Powered By Blogger

Wednesday 1 October 2008

Aidilfitri 2008



Lepas berbuka dan dia abis kerja terus gi kedai beli baju. Dapat duit raya dari dia. Aku panggil duit raya terpaksa! Hahahah! Tak kisahlah yang penting dapat !

Aku tak kira! Aku dah kata kat dia...kalau aku kata aku nak..aku nak lah..dia kena usaha gak!

Aku tak jadi raya ke KK.dan aku terpaksa hampakan kakak Ky kerana aku nak jaga perasaan dan hati Ky gak! Ky tau aku jenis 'kamikaze' so dia terus pangkah 'Tak payahlah,nanti saya bawak!'

Tapi tadi aku beritau, bukan aku pi sana nak jumpa dgn dia, tapi aku nak jumpa mak dia dan siblings dia. Sepatutnya malam ni...Ada ke dia boleh jawab 'Laaa..napa tak habaq nak pi malam ni, kalau u berani gerak malam ni, boleh lah pergi'..Ish..Ish..Dah pukul 10 malam baru nak beritau! Tak ke aku hangin sekejap dengan Ky ni. Tapi tak boleh marah2, dah minta ampun dan maaf. Duit raya pun dah dapat dua2 belah tangan! Baju raya dapat dua pasang. Tu belum lagi aku heret dia ke kedai emas. Harus Ky rabak poket dia nanti! Ikut hati aku.. ieee..Apa lagi yang aku tak puas hati dengan dia!





Aku masak untuk raya ini. Ada rendang babat cili padi,sambal kacang ,sambal tumis sotong, kuah lodeh,nasi impit segera yang direbus hanya 45 minit. Dan aku ingat dan sangat hargainya(nasi impit packet) kerana nak harga yang ekonomi pada 2 pack nasi impit instant ni aku sanggup beratur di kaunter Econsave di manjung, selama hampir 1 jam. Orang ramai berderet2 setelah berpeleseran di rak-rak barang..Masing2 dengan troli! Aku dan seorang pak haji menjadi orang yang sungguh baik hati. Ada orang nak potong que dengan troli dia yang besar..berserta badan dia yang besar. Aku tegur 'Kak, ramai lagi beratur di belakang ni' Sambil memuncungkan bibir aku menunjukkan ke belakang! Pak Haji tu siap sambung cakap aku.."Kita kan orang Malaysia'..Hahaha..Terus akak tu bengang dan dia beratur mana,aku pun tak ambil kisah. Sebab aku sendiri tadi hampir2 nak give up beratur. Sebabnya sebelum tu aku ke pasar ,jumpa nasi impit yang sama, tapi harga sangatlah tak sama. Tapi ada berkatnya, aku sabar dan sungguh sabar beratur, akhirnya ..hasilnya.. Ramai dapat merasainya! Berkat kesabaran aku. Terutama Sgnt!

Aku masak mengikut permintaan, Ky nak nasi impit,kuah lemak ngan tempe,sambal kacang. Pemandu dia nak lemang dan rendang daging. Budak2 aku macam lah..Tu yang banyak aku masak tu. sampaikan waktu berbuka aku tak larat nak makan. Yalah segala macam makanan aku yang masak. Bila aku nak makan, dah rasa kenyang!

Tapi aku pelik ngan pemandu abang, semua makanan dia makan..Bukan hari ni aja aku perhati. Tiap kali berbuka bersama kami semua..aku seronok tengok dia makan. Staff aku lagi seronok. Sebab aku yang sediakan makanan untuk mereka, Tak palah sebab aku fikir Ky tak perlu gi kedai nak cari tempat makan. Membazir aja! Ky macam biasalah. Dia ambil makanan yang aku risau tambah bp..aku jeling merajuk! Sejak bp dia normal..daging kambing dia makan macam makan nasi. Tak risau langsung. Siap boleh jawab lagi 'Yg masak kambing tu tak bau kambing lah..sebab tu banyak saya makan' Yalah tu!





Rendang ayam cili padi dan rendang daging!

Paru sambal.

Raya ke dua..waktu malam baru aku bertolak balik ke BP..terpulang dengan angin pus pus aku ni! Tapi aku suka balik malam..tenang..aman ..damai. Kalau siang ,aku lupa diri..Tengok orang laju ,aku pun laju..Malam tak nampak sangat! Tak sabar nak cium tangan mak dan ayah. Dan aku nak pi kubur Maria. Dah 9 tahun sejak dia meninggal dunia,dia tak beraya dengan aku. Kalau dia ada,pasti seronok ..pasti kami buat biskut raya sama-sama...Aku tukang gentel dia tukang bakar dan susun biskut dalam bekas. Aku bersengkang mata, dia tidur depan oven!
Al-Fatihah untuk Mariati.
Dah pukul 1 lebih pagi..hujan lebat di Teluk Batik ni, jap lagi aku nak balik rumah di Manjung. Esok ada staff gathering raya, gi makan kat hotel dan kemudian dengan GM ,kami ke chalet Teluk Batik pulak. GM nak rasa masakan aku katanya..tee hee hee!

2 comments:

Ungku Nor said...

giler kaye awak raye nih..dapat duet raye hehehe

roserose*MrsYusof* said...

Kak Ungku,

Betul la..tapi tak cukup untuk mengshopping di kedai emas ni...