Powered By Blogger

Thursday, 28 May 2009

Hari mengenang perkara yang dikenang

Aku suka tarikh hari ini dan juga esok. Esok aku akan telefon bekas tunang aku untuk ucapkan selamat bertunang. Hahah..Actually, me fiancee is one of my best friend only. Why did I wrote 'my best friend only'? Because Ky didn't know him. Ky knew almost all my exes...betul ke ni? Tapi dia tak pernah cemburu sebab dia tau perasaan aku.

Hari ni aku boring dan aku mulalah menyelak semula entry blog lama di diaryland. Bila aku baca, aku dapati dulu aku mudah putus asa dalam sesuatu perhubungan. Sensitif. sebenarnya itulah aku..Manusia yang sama. Cuma keadaan persekitaran telah mengubah serba sedikit hidup aku.Kerana aku tak mau berusaha lebih kuat menjaga perasaan dan hubungan yang tawar dulu tu. Itu dulu. Tapi sekarang...aku terlalu berusaha begitu kuat sekali, aku tak mau jadi tawar dan terus tiada rasa seperti yang pernah aku alami. Hmm..aku dah jadi orang positif gitu.
Kejadian sedih semasa aku balik kampung tu tak mungkin akan berlaku lagi. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. It's just that I am a bit losing of my mind. Aku penat menepis atas kesilapan sendiri. Yalah silap aku. Tapi kesilapan yang aku buat juga adalah salah satu usaha yang perlu semangat tinggi lagi waja!
Keadaan yang berubah secara mendadak membuatkan aku berhati2 dan lebih alert dalam segala apa segi. Aku cuba belajar body language tapi aku gagal memahaminya. Tapi aku ikut aja rentak dan langkahnya. Aku tak mau tersasul lagi. Aku cuba. Dan aku masih menunggu berita baik darinya. so kita tunggu ajalah
semalam aku dengar berita buruk..yang memang buruk..sampai aku naik angin.Yalah aku tak nak perkara yang sama jadi kat aku..jadi lak kat Ky. Berita baik dia buat aku tersenyum dalam hati walaupun aku disuruh senyum dulu sebelum Ky beritau berita yang baik. Bila aku dah dengar dan aku tetap tak senyum ..sebab aku dengar berita buruk dulu. Komen aku bila Ky beritau berita baik 'Itu aja yang you nak beritau, baik tak payah beritau'..Nak tau apa berita baiknya? Ky beritau dia duduk umah aja sejak balik kerja pukul 4 petang semalam. Kelakar sungguh!
aku punya marah..aku masak ketam 3 ekor...patut goreng aja dan tidak dibubuh HP sauce or Lea & Perrin..Aku pi bubuh tu semua. Bila goreng..kulit ketam jadi hangus. Ikan kerisi dua ekor aku pi campur dalam ketam2 tu..pun jadi hitam jugak. Akibat hati geram..semua kerja tak jadi...aku buat sambal aja ikan tu..pun aku tak rasa sedap..napa ntaahhh..semua tak jadi..yang jadi cuma sup taugeh campur tauhu.Itu aja..tapi abis juga dikerjakan oleh Ky dan anak besarnya..Heheheh..Nak jaga hati aku ke atau depan memang lapar kot...Aku nak buat masak lemak ketam..tak jadi jugak..jadi masak pindang..pandai aja aku mengubah semua tu.

Kami masih sakit. Ya aku percaya itu. Kami masih perlu diubati berkat restu dari Nya. Insya Allah.

Masih menanti hari

Hari yang kunanti,mungkinkah akan tiba. Aku masih sabar dalam menghadapi cabaran hidup kali ini. Ehhh..aku baru sekali hidup .bukan sebelum ni aku dah mati ke???


Terlalu banyak untuk diluah dan aku tak bersedia meluahkannya lagi. Kenapa ntah..