet...

Amek KO!

Image
Aku ni memang lah...dah tau mahal gi buat jugak..Amek ko..padan muka ngan aku! Tangan gatal. Aku check bilnya. mak oiii baru 8 hari dah hampir mencecah RM200. Sumpah aku tak buat lagi! Padan muka aku. Aku bagi warning untuk pecah kongsi dapur antara aku dan budak pelatih. Sampaikan aku berkata 'Kalau tempat lain, takkan saya berkongsi meja makan dengan awak semua tau' sambung jap lagi..ahh malaslah aku sambung bebel siang tadi. Ni tadi aku standby nak masak, dalam kiraan aku kalau Ky datang makan ,aku masak untuk orang sakitnya masakan kalau tak aku nak masak pedas2. akhirnya dia inform kul 6.15 pm untuk makan sama di TB aja. Aku dah jemu nak makan kat hotel,lagi dengan keadaan Ky yang tak sihat. Nanti dia batuk, aku gosok2 dada dia, ramai yang jealous! Ayam masak merah ni aku tak bagi dia sentuh sebab berminyak. Aku lawankan lauk ayam ni ngan Nasi tumis. Kira ok la,aku tak letak minyak banyak pun.setengah sudu aja. Nasi tak sempat nak ambil sebab aku ambil selepas berbuka pua...

Makanan utk berbuka Semalam!

Image
Mee goreng dengan rencah fish cake dan telur,cili dan sayur kobis pun aku boleh goreng. siap satu menu! Atas belas ikhsan Chef di hotel,aku minta tapau paru yang dia dah potong dan rebus sekali. Dapat aku bawa balik ke chalet, aku goreng semula sampai garing-garing dan buat Sambal Paru campur rempah kari..Aku boh aja apa yang ada! Jadi jugak! Kawan aku check compressor unit luar tu. Nasib baik ok. Dia tolong bersihkan filter di unit dalam. Tapi aku tak on pun aircond malam tadi. Aku dah terfikir kalau on 1 jam 30 sen, kalau 8 jam-10 jam= RM3.00 darab lak ngan 30 hari= 90 hinggit.,.taknaklah tinggi sangat bil tu. Kalau boleh nak kurang RM20.00 aja. boleh lah free setahun! Iya ke boleh dapat? Ntah betul ntahkan tidak Langsir yang tinggal utk di gantung aja ni.. Tambahan -Goreng sayur baby kailan lagi! dan juga Tauhu telur seperti gambar di atas. Ikan kering bulu ayam pembuka selera di bulan pose yang mulia ini! So semalam lauk2 ni dimakan dengan nasi putih ajalah. Sebenarnya segala persi...

Internal Hearing Court!

Semalam aku berbuka ngan Ky di hotel cafe. Dia dan pemandunya. Datang ngan uniform lagi. Aku rasa segan lak nampak macam begitu formal.Tapi tak palah,at least dia ada terbuka hati nak makan sama dengan aku. Sejak aku buat gila tunggu dia malam tu depan balai. Baru dia tau..tapi aku tengok kerja dia agak senang..pusing sana sini tapi..tak berhenti kesnya! Tak masa di pulau dulu. Malam semalam, orang yang menyusahkan hidup aku sampai sekarang(adil ke aku panggil dia macam tu). Sedikit dari nota di facebook! Orang JB tu datang lagi menyusahkan hati dan perasaan tapi aku tak boleh tolak mentah2. Kena berhati2 mana tau kalau2 dia kenakan aku pulak. Tapi napa dia nangis teresak2. sedih ke? Ntah lah..Gangguan betul! Yalah sampai aku pening kepala sebab menangis gila2. Aku pun tak tau nak kata apa. Dia kata selesaikan masaalah aku dulu,then fikir untuk masa depan! eh apa ni? Aku tak pernah terfikir untuk kembali pada dia. Tak mungkin. Terlalu menyakitkan hati bila ddingatkannya. Tak mun...

Aku terkurung, terpenjara...

Image
Aku dikurung di dalam, Pink dikurung di luar! Kasihan! Any idea what and how to put the curtain? Color? Cubaan untuk memasak gulai tempoyak berjaya! Cuma ikan aja yang tak besh! Staff aku yang orang Perak tu..kata boleh dapat 3 setengah bintang aja. DO kata 3 bintang! Trainee Indon lagi hampeh...tak pandai makan. Tu yang aku kata , korang ni hanya layak makan telur ngan ikan bilis aja. Aku kadang2 pelik dengan dorang berlima(sekarang aja tinggal 3 orang),aku beli ikan dan ayam untuk dorang masak dan makan tapi biasanya telur habis dulu dan ikan dan ayam dimasak diambang2 telur habis dan ikan & ayam jadi tak segar lagi! Aku geram kadang2. Hari ni aku bertekad, tak mau beli ikan atau ayam untuk dorang kecuali lah aku beli dan terus masak untuk aku dan Malaysian staff aja! Kalau ikut hati baik aku gi hotel aja dan makan di cafe hotel lagi best! Tapi aku ni selalu fikirkan orang lain tanpa fikir diri sendiri. Kadang2 lah..tapi selalu sebenarnya. Sama gak nama yang selalu meniti dibi...
Image
Kuih muih seperti pesta di Sitiawan. Best banget..murah lagi..tapi lebih murah di Teluk Muroh. Decoration yang tak siap lagi..Fruit carving tak siap lagi! Idea sapa lah meletak segala rempah ratus di buffet ni. Whatever it really looks nice! Tak tau mimpi apa si hero ni tiba2 nak dekat dengan aku,pimpin aku ke buffet line,ajak aku pi duduk makan2 ngan dengan dia. Tapi dia tak makan..dia suka tengok aku makan agaknya! Kecik2 dah pandai ya! Pandai gak si hero ni berposing! Kakak pun sama Hah, bertiga beradik berposing! Hari pertama aku berbuka di hotel dgn AOM hotel aja. Sahur pun sama2,itu pun dia risau kalau Ky nampak. Aku beritahu, 'jangan risau,Ky tak kisah!' Aku sendiri tak tau condition dia di saat ini. Dah banyak kali aku telefon,langsung tak berjawab! Guna no2 lain pun tak berjawab! Telefon tempat lama,dorang kata dah pindah! Aku pun tak tau nak kata apa! Kakak ipar dia ada berhubung dgan aku dan aku dapat information terbaru. Mungkin dia ada operasi rahsia! Mungkin...