I. Solat Jamak Solat jamak adalah salah satu daripada rukhsah solat (kelonggaran atau keringanan) yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam yang bermusafir. Perbuatan menjamakkan solat bererti menghimpunkan dua solat (Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak) ke dalam satu waktu yang sama. Terdapat 2 kaedah menjamakkan solat fardhu, iaitu: Jamak Taqdim – dilakukan di dalam waktu solat yang pertama (Zohor atau Maghrib); dan Jamak Ta’khir – dilakukan di dalam waktu solat yang kedua (Asar atau Isyak). Penerangan yang lebih mendalam berkenaan jenis-jenis solat jamak ini adalah seperti berikut: A. Jamak Taqdim Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan untuk jamak taqdim, iaitu: 1. Niat Niat jamak perlu dilakukan di dalam waktu solat pertama (Zohor atau Maghrib) ketika mengangkat takbir. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga niat semasa solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. Jika niat diberikan hanya selepas salam, maka barulah ianya ti...