Sebenornya aku dah rasa boring sebab hari ni merupakan hari terakhir aku bercuti setelah bermula dari 26hbSeptember hinggalah 5hb Oktober. 10 hari maaa..Lamakan! Tapi aku rasa sekejap aja. Apa pun quite happy sebab dapat balik Johor bersama suami yang dicintai. Yang best tu kami bawa kereta yang tak pernah kami bawa balik ke BP sebab tak percaya pada kebolehan kereta lama tu. Alhamdulillah,tiada apa yang berlaku cuma kereta tu kuat makan minyak dahhh..Istimewa kerana dapat berhari raya bersama suami itu yang terbaik dalam hidup aku. Selama ini tak pernah merasa.Bila dah ada suami semua perlu diingat..nak bawa tu nak bawa ni..tapi akhirnya ada juga yang tertinggal. Bila balik Bp,tak pernah umur aku beraya sakan. Balik Kg Istana jumpa atuk ,ayah kepada mak. Balik Layang2 jumpa Wan,Pak Mok, Makcik Ros dan Pak Andak.Pak Uda pula terlupa dan aku tak larat nak bergerak ke sana ke mari..Sebab perut dah penuh. Bila kat Spg Rengam,terlalu lah rumah setan tu..bukan terlalu..tapi terpaksa ...