Powered By Blogger

Wednesday, 28 December 2011

Welcome 2012

 Dah sebulan aku tak menulis sini. Betul2 pemalas aku ni sekarang. Kat FB rajin lak.
Tak kisah la tu..Asalkan blog ni masih hidup lagi,kalau nak hidup zaman kecemerlangan blog dulu pun bukannya boleh..bukannya boleh kaya raya pun.. kaya kreativiti aja la ya..

  Alhamdulillah,dlm cuti sekolah dapat bawa balik anak2 ke rumah di Manjung,bawa ke Neg sembilan.itu pun sebb nak hantar ke KICK..seminar motivasi oleh Dato Hj Dr Fadhilah Kamsah.
Cuma aku terkilan bila anak2 tiri aku tu tak tau apa yg dorang pergi kat sana..Untuk apa pun dorang tak faham. Takkan itu pun aku kena terangkan..Dah besar kan sorang nak masuk Darjah 5,sorang dh nak naik Tingkatan 3.
Suami aku juga agak pelik ngan perangai anak2 nya sendiri. Aku takut budak2 ni mcm tak kisah aja perasaan ayahnya.Tak ada rasa sayang kat abahnya kot..Entah aku tak tau..segala pembesaran oleh ibu dorang yg masih berperasaan pelbagai terhadap bekas suami,iaitu Ky.
  Perasaan tak amik kisah macam ada dlm diri ibu dorang..bila aku beria2 nak menghantar kedua2 ke kem,dia mcam ambil alasan supaya hantar sorang aja. Aku cuba pikir positif tp cara dia cakap nak hantar ke tuition waktu cuti sekolah,mcm tak masuk akal. Time hari sekolah napa tak mau dihantar?apa kah yg cuba dia buat bila kami dah bayar semuanya. Akal aku berfikir negatif laju aja..Kedekut..duit satu sen pun tak dibekalkan kat anak,dgn alasan semua abahnya dan aku boleh tanggung...Bukan kami nak duit anak2 pun,sedangkan tiap2 bulan gaji Ky,memang ada peruntukan utk anak2..tiap2 tahun naik RM50 lak tu.
 Aku kadang2 telan aja pa yang aku rasa ,sbb kadang2 mcm tak patut aja perintah mahkamah yg diberi pada tahun 2003 lalu,banyak memihak kepada bekas isteri,tanpa memikirkan bekas suaminya ini akan mempunyai kehidupan baru selepas berkahwin isteri baru....Memang pedengki ngan bapa budak2 ni.

  Agaknya hati dia makin geram tengok kami bahagia. Perkahwinan aku dan Ky tidak pernah kena mengena ngan perpisahan dorang .Dorang berpisah,aku pun tak kena mengena,so kenapa dia nak dengki hati ngan aku!! Nak aja aku beritau,dah aku offer kat Ky utk rujuk kepada dia..Ky pun tak mau...yalah aku faham lelaki mana yg sanggup dicaci dan dihina dgn benda2 sebutan yg haram kita makan..dah ludah nak jilat balik.
Aku tau prinsip suamiku walau aku baru setahun jagung hidup dgn dia..sEtahun jagung ke...kalau ada ladang jagung,boleh bual jagung bakar lagi!!! hahahha
 Aku juga happy sebab niat Ky utk buatkan tahlil arwah anaknya yg sulong telah dapat dimakbulkan bila mak aku setuju kenduri diadakan di BP. Sebelum ni Ky nak buat di kgnya tp alasan mak mertuaku lak membantutkan hasratnya.
  Alhamdulillah,kenduri itu berjaya. Bila aku sendiri yg memasak hidangan bagi kenduri tersebut.
Ramai yg hadir.juga. Alhamdulillah. yg best tu makanan yg dihidangkan cukup utk semua..siap boleh tapaukan utk tok kg istana lagi.


 Tu dah santai2 sambil makan2..ayah Atuk,nadia mak dan Ky

Yang seronok dapat singgah Beranang,my lovely place on earth dapat jumpa Family Tok Cik,ayah saudara kepada ayah. Adik Atok Kadri. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, Tok Cik sihat. Hanya dia yang tinggal dari 3 orang adik beradik Tok.

Semoga tahun ini telah memberi yang terbaik dalam hidup kita semua.
Dan tahun depan, 2012 akan lebih lagi bermakna dalam hidup aku dan keluarga.

22/1/2012, Majlis Silaturrahim keluarga Dato Bentara Luar(Mohamed SAlleh bin Perang)

Semoga berjaya!

No comments: