Kami mulakan dari kaki bukit pada pukul 10.30 dan sampai ke kemuncak Bukit Engku Busu yang ada menara besi yang tinggi tu hampir2 pukul 12.30 tengahari..
Maklumlah first timer naik tanpa guide hanya panduan dari track2 yg telah disediakan dan juga panduan oleh Shima Abu Hassan
Sebelum naik,kita sarapan di Restoran DJ Lumut dengan 10 bungkus nasi lemak. Opps..bukan kita makan semua pun..sebab ingat ramai yang join.
Tak palah. Next time boleh rasa nasi lemak yang sedap sambalnya.
Pendakian ke atas agak tough kerana trek2 tu memang mengancam sungguh.. betul2 menyerang lemak2 dan kalori dalam badan.
Lencun habis kami . Basah segalanya dek peluh.
Entah berapa kali kami berapa kali kami 'take 5' maklumlah tenaga naik ke atas tu..melawan graviti lagi .agak payah namun.
Kami berjaya. Ya, kami berjaya. Alhamdulillah.
Tiada kata2 yang dah digambarkan bila sudah berada di suatu tempat ,rasanya hampir 10 minit dari kemuncak.
Kami dapat melihat kawasan TLDM,dan juga Damai Laut,kata Eton itu Swiss Garden
sepanjang pendakian,berjumpa beberapa orang pendaki dalam kumpulan. Ada juga yang berseorangan. Perghhh..hebat!!!
Yang dua kali naik dan turun pun ada. Stamina yang sungguh awesome!
Kita pun boleh kalau kita usahakan!
Di kawasan pemancar station radio amatur,kelihatan ahli2 Komuniti Astra Manjung sedang bersiap untuk antenna @repeater installation(apa yg saya faham dari pemerhatian saya) untuk penambahbaikan sistem pancaran radio amatur.
Saya, Eintan Nurfuzie, Nakatsu San dan Juliati berada di sana sehinggalah pukul 1.35 petang. Dan tiba di kaki bukit pada pukul hampir 2.30 petang. Pelbagai aksi dan kenangan. dan yang penting tiada luka pada sapa yang telah terjatuh,tersembam ke bumi.
Tiada kamera dapat merakam namun kami bersyukur tiada kejadian buruk.
No comments:
Post a Comment