Powered By Blogger

Friday, 31 January 2014

End of January 2014

Di malam raya Cina ,tahun kuda ini,aku teringat entry selepas balik BP yg ptt disambung telah tertangguh.

So kita sambung lepas balik dari BP.

Pada tarikh 19 Disember,ku telah ke resort itu dn bertemu dgn OM nya yg aku kenali dulu sebagai FnB manager di nama resort yg lain tp tempat yang sama. Maknanya resort itu telah terbahagi kepada beberapa management. Dan OM pun telah meyakinkan aku agar dpt membantu beliau dlm menaikkan sales di situ.apalagi yg aku boleh buat selain manage sales,manage operation. Itu aja yg aku boleh buat.
21 Disember,berjumpa dgn OM itu dn berkenalan dgn beberapa org staff sales. Bhg HR pulak,adalah bekas part timer waitress di tempat hotel lama ku di Kampar pd 2007.
  23 Disember mula bekerja,dpt jumpa ngan owner n isterinya. So pot pet pot pet..aku faham segala permasaalahan..tp boleh ke aku membantu.aku bagi masa diriku 3 bulan aja..kalau...ok..ok la..

24 Disember,second day pagi briefing,OM x sampai2..semua pelik pekerja2 dia kata..ini bukan OM ni..dia selalu awal dtg ,x pernah mcm ni.
Dlm kul 9 lebih,HR call,suara pompuan yg jawab phone. Lagi sekali En M call tel OM,br lah dapat tahu dia eksiden depan bangunan JKR.

Petang sama2 gi Hospital di wad ICU ,OM koma..dia jatuh,tulang rangka patah dan tertusuk ke hati dan sebabkn pendarahan. Operation dilakukan utk serap darah.esok baru keluarkan span itu.aku x leh bayangkan span apa yg diletakkan dekat hati dia.
  25 Disember,Xmas,aku  duk umah aja.ptg baru keluar beli keperluan dapur di AEON Jusco.sedang membeli,terimacall HR,dia memberitahu bahawa    jantung OM dah terhenti. Berdetap jantung ku.Kami terus ke hospital dan berita sedih,dia telah tiada. Kejutan utk aku dan semua.  Dapat aku melihat jenazah dia selepas dikeluarkan dr wad icu dn diletakkan di rumah mayat utk dipost mortem pulak. Prosedur nk post mortem kena tunggu peg polis. Pegawai tu pulak ada kes di tempat lain,kes eksiden jua hingga hilang 2 jiwa.

Jenazah dibawa balik ke Melaka mengikut kata keluarganya. Al-Fatihah buat arwah.
Kami di resort umpama kehilangan orang yg benar2tulang belakang resort.
Aku hanya dpt berjumpa dia pada hari pertama kerja aja. Dan sekarang tinggal legasi kerjanya yg harus dikerjakan dan diteruskan. Namun sampai bila aku harus bertahan,hanya Allah sahaja yg tahu.

Pelbagai kesah dan cerita terjadi. Pembongkaran penipuan..semuanya ada..

No comments: