Sunday, 2 October 2011

Weekend hari ni!

 So semlm dpt test pt, n still nothing. Tak ada air mata nak keluar dah. n masa aku buat2 gaya excited nak consume Juvanex tu..Ky renung ke mukaku dengan begitu lama hingga aku gabrah. Hmm..dia tau aku cuba sembunyikan mood sedih aku dgn gaya gedik2 mcm budak kecik.

  So terus aku buka 2 pack Juvanex ..betullah kata blog Azeeda,rasa limau..hmm bukan ke sepatutnya aku tak leh minum masam2..hmmm..tak palah 7 hari aja..after that i janji i tak amik masam2 lagi. Lagipun bukan aku suka benda2 masam ni. So ok la kot.banyakkan minum air yg alkali tinggi dan asid zero degn mengguna jug BIOCERA. Insya Allah. So nak jadi promoter aku aku..Cukup2lah..
  Hari ni pagi2 lagi dh kejut Ky,ajak makan nasi lemak kat kedai Pak Su. Memang sedap .Di TV di tayangkan rakaman ceramah seorang ustaz. Aku ingat sapa rupanya Dr Sam  Cuma cara ceramah nya agak kasar..mcm tak ada pelajaran punya ayat..'bodoh mcm lembu' 'mampuih' tp lagak mcm sungguh pandai..tp setau aku dia belajar tinggi.. Biarlah dia..Dia dah berhijrah..ramai yg dah berhijrah tp akan mengata balik bidang dan tempat yg penah deme bergantung dulu2. Biarlah..sapa la aku nak kata mereka.Aku pun belum tentu baiknya..Insya Allah aku pun nak jadi orang baik2 dan terbaik.
 Lepas makan,gi Pasar Tani.Beli sotong besar 2 ekor,ayam sebelah aja..so sementara aku beli barang,Ky duk asyik tengok org jual telur..tp telur apa tak tau lah..aku suh Ky ke situ n tanya...Bila aku dah siap beli,aku tengok Ky masih lagi berdiri..hmm aku pun merapatinya dan suara Ky yg garau lagi seksi tu bertanya kan telur tu tak dilayan.Aku piss off dah! Tarik nafas dalam dan terus tanya 'Dik ni telur ayam kampung ke?' Baru budak di sebelah seorang lelaki tua menjawab 'Tak kak,telur biasa aja' Tetiba org tua sebelah tu menjawab 'Kalau telur ayam takkan sebanyak ni' Cara dia jawab mcm nak membodohkan aja (itu apa yang aku rasa,padahal aku dah bengang masa Ky tanya kat dia ,dia boh layan aja)..aku dan Ky pergi tanpa berkata apa2 pun. Aku cuma kata kat Ky 'Sombong pun orang!' Lain kali aku janji diri sendiri,aku takkan tinggalkan Ky suh gi beli apa2 bila aku gi pasar Tani tu dgn dia.
 Balik rumah pun jam belum menunjukkan pukul 9 pagi. So rehat lagi nampaknya.kul 10 lebih  br start masak..
Ayam rempah bakar,sotong masak hitam,terung n bendi rebus cicah  sambal belacan. Dah siap. Yana,jiran hantar kari ikan pulak..rezeki.Lunch at two as Ky rehatkan mata.
  Tulah time orang tidur awal dia tidur lewat.
  Ni tengok stanza Cinta last episod..walau pun TV tak clear sanggup aku tengok..
Cara baru tengok Tv yg byk garis dgn suara kejap ada kejap takda..

Ishh panjang la pulak.Nak spend time with Ky lak ya..

2 comments:

MushroomCute@Mariea said...

Nasi lemak sotong, nasi lemak sotong...alahai...

roserose said...

Jom Manjung..Mush kalau rasa nak datang Manjung jln2 rumah akak pun boleh tapi mesti berteman!

Nanti kita main2 masak nasi lemak sotong!